Monday, 14 December 2015

RESEPI CHURROS YANG SEMEMANGNYA WALLA !!


Hari ni aku tengok kat facebook ramai pulak yang dok makan churros..Katanya sedap..Meleleh jugak air liur aku ni..Yela asik buka je facebook nampak gambar churros..Dengan itu, macam biasa aku pun dengan sengehnya minta wife aku buat churros ni..Beliau pun mencari di google dan akhirnya dapat resepi melalui blog Kak Hana iaitu hanamemories.blogspot...Meh aku kongsikan resepi tu


Bahan-bahannya:
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar butter/minyak masak.

Cara-caranya:
  • Permulaannya anda perlu didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 
  • Selepas itu anda masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
  • Kemudian angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 
  • Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping. 
  • Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
  • Akhir sekali sebelu dihidang, angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com


Friday, 11 December 2015

INCOME PERTAMA MELALUI JOBDIRUMAH MEMANG MASYUKKK


Alhamdulillah berbaloi melalui tugas pertama dengan mendaftar jobdirumah ini akhirnya dapat jugak income walau pun tak banyak..Rase macam berkobar-kobar pulak nak buat lagi task melalui jobdirumah ni.. 1st income ni nak makan mee udang mak jah..ngehngeh..Bergelora perut oooi


Secara amnya melalui jobdirumah ini kadar pembayaran upah untuk setiap tugasan adalah antara $10 - $50. 

Ada upah yang lebih tinggi tetapi memerlukan kemahiran tinggi terutama melibatkan teknikal atau pun analisa

Tugasan di sekitar harga di atas ini adalah tugasan yang mudah dan kebanyakan boleh dilakukan dengan sedikit pengetahuan asas komputer. Ianya memang berbaloi untuk mencari sumber pendapatan sampingan.

Anda perlu tahu walaupun upah hanya $10 - $50 sahaja ia di bayar dalam nilai US Dolar. Nilai terkini semasa kami menulis email ini adalah $1.00 = RM4.27. Paling kurang tukaran adalah RM4.00 untuk setiap 1 US Dolar.

Terpulang berapa banyak tugasan yang anda boleh dan mampu ambil untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan , itu terpulang kepada anda. Lagi banyak anda mengambil tugasan bermaksud lebih banyak upah yang akan di terima.

Jika anda berminat untuk buat duit melalui jobdirumah anda bolehlah mengikuti panduan asas dan melihat senarai kekosongan tugasan terkini melalui Login URL ini >>> Jobdirumah.com



Wednesday, 9 December 2015

RESEPI PAU GEBU DAN LEMBUT YANG TIDAK TERKATA NIKMATNYA


Petang-petang gini tambahan pula time hujan sejuk-sejuk begini sedap jugak kalau dapat makan pau kacang merah..hehe..aku pun cakap kat wife aku nak makan pau la petang ni..Lalu beliau pun google resepi yang dikongsikan dari Puan Mastika Zaharuddin..Nah ni resepi yang ingin dikongsikan kepada anda 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg tepung high protein
  • 1 paket yis mauripan
  • ½ cawan gula pasir
  • 2½ cawan air suam (Boleh tambah air kalau tidak cukup lembut)
  • 1/2 cawan minyak jagung (Boleh juga guna minyak masak)
  • Inti kacang merah (Boleh beli dikedai bakery)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Permulaannya anda perlu bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
  • Kemudian anda masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15 minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
  • Selepas itu bulat-bulatkan doh seberat 40gm setiap satu. Biarkan rehat 10 minit – 15 minit.
  • Bubuh inti kacang merah dan tutup inti dengan doh dengan rapat.
  • Lapik dengan daun pisang / plastik / kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.
  • Kukus selama 10 -15 minit.
  • Sedia untuk dihidang

Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com




Saturday, 5 December 2015

TERGEMPAR PENDAFTARAN BR1M 2016 AKAN BERMULA 5 DISEMBER 2015

Pendaftaran BR1M 2016 akan bermula 5 Disember 2015


Pembukaan kaunter LHDNM dan pendaftaran melalui dalam talian Portal Rasmi BR1M LHDNM >>> https://ebr1m.hasil.gov.my/ akan dibuka secara rasminya pada 5 Disember 2015.

Kepada anda semua yang merasakan diri mereka layak untuk terima BR1M bagi Tahun 2016, di pohon untuk kemaskini butiran peribadi anda di borang BR1M 2016 yang baru. Elakkan berlaku masalah yang akan menyukarkan anda kelak.

Bagi sesiapa yang layak untuk menerima BR1M 2016, anda akan menerima pembayaran terus ke akaun bank.

Jumlah dan Had kelayakan Penerima BR1M 2016
  • RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih
  • RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
  • RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
  • RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000 


Friday, 4 December 2015

RESEPI PULUT SERI MUKA YANG BERSERI-SERI SUNGGUH



Hari ni aku rase macam teringin je pagi ni nak makan kuih seri muka..Tapi wife aku dia cakap tak berapa pandai nak buat.. Beliau usahakan jugak buat kuih tersebut..Ini resepinya yang dikongsikan oleh Puan AIN YUSUF

Bahagian Pulut:
  • 400 gm beras pulut
  • 500 ml santan pekat
  • 150 ml air
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 1 helai daun pandan (untuk bagi wangi pulut)

Penyediaan:
  • Permulaannya anda perlu basuh beras dengan bersih dan rendam pulut 2-3 jam
  • panaskan bekas pengukus terlebih dahulu.
  • Kemudian anda masukkan pulut, santan, air, garam, daun pandan ke dalam periuk lain dan masak dengan api sederhana/ kecil sehingga santan nampak sedikit likat.
  • Seterusnya masukkan pulut tersebut ke dalam loyang kemudian letak dalam pengukus dan masak sehingga lembut
  • Setelah masak, tekan pulut utk jadikan ia padat.

Bahagian Kastad:
  • 250 ml santan pekat
  • 200 gm gula pasir 
  • 30 gm tepung kastad
  • 5 biji telur
  • 180 ml air + 12 helai daun pandan (perlu dikisar dan ditapis untuk dapatkan air pandan)
  • sedikit pewarna hijau
Penyediaan:
  • Anda perlu pukul telur dan gula sehingga hancur
  • Kemudian masukkan santan , air pandan, sedikit pewarna hijau untuk nampak lagi menarik. Sambung blend
  • Seterusnya masukkan tepung sambil menapis dan blend sekali lagi untuk sebatikan adunan
  • Panaskan periuk pengukus
  • Masukkan adunan sambil menapis ke dalam kuali dan kacau sekejap sehingga adunan kelihatan pekat dan buih berkurangan. Jangan kacau lama sgt dan penting untuk sentiasa kacau dengan api kecil/ sederhana. Sebab kalau guna api kuat sangat akan menyebabkan adunan akan berketul-ketul.
  • Akhir sekali tuang adunan ke atas pulut dan kukus sehingga permukaan masak. Ambil masa lebih kurang setengah jam.

Anda boleh menggunakan loyang 10x10 dan alaskan dengan plastik supaya senang potong. Pastikan kuih ini betul-betul sejuk baru boleh potong supaya ia nampak kuih cantik setelah dipotong. Nak cantik potongan kuih anda boleh masukkan ke dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.


** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com