Friday, 29 May 2015

BERNIAGA MURTABAK DI BAZAR RAMADHAN UNTUNG BERSIH RM 4000


Anda bekerja part time dan ingin tambah duit pendapatan. Saya cadangkan supaya anda berniaga di bazar ramadhan. Ye betul memang susah jika anda tidak tahu caranya tapi kalau dah tahu strateginya pasti anda boleh buat duit dengannya.

Sebab apa berniaga di bazar ramadhan boleh buat duit sebabnya ramai pelanggan amat membeli  makanan untuk berbuka puasa. Memang berbaloi kalau boleh buka tapak untuk jual makanan.

Jadi persoalannya makanan apa yang boleh mendapat untung yang banyak jika di jual di bazar ramadhan..Yeahhh jawapannya adalah berniaga murtabak atau martabak boleh mendapat keuntungan yang banyak

Sebab apa saya berkata demikian, mari tengok analisis di bawah ni.

UNTUNG BERSIH MELALUI BISNES MURTABAK

Ramai diantara kita yang tidak menyedari potensi bisnes murtabak yang amat menguntungkan dan lumayan. Ya betul sudah semestinya, ia memang lumayan dan berbaloi jika anda menjalankan bisnes jual martabak ini. Tahukah anda untuk kos sekeping murtabak saiz sederhana tidak sampai RM1.00. Jom lihat keuntungannya secara kasar :

Murtabak Saiz Sederhana

Harga Jualan: RM3.00
Kos: RM1.00
Untung Kasar: RM2.00

Jika anda dapat menjual 100 keping sehari sahaja di bazar ramadhan, anda boleh untung RM200 setiap hari. Jika anda berniaga  di bazar ramdhan 30 hari berturut-turut, maka jumlah keuntungannya adalah  RM6,000 sebulan. Wow, RM6,000 tu. Dan selepas ditolak kos operasi, duit minyak dan sebagainya, anda boleh untung bersih dalam RM4,000 sebulan. Berbaloi bukan..

Itu baru jual 100 keping sehari. Di bazar ramadhan yang ramai orang, anda boleh jual lebih dari itu dengan keuntungan yang lebih lagi. Manakala jika anda menjual murtabak saiz besar dengan harga lebih RM 5.00. Jadi margin keuntungannya lebih besar. Memang ramai tidak menyedari keuntungan bisnes murtabak ini. Jadi rebut peluang ini untuk berniaga murtabak di bazar ramadhan untung bersih RM4,000 

Jadi apa tunggu lagi..Ramadhan hampir tiba..Ambil peluang ini untuk membuat permohonan bazar ramadhan dan seterusnya anda boleh mula menjual murtabak di bazar ramadhan..Tidak perlu fikir panjang sebab anda sudah tahu keuntungannya memangla sangat-sangat lumayan.


Pasti anda terfikir bagaimana ingin dapatkan resepi dan cara-cara untuk penyediaan buat murtabak inikan..Tak perlu risau anda boleh dapatkan video pakej lengkap penyediaan murtabak dan ianya sangat membantu anda untuk memulakan bisnes martabak di bazar ramadhan..Dapatkan videonya video pakej lengkap resepi & penyediaan murtabak di sini >>> www.resepiroticanai-murtabak.com




Monday, 25 May 2015

BISNES BAZAR RAMADHAN JUAL AIR SOYA DAN TAUFUFAH BOLEH UNTUNG RM 7500


Ramadhan hampir tiba..Mesti di kalangan kita yang bekerja ingin membuat part time berniaga di bazar ramadhan, pasar tani serta pasar malam.

Kesempatan ini anda boleh ambil untuk buat bisnes yang menguntungkan serta mendapat pulangan 100% iaitu menjual air soya dan taufufah.

Sebab apa saya berkata demikian kerana bisnes taufufah dan air soya boleh untung RM 7500 sebulan bila anda jualnya di bazar ramadhan dan juga pasar tani atau di pasar malam.

Apa tidaknya penyediaanya cukup mudah dan tak perlu bersusah payah. Hanya mengambil masa 2 jam untuk penyediaan dan setelah siap boleh terus untuk di jual.

BETUL KE BOLEH UNTUNG BISNES INI.

SUDAH TENTU BOLEH UNTUNG PUNYA !! Jom saya terangkan dengan terperinci..Untuk membuat air soya dan taufufah ini, kos penghasilannya amatlah rendah sekali dan yang paling penting keuntungannya berlipat kali ganda..

