Thursday, 28 February 2013

4 TIPS UNTUK MENULIS ARTIKEL DI BLOG ANDA



SENTIASA BERFIKIR DAN MENGIKUT KEHENDAK PEMBACA/PELAWAT ANDA
Untuk menjadi penulis elit pada blog anda, anda perlu sentiasa berfikir, bagaimana untuk menarik perhatian pembaca anda  supaya mereka akan datang pada setiap masa. Anda perlu menulis berdasarkan pilihan tajuk yang menarik perhatian pembaca. Lebih dekat anda sampaikan perkara yang sesuai kepada penyelesaian tuntutan mereka, maka peluang yang lebih cerah kepada anda untuk mereka melawat/datang ke blog anda lagi dan lagi dan lagi..hehehe.

PASTIKAN ANDA MENINGKATKAN ILMU PENGETAHUAN WALAUPUN ANDA ADALAH SEORANG PAKAR
Jangan sekali-kali berpuas hati dengan apa yang anda tahu. Update harian mesti dilakukan, kerana walaupun ada seorang yang pakar, tetapi masih ada maklumat atau perkara yang anda tidak tahu..Bukan semua orang perfect. Betul tak….Jadi luaskan ilmu pengetahuan, sentiasa belajar benda yang baru dan benda berbeza dari rutin sebenar kita..Ini membolehkan kita mendapat idea-idea yang baru dan terkini..Insyallah anda akan dapat maklumat yang berharga dan boleh dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog anda..


BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN
Ingatlah bahawa pembaca anda layak menerima maklumat dan info yang lebih baik dari blog anda. Oleh itu, sentiasa meletakkan tips/maklumat yang terbaik apabila anda menulis di blog anda. Pastikan anda menjadi yang sempurna dan anda adalah seorang yang pakar dalam bidang anda. Ini kerana dengan ilmu yang anda curahkan pada blog anda dan para pembaca berpuashati dengan maklumat dan ilmu yang anda sampaikan, maka dengan sendirinya pembaca berkenaan akan datang semula pada blog anda untuk update info terkini..

SENTIASA MEMBERI DAN MEMINTA KOMEN
Salah satu cara terbaik untuk mengenal pasti pembaca anda follow artikel menarik anda atau tidak, adalah dengan meminta komen dari pembaca atau dengan anda meninggalkan komen yang bernas di akhir artikel anda. Ini sekurang-kurangnya menjadikan artikel anda mendapat respons dari pembaca anda..Cukup mudah bukan menulis artikel di blog..Dalam masa yang sama trafik blog anda akan meningkat.. 



No comments:

Post a Comment