Friday, 27 March 2015

3 KHASIAT OAT UNTUK DIET DAN KAWAL DIABETES ANDA


Anda sarapan apa pagi ini? Roti Canai, Mee atau Nasi Goreng? atau Oat? Jika Anda sudah menyelitkan oat sebagai menu harian anda, bererti ianya pilihan menu untuk hidup sihat dan tepat.

Mengapa OAT? Untuk makluman anda, Oat sudah dikenali sebagai makanan yang bermanfaat untuk kesihatan. Ternyata khasiat oat juga berlipat ganda untuk para penderita diabetes, iaitu dari membantu mengatur kadar gula darah, membantu mengatur diet berat badan, serta membantu menjaga kesihatan jantung. Hebat bukan?

3 KHASIAT OAT UNTUK DIET DAN KAWAL DIABETES ANDA

KHASIAT OAT DAN KADAR GULA DARAH
Khasiat dan manfaat oat adalah sangat penting bagi penderita diabetes bagi membantu mengatur kadar gula darah. Hasil penyelidikan dari Asia Pacific Journal of Clinical Nutrition menunjukkan bahwa beta-glucan pada oat dapat membantu mencegah terjadinya peningkatan kadar gula darah secara drastik pada penderita diabetes setelah makan. Mekanisma kehebatan oat ini belum diketahui dengan jelas, namun diyakini berhubungan dengan penghambatan penyerapan zat-zat makanan (termasuk gula) oleh serat pada oat.

KHASIAT OAT DAN PENGATURAN DIET BERAT BADAN
Serat Oat untuk dijadikan makanan juga dapat membantu pengaturan diet berat badan pada penderita diabetes. Hasil penyelidikan dan penelitian Diabetes Research and Clinical Practice menunjukkan bahawa serat Oat makanan adalah sebagai pengganti makan khusus kepada penderita diabetes serta ianya dapat membantu meningkatkan rasa kenyang hingga 27.1%. Hal ini dapat membantu mengurangi jumlah makanan yang akan dimakan dan mengurangi rasa lapar selepas 2 dua jam sesudah makan. Jangan lupa bahawa menjaga berat badan sangatlah penting bagi pengidap diabetes untuk mencegah terjadinya komplikasi lebih lanjut.

KHASIAT OAT DAN KESIHATAN JANTUNG
Khasiat dan manfaat Oat memang sudah diketahui umum, iaitu untuk kesihatan jantung. Hal ini adalah serat dan khasiat yang terkandung di dalam oat dapat membantu menurunkan kadar kolesterol, dan dengan demikian turut menurunkan risiko hipertensi pada mereka yang memiliki kadar kolesterol yang tinggi.

Oleh itu disarankan kepada anda semua untuk menurunkan berat badan adalah dinasihatkan supaya mengamalkan pengambilan Oat secara kerap dan konsisten kerana ianya makanan untuk kesihatan. Selain itu juga amalkan diet yang berterusan dan teratur serta di syorkan untuk anda mengamalkan diet atkins. Jom amalkan Panduan Diet di sini >>> PANDUAN DIET ATKINS YANG BERKESAN



No comments:

Post a Comment