Ok kita fokus pada air soya..Cuba anda bayangkan untuk sekilo kacang soya yang berharga RM3.50 boleh menghasilkan lebih kurang 15 liter air soya. Seterusnya anda jual ikut harga semasa iaitu sebagai contoh RM 2.50 sebekas..Cuba lihat keuntungannya iaitu lebih kurang 30 kali ganda dari kosnya. Memang lumayan dan berbaloi sekali.

1 liter air = RM 2.50 sebekas
Kalau anda hasilkan air soya 100 liter sehari = RM 250
Kalau sebulan = Keuntungan anda = RM 7500

Perhhh keuntungan sebulan RM 7500 hanya tumpu pada bulan ramadhan sahaja atau bisnes di pasar malam..Cukup lumayan..

Ramai yang tidak tahu strategi ni kan..Jom saya share kenapa strategi berniaga air soya dan taufufah ini menjadi pilihan.

STRATEGI JANA PENDAPATAN BERNIAGA AIR SOYA DAN TAUFUFAH

Anda boleh menjana pendapatan secara sampingan dengan menjual taufufah dan air soya. Kenapa saya berkata demikian kerana :
  • Mendapat permintaan yang tinggi tambahan lagi apabila berpuasa orang ramai dahagakan air jadi ianya memang sesuai untuk dijual terutama dari kalangan orang dewasa sehinggalah kanak-kanak sudah tentu amat menyukainya.
  • Mempunyai pasaran yang luas terutama menjualnya di bazaar ramadhan selain ianya boleh diletakkan di gerai-gerai kawan-kawan, pasar tani, pasar malam dan sebagainya.
  • Sesuai untuk peniaga yang ingin menambahkan lagi produk jualan dan juga kepada anda yang ingin memulakan perniagaan, saya rasa ini adalah bisnes yang terbaik untuk anda mulakan bagi menjana pendapatan.
  • Selain itu jika anda masih bekerja, ini adalah salah satu strategi sumber pendapatan sampingan yang boleh buat secara part time dan dibuat pada hari Sabtu dan Ahad kerana secara tidak langsung akan dapat menambahkan duit poket anda.
  • Yang penting modal yang amat rendah dan mendapat keuntungan yang tinggi.

Jika anda berminat untuk membuka bisnes air soya dan taufufah dan ingin mendapatkan resepi yang betul lagi sedap, anda boleh rujuk di website ini >>> www.rahsiataufufah.com



Friday, 22 May 2015

RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN CHOP PALING TERANGKAT



Hari ini tekak saya ini rasa nak makan menu western..So apa lagi minta pendapat wife yang disayangi..Lalu beliau mencadangkan menu BLACK PEPPER CHICKEN CHOP..Tertelan air aku ni habak hang..Lalu aku pun setuju cadangan itu dan wife aku pun menyediakan menu western tersebut..Mari aku kongsi kan RESEPI BLACK PEPPER CHICKEN CHOP PALING TERANGKAT ini kepada anda semua..Hehe..Harap anda sudi mencubanya resepi yang tak seberapa ini..

Bahan Penyediaan Ayam - Untuk makan 3-4 orang
  
Bahan (A) Utama
6 keping dada ayam atau mana-mana bahagian yang anda suka

Bahan (B) Untuk Di Kisar
4 ulas bawang putih
3 inci halia
1 biji bawang besar
2 sudu kecil kicap pekat atau kicap manis
4 sudu kecil serbuk lada hitam
1 kiub pati ayam

Bahan (C) Salutan
Sedikit tepung gandum, 1 cawan serbuk roti dan 1 biji telur yang telah dipukul


1. Cara-Cara Penyediaan Ayam
Masukkan semua Bahan (B) ke dalam blender serta masukkan 1 cawan air dan kisar hingga hancur lumat,

Seterusnya anda perlu cucukkan kepingan ayam tadi dengan garpu dan gaul ayam tersebut dengan bahan (B) yang dikisar sehingga sebati.

Perap selama 2  jam di dalam bekas dan simpan dalam peti ais.

Setelah diperap selama 2 jam, ambil ayam tadi dan lumur sedikit dengan tepung gandum, kemudian salut telur dan akhir sekali salut pula dengan serbuk roti, goreng hingga garing.

Memang sedap kalau dapat di makan panas-panas..Hehe


2. Penyediaan Sos Lada Hitam
Yang ni cukup mudah untuk disediakan, anda ambil lebihan bahan perapan ayam tadi dan masukkan dalam frying pan.

Seterusnya campurkan dengan 1 cawan air dan masak hingga mendidih.

