Monday, 9 November 2015

RESEPI MEE UDANG YANG SEMESTINYA MELETOP



Bahan-Bahannya :
  • 1 paket mee kuning
  • 500 gram udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 3 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 4 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir            
  • 5 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tauhu - goreng dan hiris sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

Cara-Cara Penyediaannya:
  • Permulaannya anda perlu rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya dan asingkan ke tepi. Selepas itu ambil kepala udang dan kisar. Kemudiannya ambil bahan kepala udang yang dikisar tadi dan satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  • Seterusnya panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
  • Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  • Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  • Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mee kuning.
  • Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
  • Semua bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. 

**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini  >>> www.resepiroticanai.com



No comments:

Post a Comment