Bahan-bahannya :
- 800 gram siput sedut – perlu potong ekornya dan dibersihkan
- 2 biji telur ayam
- 6 biji bawang merah
- 4 biji bawang putih
- 10 biji cili api
- Setengah inci halia
- Kicap pekat
- Garam, dan gula secukup rasa
- Minyak untuk menumis
Cara-caranya penyediaannya :
- Permulaannya bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Kemudian telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
- Selepas itu panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar tadi. Setelah naik bau, anda bolehlah masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi. Seterusnya gaul sehingga rata dan anda dapati air dari siput sedut akan keluar perlahan-lahan.
- Setelah itu, masukkan kicap pekat dalam anggaran 4-5 camca besar dan gaul sebati.
- Kemudiannya masukkan garam, dan gula secukup rasa serta gaul sehingga kuah kicap bertambah pekat.
- Apabila kuah kelihatan hampir-hampir pekat, anda bolehlah masukkan telur yang telah dipukul tadi dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
- Apabila siput dan airnya hampir-hampir kering, bolehlah diangkat dan hidangkan.
** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com