Monday, 13 January 2014

INGIN KURUSKAN BADAN - CUBA DIET MAKANAN INI !!


Anda mempunyai masalah berat badan? Makam sedikit tapi berat badan tetap naik juga.. Sudah tentu anda berusaha untuk mengurangkan lemak di badan anda. Mari kita berkongsi cara yang membolehkan anda untuk membakar lemak dengan pantasnya antaranya melalui senaman dan diet makanan. Semestinya melalui diet makanan anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan..Cukup mudah..Diantara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak dengan pantas ialah :


Tomato - Tomato mengandungi khasiat vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Warna merah pada kulit tomato itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan dan diet badan. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. Manakala Kandungan airnya yang tinggi pada tomato iaitu lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.


Cili atau Lada - Dengar saja cili mesti ia dikaitkan dengan kepedasan dan kehangatan..Tetapi kandungan vitamin B, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah di bahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Di samping itu, buah cili yang pedas juga meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme bagi melancarkan peredaran darah dan turut membakar lemak


Buah Anggur - Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah buah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang..Cuba anda buat jus anggur kerana dengan minum jus anggur ianya banyak serat dan dapat mengurangi berat badan kerana dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama.



Timun - Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat buah timun ini mengandungi air, iaitu  95% air dan 5% serat yang dapat membantu membersihkan racun dan juga membantu melancarkan pencernaan sehingga memaksimakan metabolisme tubuh seterusnya dapat menurunkan berat badan jika diamalkan selalu.

Nasihat saya, lakukan dulu senaman yang berterusan dan barulah dikuti dengan diet pemakanan yang seimbang seperti yang disyorkan di atas..
Anda juga boleh dapatkan tips di sini : Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang !!

No comments:

Post a Comment