Selepas itu masukkan sedikit garam, gula dan lada sulah/lada hitam, dan untuk memekatkannya masukkan bancuhan tepung jagung.

Jika anda ada minyak bijan bolehlah masukkan 2 sudu kecil dan sos lada hitam secukupnya untuk hasilkan sos yang lebih sedap dan wangi.

Setelah semua siap anda bolehlah ambil sos lada hitam tersebut untuk dicurahkan ke atas ayam yang telah siap digoreng tadi.

Itu sahaja resepi ringkas dari wife aku untuk menu western ini..Cukup simple tapi sedap ooo !!!

** Ketahui rahsia bagaimana  memasak nasi arab ayam yang sedap, cepat dan mudah. Sehingga mendapat pujian daripada rakan-rakan, suami tercinta dan keluarga tersayang dengan Panduan Video Lengkap Masak Nasi Arab Ayam Pasti Terangkat >>> www.masaknasiarab.com



Monday, 18 May 2015

RESEPI MUDAH BUTTER PRAWN YANG PALING SEDAP


Bila tengok program TV di ASTRO memang terliur bila hos yang mengacarakan program tersebut makan udang. Kali ni yang membuatkan saya tertelan air liur adalah bila hos tersebut makan butter prawn. Sekali tengok memang mudah je cara nak buatnya. Tapi bila nak buat terkial-kial jugak ooo..Terkial-kial tu wife aku la yang cakap. Saya ni makan je. Hehe. Semestinya, butter prawn memang sedap dan lazat jika anda memahami teknik-teknik dalam menyediakan masakan tersebut. Meh saya sharekan Resepi Mudah Butter Prawn Yang Paling Sedap dibawah.

Bahan-bahan :

200g udang besar
2 camca sos ikan
2 ulas bawang putih
1 ulas bawang kecil
½  mentega
600ml minyak masak
2 biji telur dan ambil kuning sahaja
1 tangkai daun kari

Cara-cara penyediaannya :

Step yang pertama adalah panaskan minyak masak. Pukul sedikit telur kuning di dalam bekas supaya ia bersatu dan kembang sedikit.

Ambil dan gunakan senduk untuk mengacau minyak yang panas dalam kuali agar ia berpusing laju dalam satu arah.

Seterusnya sambil mengacau minyak tadi dengan senduk, korang bolehlah tuangkan kuning telur secara sedikit demi sedikit dan perlahan-lahan. Anda perlu buat dengan cara mengangkat bekas kuning telur dengan tinggi seperti membuat teh tarik. Dengan cara ini ianya akan menjadikan telur tersebut halus seperti memanjang.

Setelah teknik diatas dibuat, teruskan goreng kuning telur tadi sehingga keperangan. Kemudian angkat dan toskan.

Jangan tutup api tersebut tetapi kekalkan minyak masak tersebut di dalam kuali.

Seterusnya gaulkan udang bersama sos ikan sehingga betul-betul sebati. Apabila minyak masak sudah berasap sedikit, gorengkan udang sehingga agak garing. Angkat dan ketepikan.

Step seterusnya adalah keluarkan semua minyak masak tadi dan gantikan dengan mentega. Panaskan dengan api sederhana.

Potong bawang kecil dan ketuk bawang putih dan tumiskan dengan mentega telah cair tadi.

Setelah tumisan menjadi wangi, masukkan udang dan gaul rata sebentar sahaja.

Angkat udang dan letak diatas piring dan taburkan kuning telur tadi dan jangan lupa daun kari. Hidangkan semasa udang masih garing. Pasti menyelerakan kalau anda dan family anda makan hidangan ini..

Sesuai dimakan untuk 3 atau 4 orang. 

Anda suka makan pisang goreng. Mari dapatkan Resepi di sini >>> Resepi Terbaik Tepung Goreng Pisang Rangup



Friday, 15 May 2015

RESEPI MUDAH CHOCOLATE MOUSSE YANG MENYELERAKAN


Semalam tengok rancangan AFC kat astro. Sedap pulak tengok chef tu buat Chocolate Mousse. Meleleh jugak la air liur saya ni. Saya pun suruh wife cari resepi yang bersesuaian untuk buat jugak Chocolate Mousse ni. Akhirnya apa lagi wife saya pun tak lengah jugak la sebab dia pun teringin nak makan Chocolate Mousse tu. Hehe. Pergi ke dapur cek semua bahan ada..

Meh aku kongsikan sikit bahan-bahan nya. Resepinya dan caranya juga yang amat mudah jugak. Pasti anak-anak korang sukakannya. Tak caya cubalah buat. Makan time sejuk-sejuk sedap wooo. Mari saya sharekan resepinya..

