Monday, 1 June 2015

RESEPI MUDAH BUAT KUIH GULUNG YANG MENYELERAKAN


Petang-petang gini selalunya perut jadi lapar..Hujan turun dari pagi sampai petang tak berhenti-henti. Perut ni asik berbunyi, suruh di isi. Jadi macam biasa la minta isteri tolong buatkan kuih gulung kegemaran saya. Ada yang panggil kuih ketayap. Sebab apa kuih gulung atau ketayap menjadi pilihan untuk minum petang, sebab ianya cukup mudah dan segala bahan-bahannya telah ada..Hehe. Mari saya sharekan resepi nya. Insyallah jadi. 

Penyediaan untuk makan (3-6 orang)

Bahan-bahan untuk kulitnya
 1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan susu segar)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
2 biji telur
2 helai daun pandan
pewarna hijau

Bahan-bahan untuk buat intinya
1/2 atau 1 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (ikut citarasa anda atau boleh dikurangkan )
1 helai daun pandan

Cara-cara penyediaan untuk inti
Permulaannya masukkan gula merah dan kelapa parut serta sehelai daun pandan ke dalam kuali. Seterusnya kacau sampai menjadi sebati sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-20 minit. Inti tersebut akan bertukar menjadi warna keperangan. Setelah betul-betul sebati boleh diangkat dan di letakkan kedalam bekas dan jangan lupa untuk buang daun pandan tadi.

Cara-cara penyediaan untuk kulit
Ambil santan dan blend dengan daun pandan dan tapis. Kemudiannya anda ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan secubit garam dan campurkan santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.

Seterusnya kacau sehingga sebati . Selepas itu masukkan telur serta minyak dan kacau lagi. Jika anda nak warna original ketayap tak payah guna pewarna, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna hijau, jika anda nak juga tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 3-4 titik ke dalam adunan anda.

Setelah selesai aduanan d iatas , anda panaskan pan, letakkan sedikit minyak dan seterusnya ambil 1 senduk adunan tadi dan letakkan pada pan dan layangkan agar adunan tadi menjadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, dan angkat. Jangan masak terlalu lama nanti jadi tak sedap.

Setelah masak angkat kulit tadi dan terus masukkan inti dan gulung mengikut kreativiti anda sama macam buat popia.

Ulangi  semua proses di atas sehingga adunan tadi habis. Dan setelah semuanya siap, boleh la di makan.

Cukup mudah bukan..Rasanya tak sampai pun 1 jam kalau semua bahan-bahan untuk buat kuih ketayap ini ada.

**Jika anda ingin membuat roti canai atau murtabak yang sedap, lembut dan rangup dan di gemari oleh suami dan anak-anak anda, boleh tengok resepi dan penyediaannya di sini >>> www.resepiroticanai.com


No comments:

Post a Comment