Monday, 11 May 2015

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP


Malam-malam begini kalau dapat makan sotong celup tepung pun sodap..

Menu ini adalah kegemaran aku dan wife aku tapi tak selalu juga masak dan makan sotong ni sebab mahal dan kolesterol tinggi bro. Tapi kalau aku dah teringin tu aku suruh je wife aku masakkan sebab kalau makan kat kedai lagi mahal dan sikit ye tak..Hehe.. 

Jom aku sharekan resepi yang wife aku selalu buat..

Bahan-bahan Untuk Penyediaan: 

700 gm sotong sederhana besar - Korang perlu bersihkan serta dipotong mengikut citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan seketika. Kemudian korang gaulkan sotong dengan 1/2 sudu garam. Perap sotong tersebut selama 15 minit sudah ok. 

Bahan-Bahan A:

7 sudu besar tepung beras 
7 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar tepun gandum 
1 sudu kecil serbuk pati ayam - jika suka 
1/2 sudu serbuk lada sulah 

Masukkan semua bahan A dalam satu bekas dan digaul rata. 

Bahan-Bahan B: 

Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk dan dipukul rata. Masukkan sotong yang di potong tadi ke dalam mangkuk telur dan gaul dengan cepat dan angkat. Setelah di gaul dengan telur, sotong tersebut terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata. 

Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain. Keluarkan sotong tersebut dan masukkan ke bekas lain yang kering. Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.

Minyak dipanaskan dan masukkan sotong ke dalam kuali. Paling penting jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat. Keluarkan sotong yang digoreng dan toskan seketika dan boleh dihidang untuk dimakan

Selamat mencuba..Pasti selera korang terangkat bila makan..Hehe

Jangan risau kalau berat badan anda naik, sebab makan sotong celup tepung yang rangup ini kerana lepas tu korang boleh diet dengan guna teknik bakar lemak pantas di website ini >>> www.atkins.com


No comments:

Post a Comment