Monday, 8 June 2015

TIP DAN RESEPI CENDAWAN CELUP TEPUNG


Dinner tadi aku teringin dan mahu makan cendawan celup tepung. Demi mengikut kemahuan ku ini lalu wife aku pun pergi ke dapur untuk menyediakan cendawan celup tepung yang rangup..Hehe

Ramai yang dah tahu kot resepi mudah untuk buat cendawan celup tepung ini tetapi kadang-kadang bila buat salutan pada cendawan kurang menjadi dan ia tidak cantik jadinya malah makin hodoh pulak tengok.

Ya..Jom saya sharekan tips dari wife aku untuk menyalut keseluruhan cendawan agar rangup dan sedap dimakan bagi menu cendawan celup tepung.

Caranya adalah seperti berikut :

Masukkan cendawan ke dalam bancuhan tepung serbaguna bersama air. Gaul mesra antara cendawan, tepung dan juga air agar dia sebati. Gaul lembut sahaja supaya campuran tersebut menyaluti cendawan.

Selepas itu lumurkan sekali lagi dengan tepung serbaguna dalam bekas berasingan. Hanya tepung sergabuna sahaja. Ini bagi memastikan salutan tepung sekata dan mesra pada cendawan yang ingin di goreng.

Selepas itu bolehlah di goreng dan sedia untuk di makan.

Kaedah ini tidak perlu celup tepung dengan telur dan yang penting sesuai dengan apa jua jenama tepung serbaguna di pasaran.

**Jika anda ingin dapatkan resepi dan penyediaan untuk roti canai yang lembut dan rangup serta resepi murtabak special. Anda boleh lawati website ini >>> www.resepiroticanai.com


No comments:

Post a Comment