Monday 26 February 2018

RESEPI DAUN MULBERRY CELUP TEPUNG RANGUP DAN SEDAP SEKALI


Kalau anda inginkan kelainan dalam kudap-kudapan anda patut cuba Daun Mulberry Celup Tepung ini...memang terbaik bak ang..Patut la ramai yang duk cakap Daun Mulberry Celup Tepung ini sedap rupanya...dah macam tempeyek atau keropok plak dah bila memakannya..Kalau anda buat, pasti tak menyesal punya lah..mesti dok ralit bila makan..Lagipun khasiat pun banyak daun mulberry ni.

Resepi dan bahan-bahan nya amatlah mudah sesangat

 Sukatan tepung perlulah sama banyak.
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kari atau terpulang nak kari ayam, daging ke sebab nak bagi rasa spicy skit. ataupun serbuk BBQ pun boleh 
  • secubit serbuk lada putih & garam
  • air suam
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaannya
  • Bancuh  kesemua tepung dan bahan-bahan di atas dan pastikan agak-agak tak pekat, tak cair. 
  • Panaskan minyak di kuali 
  • Kemudian celup daun mulberry dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
  • Bila dah garing angkat dan sedia untuk dimakan.


Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah elok untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut 
  • Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  • Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  • Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  • Membantu dalam kehilangan berat badan
  • Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  • Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  • Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  • Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  • Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  • Menambahkan tenaga
  • Meningkatkan produksi susu badan
  • Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  • Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  • Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com


Friday 23 February 2018

RESEPI JERUK EPAL ASAM BOI BEGITU ASYIK MENIKMATINYA


Saya memang penggemar jeruk..Kalau ada lebihan buah yang boleh dibuat jeruk pasti wife akan buat dan simpan dalam peti ais untuk berulang makan sesambil tengok tv..Sekarang ni lama tak buat, maklumlah kami sibuk dengan kerja dan outstation..Tengok buka peti ais nampak epal dan asam boi..Jadi apa lagi tetiba teringin nak makan  'jeruk epal asam boi'..Jadi tak lengah, kita pujuk wife suruh buat..heheh

Bahan dan cara-cara membuatnya :- 
  • 6 biji buah epal ( potong & direndam dalam air garam + air sejuk/ais sekejap)
  • 4 @ 5 Sudu gula (*)
  • 1 Sudu garam (*)
  • 12 biji Asam boi (*)
  • 3 biji limau kasturi - diperah sedikit (*)
  • 4 biji cili padi dipotong halus (*)
Caranya cukup mudah..Masukkan epal ke dalam bekas..Lalu campurkan semuanya yang bertanda (*). Selepas itu simpan seketika  peti sejuk 3-4 jam...Siapppp dan dah boleh dimakan



p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com




Monday 19 February 2018

RESEPI SOTONG BAKAR BERSAMBAL SUNGGUH ASYIKNYA


Sotong memang favorite saya..Kalau dapat makan memang tak toleh belakang kiri dan kanan dah..Hehe..dapat pulak kalau makan sotong sumbat..Perhhhhhh dia punya kenyal bila gigit..terbaikkk tu bila masuk dalam mulut..Kali ni request kepada wife untuk buat sotong bakar bersambal..Meleleh air liur bila dapat makan..hahaha..Jom cuba resepi dibawah ini..

Bahan-bahannya
  • Sotong (saiz besar kalau dapat dengan telurnya sekali)
  • 15 tangkai lada kering - perlu dikisar
  • 5 biji cili merah
  • 5 ulas bawang kecil
  • 1 biji bawang besar
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 biji buah keras
  • 1 batang serai
  • 2 sudu besar sos tiram
  • air asam jawa -secukupnya
  • garam dan gula
  • Sedikit minyak masak

Cara-cara memasaknya
  • Permulaannya sotong perlu dibersihkan dan dikelar (tidak putus)
  • Kemudian untuk membuat sambal, anda kisar semua bahan (lada kering,cili merah, semua bawang, buah keras dan serai)
  • Selepas itu anda masukkan sos tiram dan air asam jawa.
  • Kemudian masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa dan akhir sekali masukkan sedikit minyak masak..Adun semuanya hingga sebati untuk dijadikan sambal 
  • Ratakan sambal ke atas pemanggang letakkan sotong dan tutup permukaan sotong dengan lebihan sambal.
  • Masaklah lebih kurang 5-7 minit, untuk keringkan air saya buka tutup pemanggang dan teruskan memanggang (balik-balikkan sotong) sehingga masak. Jangan terlalu lama kerana sotong akan menjadi liat.
  • Selamat mencuba 


p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com



Friday 16 February 2018

AYAT PALING MUJARAB UNTUK PENEPIS SANTAU


Kita ni selalu terlupa dan alpa kadang-kadang ada kawan kita senyum bersama, tetapi kita tak tahu ada juga kawan yang hatinya gundah gulana untuk mencari salah kita tambahan pula bila bisnes kita tengah maju atau kita mendapat kejayaan..Hati nya tidak boleh tengok orang lain senang...Jadi berhati-hatilah dengan dunia sekarang ini yang penuh dengan dugaan dan cabaran yang mana kita perlulah dilengkapi dengan pendinding diri agar orang tidak dapat menjatuhkan kita..Yakin selalu dengan berdoa agar Allah akan melindungi hambanya dari sebarang perkara yang tidak baik.. Jadi marilah sama-sama amalkan ayat dibawah ini untuk dijadikan amalan sentiasa..Insyaallah  

