Kalau anda inginkan kelainan dalam kudap-kudapan anda patut cuba Daun Mulberry Celup Tepung ini...memang terbaik bak ang..Patut la ramai yang duk cakap Daun Mulberry Celup Tepung ini sedap rupanya...dah macam tempeyek atau keropok plak dah bila memakannya..Kalau anda buat, pasti tak menyesal punya lah..mesti dok ralit bila makan..Lagipun khasiat pun banyak daun mulberry ni.
Resepi dan bahan-bahan nya amatlah mudah sesangat
Sukatan tepung perlulah sama banyak.
- 2 sudu besar tepung jagung
- 2 sudu besar tepung beras
- 1 sudu kecil serbuk kari atau terpulang nak kari ayam, daging ke sebab nak bagi rasa spicy skit. ataupun serbuk BBQ pun boleh
- secubit serbuk lada putih & garam
- air suam
- minyak masak secukupnya
Cara-cara penyediaannya
- Bancuh kesemua tepung dan bahan-bahan di atas dan pastikan agak-agak tak pekat, tak cair.
- Panaskan minyak di kuali
- Kemudian celup daun mulberry dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
- Bila dah garing angkat dan sedia untuk dimakan.
Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah elok untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut
- Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
- Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
- Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
- Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
- Membantu dalam kehilangan berat badan
- Mengurangkan keadaan asma yang teruk
- Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
- Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
- Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
- Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
- Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
- Menambahkan tenaga
- Meningkatkan produksi susu badan
- Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
- Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
- Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)
p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com
** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com
No comments:
Post a Comment