Monday, 4 January 2016

TERGEMPAR JUMLAH BANTUAN RAKYAT 1 MALAYSIA (BR1M) TAHUN 2016 DINAIKKAN LAGI


Menyedari kos hidup yang tinggi dihadapi oleh rakyat jelata terutamanya isi rumah yang berpendapatan rendah, serta untuk merealisasikan harapan, seperti yang dijanjikan, dalam ikhtiar meringankan kos sara hidup rakyat pula, Bantuan Rakyat 1Malaysia atau BR1M akan diteruskan. Dengan Bantuan Rakyat 1Malaysia tersebut telah sedikit sebanyak membantu meringankan beban hidup rakyat Malaysia .

Selaras dengan itu Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Tun Razak mengumumkan, dalam Bajet 2016, jumlah BR1M untuk tahun 2016 akan dinaikkan seperti berikut:

Pertama: Satu kategori baru diperkenalkan bagi semua penerima di dalam senarai e-Kasih yang berpendapatan bulanan di bawah RM1,000 , akan menerima BR1M sebanyak RM1,050 ;

Kedua: Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 ringgit kepada RM1000;

Ketiga: Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800 ;

Keempat: Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan; dan

Kelima: Bagi kategori individu bujang pula, yang berumur 21 tahun dan ke atas, serta berpendapatan tidak melebihi RM2000 sebulan, kadar bantuan akan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400.

Sumber : Teks Ucapan Bajet 2016 oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak



No comments:

Post a Comment