Thursday, 16 April 2015

RESEPI TERBAIK TEPUNG GORENG PISANG RANGUP


Anda sume mesti suka makan pisang gorengkan. Saya suka yang pisang goreng yang rangup-rangup. Memang sedap ooo..makan pisang goreng dengan air kopi secawan..Perhhh memang penuh nikmat..

Macam biasa la selalu yang goreng pisang saya suruh wife saya yang gorengkan..Memang rangup oooo..Kadang-kadang tak tahu berapa banyak pisang yang masuk mulut..hehe

Saya pun tanyalah mana dapat resepi yang rangup ni. Wife saya di cakap dia dapat resepi dari blog En Hairul Hissam dan terus mencubanya..

Memang terbaik resepi yang di berikan oleh En Hairul Hissam dan pisang yang digoreng oleh wife saya cukup rangup.. Memang terbaik..Terima kasih pada En Hairul. 

Jom lah kita lihat rahsia resepinya oleh En Hairul Hissam

RESEPI TERBAIK TEPUNG GORENG PISANG RANGUP

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat(santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa (dlm 1/2 sudu kecil)
1 biji telur
Air secukupnya
2 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan :
  • Anda perlu mencairkan marjerin dahulu di dalam periuk dengan api yang kecil. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ianya akan cair sekejap sahaja. Setelah marjerin tersebut cair, alihkan daripada api dan biarkan sebentar untuk ia sejuk.
  • Masukkan kesemua bahan diatas kecuali marjerin cair dan air. Seterusnya barulah masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Mahu lebih mudah dan baik hasilnya anda perlu menggaul menggunakan tangan. Sebab utamanya adalah kerana adanya baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semua bahan menjadi sebati dan pekat. Jika kelihatan tercair, tambahkan lagi tepung gandum atau tepung beras. Anda perlu pastikan adunan tepung perlu pekat tau.....lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu kerana mesti dapatkan bancuhan tepung yang benar-benar pekat.
  • Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
  • Seterusnya celup pisang ke atas adunan tepung yang telah sebati tadi dan goreng dengan minyak yang panas.

Nota: Adunan tepung ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, cempedak, keledek, tempe dan sebagainya. Resepi ni memang rangup. Caranya sama saja, celup dan goreng dalam minyak panas.

** Jika anda ingin dapatkan Resepi Cara Buat Roti Canai Lembut dan Rangup boleh tengok di Website ini >>> www.resepiroticanailembut.com

No comments:

Post a Comment