Nasihat Tuan Guru, sebelum makan apa apa di kedai atau dari pemberian orang, bacalah:

بِسْمِ اللَّهِ الَّذِي لَا يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِي الْأَرْضِ وَلَا فِي السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيعُ الْعَلِيمُ

"Bismillahillazi la yadhurru ma'asmihi syaiun fil ardhi wala fis sama'ie wa huas sami'un alim"

*Baca sekali pun dah ok sebelum makan*

Maksud ayat:

Rasulullah SAW didengari berkata sesiapa yang berdoa,

"Dengan nama Allah yang tidak memberi mudharat akan sesuatu yang dibumi dan yang dilangit (selagi) bersama dengan Nama-Nya dan Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui."

Bacalah sebanyak tiga @ tujuh kali, maka dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika waktu subuh sebanyak tiga @ tujuh kali, dia tidak akan ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya.

(Riwayat Abu Daud, At-Tirmizi dan Ahmad)

Pernah Allahyarham Tuan Guru Haron Din berkata, bacalah ayat (di atas) sebelum makan atau minum, jika ada sesuatu yang tak baik, dengan izin Allah pinggan atau gelas akan pecah sebelum sempat kita makan makanan itu.

Inilah ayat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian kita, semoga kita terhindar daripada segala keburukan, kejahatan dan niat jahat makhluk. Kongsikan supaya ahli keluarga, teman dan sahabat anda dapat manfaat!

Lebih mujarrab jika minta izin sebelum di amalkan..Oleh itu, sesiapa yang nak beramal, silakanlah dan komen "izinkan saya beramal"...Maka saya izinkan anda beramal ,semoga memberi manfa'at...




p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com




Monday 12 February 2018

RESEPI KENTANG WEDGES TAK SAMPAI 10 MINIT SIAP


Kadang-kadang kalau duduk sesaja dirumah sambil tengok tv pasti lapar perut..Tengok dekat peti ais tiada stok makanan pula..Tetapi kat dapur ada banyak kentang..Jadi apa lagi suruh wife tersayang buat kentang wedges..Selalu makan dekat KFC tak puas..Kali ni minta wife buat banyak skit agar boleh makan berulang kali..hehe..Jom tengok dan buat..Alaaaa senang ajo resepinya

Bahan yang diperlukan.
  • 500 gram kentang (dibuang kulit)
  • 1 cawan tepung serbaguna
  • 1 sudu teh serbuk lada sulah
  • Air secukupnya
  • Minyak masak
  • Garam secukup rasa

Cara-cara membuatnya 
  • Permulaaanya anda potong kentang dan rebuskan dengan sedikit garam tau. anda perlu masak kentang tersebut dengan separuh lembut yer dan toskan.
  • Setelah itu masukkan tepung serbaguna dan serbuk lada sulah ke dalam mangkuk lain.
  • Campurkan sedikit air ke dalam bahan tadi. Kacau sebati. ( Jangan terlalu pekat atau cair).
  • Masukkan kentang tadi dan kacau rata.
  • Panaskan minyak dan goreng sehingga keperangan.
  • Setelah masak sedia untuk di makan. Makan pulak dengan sos dan mayonis campur dengan sos cheese tu terangkat sungguh.


*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung dalam RM 400 sehari jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP




Friday 9 February 2018

RESEPI SAMBAL TEMPOYAK BILIS PETAI BERAPI MULUT


Anda penggemar petai..Siapa yang tidak suka petai tu tak tahu la nak cakap macamane..Rugi nikmat dunia..hehe..Kalau anda suka makan petai, wife saya cakap kalau letak tempoyak lagi berselera ,tambahan pula kalau makan dengan nasi panas dan telur asin..heheh..Saya dok terliur nak makan tempoyak dan wife saya cadangan resepi berikut..Meh saya kongsikan resepi simple aja


Bahan-bahannya

  • 6 papan petai
  • 3 genggam ikan bilis
  • 3 biji bawang besar*
  • 4 ulas bawang putih*
  • 4@5 sudu besar tempoyak ( isi durian yang diperam)
  • 3 biji cili merah*
  • 25 biji cili api*
  • 1 inci kunyit hidup*
  • 1 batang serai diketuk
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit minyak untuk menumis

