Wednesday, 3 August 2016

RESEPI AYAM GORENG BEREMPAH YANG SEMEMANGNYA MENJILAT JARI !!



Saya ni kalau tiap-tiap hari makan ayam pun takpe..Memang kesukaan dari kecik lagi..Kalau dapat makan mesti tak kurang 3 ketul ayam..Okla disebabkan saya pun dah terliur ni..Meh saya sharekan resepi dari wife saya yang beliau dapat dari kawannya


Bahan-bahannya 

  • 1 kg Ayam Segar (di potong - ikut citarasa) 
  • 2 inch halia - ditumbuk 
  • 2 inch lengkuas - ditumbuk 
  • 2 inch kunyit hidup - ditumbuk 
  • 2 sudu besar biji ketumbar - disanggar & ditumbuk halus 
  • 1 sudu teh jintan halus - disanggar & ditumbuk halus 
  • 1 sudu besar cili kisar (tanpa cuka / cili serbuk) 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 sudu besar gula halus - tak letak 
  • Garam secukup rasa 
  • Minyak untuk menggoreng

Nak lagi sedap boleh tambah ; 

  • 2 sudu besar serbuk kari - 
  • 3 batang serai - potong pendek tumbuk lumat bersama lain - lain 
  • 7 ulas bawang merah - tumbuk lumat
  • sedikit daun kari - masukkan semasa menggoreng 

Cara-caranya 

  • Permulaannya anda perlu potongan ayam di bersihkan dan di buburkan sedikit garam, gaulkan dan di tepikan. 
  • Selepas itu semua bahan-bahan rempah biji bijian(disanggar) dan ditumbuk halus, bawang putih, halia,kunyit, lengkuas di tumbuk jangan terlalu halus (jangan pakai blender). 
  • Selepas itu gaulkan kepada ayam rata-rata bersama gula halus, serbuk rempah yang di tumbuk. 
  • Kemudianya di peram di peti sejuk selama sekurangnya 1 jam atau lagi lama lagi baik. 
  • Panaskan minyak dikuali untuk mengoreng. Bila sudah panas tarukkan ayam di dalam kuali. Jangan terlalu banyak bila di goreng, supaya ia mudah garing. Dihidangkan panas-panas. 

** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di link website ini >>> www.bisnesair.com


No comments:

Post a Comment