Friday, 15 May 2015

RESEPI MUDAH CHOCOLATE MOUSSE YANG MENYELERAKAN


Semalam tengok rancangan AFC kat astro. Sedap pulak tengok chef tu buat Chocolate Mousse. Meleleh jugak la air liur saya ni. Saya pun suruh wife cari resepi yang bersesuaian untuk buat jugak Chocolate Mousse ni. Akhirnya apa lagi wife saya pun tak lengah jugak la sebab dia pun teringin nak makan Chocolate Mousse tu. Hehe. Pergi ke dapur cek semua bahan ada..

Meh aku kongsikan sikit bahan-bahan nya. Resepinya dan caranya juga yang amat mudah jugak. Pasti anak-anak korang sukakannya. Tak caya cubalah buat. Makan time sejuk-sejuk sedap wooo. Mari saya sharekan resepinya..

Bahan-bahan (untuk 4 @ 5 bekas)

250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1 cawan whipping cream
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus

Cara-cara membuatnya :

Pukul whipping cream dengan menggunakan mixer sampai naik kembang dan berbuih.

Kemudian dalam bekas yang lain, masukkan gula dan kuning telur . Seterusnya kacau sampai telur tu bertukar warna jadi cerah sikit. Dalam 4 hingga 5 minit macam tu lah..

Berikutnya , cairkan chocolate masakan dan marjerin dengan menggunakan teknik double boiler. Apabila chocolate dah cair, masukkan serbuk nescafe yang dah dibancuh dengan air.

Step seterusnya masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan chocolate. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jugak. Buat step ni kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.

Dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga naik kembang.

Finally, gabungkan kesemua adunan yang telah dibuat di atas (whip cream, chocolate dan putih telur). Kacau adunan sehingga texturenya sebati. Yang penting jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang.

Selepas itu masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.

Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Hiaskan bagi cantik dan sedia untuk dimakan.


RESEPI DESSERT STYLE HOTEL - 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION

Kalau korang nak belajar lebih detail untuk buat untuk buat pelbagai mousse seperti di bawah :-

1. Chocolate Mouse In The Cup
2. Tiramisu In The Cup
3  Cheese Mousse Layer Chocolate Cheese Mousse
4. Vanilla Mousse in The Cup
5. Banana Cheese Mousse In The Cup
6. Strawberry Mousse In The Cup
7. Manggo Mousse In The Cup
8. Teknik menghias icing di atas mousse in the cup

Boleh layari website berikut dalam Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION

Dengan pelajari teknik yang sempurna dan betul, anda boleh buka bisnes untuk buat mousse ini dan hantar ke café dan kedai kek. Ianya pasti berbaloi untuk menambahkan lagi sumber pendapatan anda. Bayangkan 1 mousse cake anda boleh jual dalam RM 5.00. Anda dapat hasilkan mousse dalam seminggu dengan kuantiti sebanyak 50 bekas. Jumlah keuntungan anda adalah RM 250 untuk seminggu. Kalau sebulan RM 250 x 4 minggu. Jumlah keuntungan keseluruhan yang adalah RM 1000. Agak lumayan. Memang boleh buat duit dan berbaloi.

Jika anda berminat untuk pelajari mousse style hotel, anda boleh layari website ini segera. Ianya dalam Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION



No comments:

Post a Comment