Friday, 6 November 2015

RESEPI CHAR KUETIAW MEMANG BERSELERA DI MALAM HARI


BAHAN-BAHANNYA - UNTUK 2 ORANG
  • 800gm kuetiaw 
  • 500gm udang 
  • 300gm kerang 
  • 100gm taugeh 
  • 200gm isi ayam 
  • 100gm kucai 
  • 4 ulas bawang putih | dicincang halus 
  • 4 sudu makan cili kisar 
  • 1 keping kek ikan | dihiris halus 
  • 3 biji telur 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun bawang secukupnya | dihiris 
  • Bawang goreng secukupnya 

BAHAN UNTUK KUAH/SOS
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan kicap manis 
  • 4 sudu makan kicap cair 

CARA PENYEDIAANNYA 
  • Permulaannya anda panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga wangi. 
  • Selepas itu masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 
  • Kemudian anda masukkan kesemua bahan sos. Kacau rata. 
  • Selepas itu anda masukkan udang, kerang dan isi ayam. Kacau sehingga rata dan daging ayam masak. 
  • Kemudian pecahkan telur ayam dan perasakan dengan garam. Biarkan telur masak. 
  • Seterusnya masukkan kuetiaw, kucai dan taugeh. Gaul dan angkat. 
  • Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. 
  • Sedia untuk dihidang dan dinikmati dengan cili kicap atau cili jeruk

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


No comments:

Post a Comment