Tuesday, 6 September 2011

RAHSIA LAILATULQADAR



Semua umat islam ingin mendapat malam al-Qadar atau Lailatul Qadar. Sebab ganjaran untuk malam Lailatul Qadar sangat lumayan dan istimewa. Nilai pahalanya seperti beribadah 1,000 bulan. Siapa yang tak mahu, kan?

Jadi, semua umat islam sedaya upaya tercari-cari malam 1,000 bulan itu. Persoalannya?

·   Siapa yang tahu bilakah malam itu akan muncul?
·   Bagaimanakah caranya untuk dapatkan Lailatulqadar?
·   Sekiranya berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, apakah yang  hendak kita pohonkan?    
    Amalan apakah yang patut kita lakukan?
·   Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?


Soalan : Siapakah yang tahu bila Lailatul Qadar berlaku?
Jawapannya : TIADA SIAPA yang tahu. Lailatul Qadar adalah rahsia Allah ta’ala. Hatta Rasulullah SAW pun hanya suruh kita cari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Baginda sendiri melipat gandakan usaha dan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Kita bagaimana?

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatulqadar?
Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.
Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.
Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.
Soalan : Sekiranya berjumpa dengan Lailatul Qadar, apakah yang hendak kita pohonkan? Amalan apakah yang patut kita lakukan?
Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1,000 bulan atau 84 tahun.
Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).
Soalan: Apakah yang patut kita doa pada malam al-Qadar?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”
Baginda SAW menjawab,“Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.)
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Soalan : Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?
Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak). Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.
Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya. Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar.
Sekian. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat kita sama-sama ambil peringatan dan amalkan mana yang boleh.

Sebelum saya tutup N3 kali ini, saya nak kongsi 1 gambar carta menunjukkan jangkaan bilakah Lailatul Qadar akan berlaku berdasarkan pendapat para sahabat rodhiallahu’anhum dan ulama’ silam.


Marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan Lailatul Qadar kerana ianya cukup istimewa hanya untuk kita, ummat Nabi Muhammad SAW.


Saya berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk beribadah sebanyak mungkin pada saki-baki Ramadhan yang masih ada ini. Aaminn.







No comments:

Post a Comment