Monday, 5 February 2018

RESEPI ASAM PEDAS IKAN KEMBUNG BERDESING TELINGA


Jika anda dah muak dengan menu-menu bersos dan berkicap aje, saya rase baik anda cuba resepi ni. Pasti berselera bila makan dengan nasi panas dan semestinya menambah nasi sekurang-kurangnya 3 pinggan. Dengan kuahnya yang very-very sedap jika dihirup begitu sahaja..hehe.. Ni kalau orang demam, anda cuba masak resepi ini..Pasti yang demam tu makan bertambah..hehe..ok jom tengok bahan-bahannya yang amat mudah..

Bahan-bahannya:
  • 8 ekor ikan kembung ( disiang dan dibersihkan)
  • 20 cili kering perlu dikisar
  • 1 @ 2 labu bawang besar perlu dikisar
  • 4 ulas bawang putih perlu dikisar
  • 2 inci halia perlu dikisar
  • 1/2 inci kunyit perlu dikisar
  • sedikit belacan ( jika anda mahu )
  • 3 biji tomato ( di kisar)
  • 3 biji terung bulat belah 4
  • Daun kesum secukupnya
  • Air asam jawa/asam gelugur/air limau nipis secukupnya
  • sedikit garam dan gula
Cara-cara membuatnya
  • Permulaannya anda perlu tumis semua bahan yang telah dikisar dan belacan ( jika suka) dengan minyak kecuali buah tomato. Dan anda tumis bahan tersebut sehingga naik minyak.
  • Selepas itu masukkan buah tomato yang dikisar, air asam jawa dan air secukupnya.
  • Apabila kuah mengelegak masukkan ikan kembung dan juga terung bulat.
  • Apabila ikan agak-agak sudah masak akhir sekali masukkan daun kesum.
  • Biarkan mendidih dan angkat dan sedia untuk dihidangkan



*** Dapatkan segera melalui website ini jika anda ingin buat duit dalam bisnes air balang ini. Jom layari website ini >>> WOW DAHSYAT BISNES AIR UNTUNG RM 500 SEHARI

*** Selain bisnes air, anda boleh selitkan juga Bisnes Taufufah. Ni pun bisnes boleh wat untung jugak tau. Kalau anda nak tahu resepi buat taufufah boleh layari website ini >>> RESEPI TAUFUFAH MELETOP




No comments:

Post a Comment