Wednesday, 9 December 2015

RESEPI PAU GEBU DAN LEMBUT YANG TIDAK TERKATA NIKMATNYA


Petang-petang gini tambahan pula time hujan sejuk-sejuk begini sedap jugak kalau dapat makan pau kacang merah..hehe..aku pun cakap kat wife aku nak makan pau la petang ni..Lalu beliau pun google resepi yang dikongsikan dari Puan Mastika Zaharuddin..Nah ni resepi yang ingin dikongsikan kepada anda 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg tepung high protein
  • 1 paket yis mauripan
  • ½ cawan gula pasir
  • 2½ cawan air suam (Boleh tambah air kalau tidak cukup lembut)
  • 1/2 cawan minyak jagung (Boleh juga guna minyak masak)
  • Inti kacang merah (Boleh beli dikedai bakery)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Permulaannya anda perlu bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
  • Kemudian anda masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15 minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
  • Selepas itu bulat-bulatkan doh seberat 40gm setiap satu. Biarkan rehat 10 minit – 15 minit.
  • Bubuh inti kacang merah dan tutup inti dengan doh dengan rapat.
  • Lapik dengan daun pisang / plastik / kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.
  • Kukus selama 10 -15 minit.
  • Sedia untuk dihidang

Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com




No comments:

Post a Comment