Bahan-bahan (untuk 4 @ 5 bekas)

250gm choc masakan
Sesudu marjerin/ butter
1 cawan whipping cream
1/2 sudu serbuk nescafe - bancuh dgn sedikit air
1 sudu esen vanilla
2 biji telur - asingkan kuning dgn putih telur
5 sudu gula halus

Cara-cara membuatnya :

Pukul whipping cream dengan menggunakan mixer sampai naik kembang dan berbuih.

Kemudian dalam bekas yang lain, masukkan gula dan kuning telur . Seterusnya kacau sampai telur tu bertukar warna jadi cerah sikit. Dalam 4 hingga 5 minit macam tu lah..

Berikutnya , cairkan chocolate masakan dan marjerin dengan menggunakan teknik double boiler. Apabila chocolate dah cair, masukkan serbuk nescafe yang dah dibancuh dengan air.

Step seterusnya masukkan adunan kuning telur tadi ke dalam adunan chocolate. Kacau sampai sebati dan panaskan kembali adunan tersebut guna kaedah double boiler jugak. Buat step ni kejap je, lepas tu angkat dan ketepikan.

Dalam bekas yang lain, pukul putih telur sehingga naik kembang.

Finally, gabungkan kesemua adunan yang telah dibuat di atas (whip cream, chocolate dan putih telur). Kacau adunan sehingga texturenya sebati. Yang penting jangan terlebih kacau supaya texture mousse kita tak hilang.

Selepas itu masukkan adunan ke dalam bekas yang sesuai.

Sejukkan mousse dalam fridge selama 4-5 jam atau semalaman. Hiaskan bagi cantik dan sedia untuk dimakan.


RESEPI DESSERT STYLE HOTEL - 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION

Kalau korang nak belajar lebih detail untuk buat untuk buat pelbagai mousse seperti di bawah :-

1. Chocolate Mouse In The Cup
2. Tiramisu In The Cup
3  Cheese Mousse Layer Chocolate Cheese Mousse
4. Vanilla Mousse in The Cup
5. Banana Cheese Mousse In The Cup
6. Strawberry Mousse In The Cup
7. Manggo Mousse In The Cup
8. Teknik menghias icing di atas mousse in the cup

Boleh layari website berikut dalam Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION

Dengan pelajari teknik yang sempurna dan betul, anda boleh buka bisnes untuk buat mousse ini dan hantar ke café dan kedai kek. Ianya pasti berbaloi untuk menambahkan lagi sumber pendapatan anda. Bayangkan 1 mousse cake anda boleh jual dalam RM 5.00. Anda dapat hasilkan mousse dalam seminggu dengan kuantiti sebanyak 50 bekas. Jumlah keuntungan anda adalah RM 250 untuk seminggu. Kalau sebulan RM 250 x 4 minggu. Jumlah keuntungan keseluruhan yang adalah RM 1000. Agak lumayan. Memang boleh buat duit dan berbaloi.

Jika anda berminat untuk pelajari mousse style hotel, anda boleh layari website ini segera. Ianya dalam Modul 4 >>> 7 JENIS MOUSSE SPECIAL EDITION



Monday, 11 May 2015

RESEPI SOTONG CELUP TEPUNG RANGUP


Malam-malam begini kalau dapat makan sotong celup tepung pun sodap..

Menu ini adalah kegemaran aku dan wife aku tapi tak selalu juga masak dan makan sotong ni sebab mahal dan kolesterol tinggi bro. Tapi kalau aku dah teringin tu aku suruh je wife aku masakkan sebab kalau makan kat kedai lagi mahal dan sikit ye tak..Hehe.. 

Jom aku sharekan resepi yang wife aku selalu buat..

Bahan-bahan Untuk Penyediaan: 

700 gm sotong sederhana besar - Korang perlu bersihkan serta dipotong mengikut citarasa sendiri kemudian gaulkan sotong bersama sedikit asam jawa untuk membuang hanyir dan toskan seketika. Kemudian korang gaulkan sotong dengan 1/2 sudu garam. Perap sotong tersebut selama 15 minit sudah ok. 

Bahan-Bahan A:

7 sudu besar tepung beras 
7 sudu besar tepung jagung 
4 sudu besar tepun gandum 
1 sudu kecil serbuk pati ayam - jika suka 
1/2 sudu serbuk lada sulah 

Masukkan semua bahan A dalam satu bekas dan digaul rata. 

