Tuesday, 19 July 2016

RESEPI LONTONG SEKALI RASA TERKENANG SELAMANYA


Bulan syawal ni memang teringin nak makan itu dan ini..Selera tu memanjang ade je..Bulan syawal ni kalau tak buat lontong memang tak sah..Cukup mudah penyediaannya..Saya memang feberat lontong ni..Kalau dah makan memang tak pandang kiri dan kanan dah..Ok lah meh saya sharekan resepi lontong cara dan selera wife saya kalau ada yang teringin nak mengikutinya.

Bahan-bahannya (untuk makan 3-4 orang):
  • 40 biji ketupat segera adabi
  • 12 biji telur
  • 2 biji kelapa parut - di perah ambil santannya
  • 2 sudu besar udang kering di rendam sekejap - di tumbuk*
  • 6 biji bawang merah - di tumbuk*
  • 3 ulas bawang putih - di tumbuk*
  • 1 sudu kecil serbuk kunyit*
  • 3 cm halia - di ketuk*
  • 4 cm lengkuas*
  • 2 batang serai*
  • 10 tangkai kacang panjang - di hiris nipis#
  • 1/2 biji kecil kobis - di potong kecil#
  • 1 batang lobak merah - di potong kecil memanjang#
  • 1 biji sengkuang - di potong kecil memanjang#
  • 2 biji cili merah - di hiris (optional)#
  • 1 peket kecil sooh hoon - di rendam hingga lembut
  • 3 keping tauhu kering - di rendam hingga lembut dan di gunting
  • 1 mangkuk kecil air asam jawa cair
  • 1 biji bawang besar - di potong bulat
  • Garam, serbuk perasa, gula
  • Sedikit minyak

Bahan Sambal:
  • 1 mangkuk cili kering - di masak sekejap dan toskan airnya
  • 1 biji bawang besar
  • 3 ulas bawang putih
  • 2 cm belacan

Cara-caranya:
  • Permulaannya rebuskan dahulu ketupat segera hingga masak, kemudian apabila masak, tuang di atas tapis dan toskan airnya.
  • Seterusnya anda perlu rebus telur sehingga masak, kupas kulitnya kemudian di belah dua, ketepikan.
  • Untuk membuat sambalnya, kisar bahan sambal kemudian panaskan sedikit minyak di dalam kuali, tumiskan bahan kisar, kacau sekali sekala hingga sambal setengah masak kemudian tuangkan air asam jawa, kacau sebati.
  • Selepas itu anda bolehlah memasukkan garam, sedikit serbuk perasa dan sedikit gula, masukkan juga bawang besar yang telah di potong bulat, kacau lagi sekali sekala hingga sambal pecah minyak @ terbit minyak, bolehlah di tutup apinya, ketepikan.
  • Untuk membuat kuah lontongnya, panaskan sedikit minyak di dalam periuk besar, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga agak garing kemudian tuangkan santan, kacau perlahan hingga kuah mula mendidih kemudian masukkan sayur-sayuran (#) kacau rata.
  • Dan akhir sekali anda masukkan pula garam, sedikit serbuk perasa, sedikit gula, tauhu kering dan sooh hoon, kacau perlahan sekali sekala sehingga mendidih bolehlah di tutup apinya.
  • Bolehlah di hidangkan.

** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di link website ini >>> www.bisnesair.com