Cara-cara membuatnya

  • Permulaannya petai belah dua dan seterusnya dibasuh serta ditoskan
  • Seterusnya blend semua bahan yang bertanda *
  • Selepas tu panaskan minyak dan goreng ikan bilis hingga garing, sudah garing anda ketepikan ikan bilis tersebut.
  • Dengan lebihan minyak setelah ikan bilis digoreng tadi, anda masukkan bahan yang sudah diblend tadi bersama dengan petai, tumis hingga naik bau.
  • Masukkan tempoyak, kacau seketika dan masukkan ikan bilis dan serai
  • Masukkan garam dan gula secukupnya
  • Masukkan sedikit air, kacau dan masak hingga semuanya agar menjadi mesra dan pekat
  • Setelah masak bolehlah dihidangkan 


*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP



Monday 5 February 2018

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERDESING TELINGA


Jika anda dah muak dengan menu-menu bersos dan berkicap aje, saya rase baik anda cuba resepi ni. Pasti berselera bila makan dengan nasi panas dan semestinya menambah nasi sekurang-kurangnya 3 pinggan. Dengan kuahnya yang very-very sedap jika dihirup begitu sahaja..hehe.. Ni kalau orang demam, anda cuba masak resepi ini..Pasti yang demam tu makan bertambah..hehe..ok jom tengok bahan-bahannya yang amat mudah..

Bahan-bahannya:
  • 8 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
  • 20 cili kering perlu dikisar
  • 1 @ 2 labu bawang besar perlu dikisar
  • 4 ulas bawang putih perlu dikisar
  • 2 inci halia perlu dikisar
  • 1/2 inci kunyit perlu dikisar
  • sedikit belacan ( jika anda mahu )
  • 3 biji tomato ( di kisar)
  • 3 biji terung bulat belah 4
  • Daun kesum secukupnya
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara membuatnya
  • Permulaannya anda perlu tumis semua bahan yang telah dikisar dan belacan ( jika suka) dengan minyak kecuali buah tomato. Dan anda tumis bahan tersebut sehingga naik minyak.
  • Selepas itu masukkan buah tomato yang dikisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  • Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan juga terung bulat.
  • Apabila ikan agak-agak sudah masak akhir sekali masukkan daun kesum.
  • Biarkan mendidih dan angkat dan sedia untuk dihidangkan



*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP




Friday 2 February 2018

RESEPI AYAM HALIA VERSI CINA MELELEH AIR LIUR


Resepi ni memang sedap, kalau makan dengan nasi panas-panas bersama dengan ayam halia ni memang terangkat kata kau..Tapi lepas makan tu pasti segala angin akan keluar atas dan bawah..Okla tu buang anginkan. Yang penting perut kenyang betul tak..Memang sangat sedap dan kalau sekali dah rasa mahunya bertambah nasi dan perut pun menaik..hehehe..Meh saya kongsi resepi yang sedap yang saya dapat dari wife saya ini..Mana dia dapat tak tau..hehe...Anda boleh cuba ye..

Bahan-Bahannya:
  • 800 gram ayam, potong kecil
  • 5 ulas bawang putih, dihiris nipis
  • 2 biji bawang besar, hiris nipis membulat
  • 1 biji cili merah, hiris nipis
  • 10 tangkai cili kering yang dipotong kecil & dibersihkan
  • 1 tangkai daun bawang, hiris panjang 2cm
  • 3 cm halia, dihiris halus memanjang
  • 2 sudu besar kicap cair
  • 5 sudu besar sos tiram
  • 2 sudu kecil tepung jagung, bancuh dengan sedikit air
  • minyak masak untuk goreng ayam
  • sedikit lada sulah atau lada hitam
  • sedikit garam dan kunyit secukup rasa 
  • garam dan gula, secukup rasa

Cara-cara membuatnya:
  • Permulaannya anda perlu panaskan minyak. Seterusnya gaulkan ayam bersama garam dan kunyit kemudian goreng separuh masak.Setelah masak anda angkat ayam tersebut dan ketepikan.
  • Seterusnya ambil sedikit minyak dari baki gorengan ayam tadi dalam anggaran 1 senduk dan anda tumiskan bawang putih bersama halia sehingga naik bau wangi. Kemudiannya masukkan kembali ayam yang digoreng separuh masak tadi.
  • Kemudianya anda masukkan pula sos tiram, kicap cair, dan sedikit taburan lada putih dan cili kering. Anda perlu kacau seketika (anda kene pastikan jangan sampai bawang putih hangus).
  • Masukkan air bancuhan tepung jagung dan kacau sehingga kuah menjadi sebati dan pekat. Tambah sedikit lagi air jika anda suka lebih kuah.
  • Akhir sekali taburkan dengan cili merah dan bawang besar dan kacau selama 2-3 minit sebelum diangkat. Perasakan dengan garam dan gula secukup rasa.
  • Angkat dan tabur dengan daun bawang. Hidangkan bersama nasi panas.


*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...