Bahan-Bahan B: 

Pecahkan 2 biji telur ke dalam mangkuk dan dipukul rata. Masukkan sotong yang di potong tadi ke dalam mangkuk telur dan gaul dengan cepat dan angkat. Setelah di gaul dengan telur, sotong tersebut terus dimasukkan ke dalam adunan tepung dan digaul rata. 

Pastikan sotong digaul rata sehingga kering dan tidak melekat antara satu sama lain. Keluarkan sotong tersebut dan masukkan ke bekas lain yang kering. Goyangkan sotong dengan perlahan untuk menanggalkan lebihan tepung yang melekat pada sotong.

Minyak dipanaskan dan masukkan sotong ke dalam kuali. Paling penting jangan goreng terlalu lama sehingga sotong bertukar warna ke kuning gelap sebab jika goreng terlalu garing sotong akan menjadi liat. Keluarkan sotong yang digoreng dan toskan seketika dan boleh dihidang untuk dimakan

Selamat mencuba..Pasti selera korang terangkat bila makan..Hehe

Jangan risau kalau berat badan anda naik, sebab makan sotong celup tepung yang rangup ini kerana lepas tu korang boleh diet dengan guna teknik bakar lemak pantas di website ini >>> www.atkins.com


Friday, 8 May 2015

RESEPI MUFFIN CARROT PALING MUDAH



Entry kali ni aku nak citer skit tentang muffin carrot. Petang-petang gini terasa lapar la pulak.

Apa lagi macam biasa aku pun bagi la tau wife aku yang terasa nak makan muffin la pulak..Hehe

Wife aku pun tak lengah terus pergi ke dapur untuk tengok bahan-bahan yang sesuai untuk buat muffin.

Alhamdulillah semua bahan-bahan ada..Jom tengok bahan-bahan tersebut..


Bahan-bahan yang diperlukan:-

250-300 gram marjerin
6-7 biji telur
1 3/4 cawan gula castor
3 cawan tepung kek
1/2 cawan tepung gandum
2 batang carrot (kene parut)
1 sudu teh vanila
Pewarna oren sesuai untuk carrot
Paper cup untuk muffin secukupnya

Cara-cara membuatnya:-

(Adunan 1)
Pukul majerin hingga kembang
Masukkan telur satu persatu dan terus pukul

Seterusnya ayak tepung kek & tepung gandum
Masukkan ke dalam adunan (Adunan 1)
Masukkan pewarna oren & vanila
Masukkan carrot yg diparut tadi,dan seterusnya gaul dengan senduk kayu.
Masukkan adunan ke dalam paper cup
Kemudian setelah siap masukkan kedalam oven dan bakar selama 20-25 minit-170 C

Memang terbaik muffin carrot ini sambil minum teh tarik..Perhhhh..Terasa dunia ini ana yang punya..

Selamat mencuba ok..

**Kalau korang nak wat belajar lebih lanjut cara-cara buat aneka jenis kek yang sedap dan ingin buka bisnes kek dengan keuntungan RM 3000 sebulan ini, aku syorkan korang lawati website ini >>> www.PanduanKek&Deco.com


Monday, 4 May 2015

KHASIAT LUAR BIASA AIR KELAPA YANG ANDA TIDAK TAHU


Entry hari ini adalah berkaitan dengan air kelapa dan ramai yang dah tau khasiat air kelapa muda untuk merawat penyakit dan juga boleh diminum untuk kesihatan.

Kelebihan air kelapa muda sudah lama di ketahui oleh masyarakat kita. Kebiasaan digunakan dalam beberapa acara. Contoh kita majlis cukur jambul dan lain-lain lagi.

Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali surah alFatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:-
  • Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
  • Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
  • Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
  • Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
  • Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
  • Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
  • Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
  • Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
  • Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
  • Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
  • Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam.
  • Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
  • Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
  • Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Friday, 1 May 2015

PETUA RAHSIA MELEMBUTKAN AYAM TUA


Anda mesti suka makan ayam kan. Tetapi kadang-kadang ayam yang di beli adalah ayam tua dan sudah tentu dagingnya liat. Bagi anda yang ingin melembutkan daging ayam tua, anda boleh cuba mana-mana cara berikut...

Lada hitam dan halia
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Tempurung kelapa
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Tebu
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Biji selasih
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Daun pisang abu
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Air kelapa
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Pangkal daun nenas
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Buah nenas
Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Buah betik muda
Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Di harap anda dapat mencuba petua ini dan menu masakan ayam tua anda menjadi menu yang menyelerakan. InsyaAllah