Monday, 18 May 2015

RESEPI MUDAH BUTTER PRAWN YANG PALING SEDAP


Bila tengok program TV di ASTRO memang terliur bila hos yang mengacarakan program tersebut makan udang. Kali ni yang membuatkan saya tertelan air liur adalah bila hos tersebut makan butter prawn. Sekali tengok memang mudah je cara nak buatnya. Tapi bila nak buat terkial-kial jugak ooo..Terkial-kial tu wife aku la yang cakap. Saya ni makan je. Hehe. Semestinya, butter prawn memang sedap dan lazat jika anda memahami teknik-teknik dalam menyediakan masakan tersebut. Meh saya sharekan Resepi Mudah Butter Prawn Yang Paling Sedap dibawah.

Bahan-bahan :

200g udang besar
2 camca sos ikan
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
½  mentega
600ml minyak masak
2 biji telur dan ambil kuning sahaja
1 tangkai daun kari

Cara-cara penyediaannya :

Step yang pertama adalah panaskan minyak masak. Pukul sedikit telur kuning di dalam bekas supaya ia bersatu dan kembang sedikit.

Ambil dan gunakan senduk untuk mengacau minyak yang panas dalam kuali agar ia berpusing laju dalam satu arah.

Seterusnya sambil mengacau minyak tadi dengan senduk, korang bolehlah tuangkan kuning telur secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan. Anda perlu buat dengan cara mengangkat bekas kuning telur dengan tinggi seperti membuat teh tarik. Dengan cara ini ianya akan menjadikan telur tersebut halus seperti memanjang.

Setelah teknik diatas dibuat, teruskan goreng kuning telur tadi sehingga keperangan. Kemudian angkat dan toskan.

Jangan tutup api tersebut tetapi kekalkan minyak masak tersebut di dalam kuali.

Seterusnya gaulkan udang bersama sos ikan sehingga betul-betul sebati. Apabila minyak masak sudah berasap sedikit, gorengkan udang sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.

Step seterusnya adalah keluarkan semua minyak masak tadi dan gantikan dengan mentega. Panaskan dengan api sederhana.

Potong bawang kecil dan ketuk bawang putih dan tumiskan dengan mentega telah cair tadi.

Setelah tumisan menjadi wangi, masukkan udang dan gaul rata sebentar sahaja.

Angkat udang dan letak diatas piring dan taburkan kuning telur tadi dan jangan lupa daun kari. Hidangkan semasa udang masih garing. Pasti menyelerakan kalau anda dan family anda makan hidangan ini..

Sesuai dimakan untuk 3 atau 4 orang. 

Anda suka makan pisang goreng. Mari dapatkan Resepi di sini >>> Resepi Terbaik Tepung Goreng Pisang Rangup



No comments:

Post a Comment