Petang-petang gini selalunya perut jadi lapar..Hujan turun
dari pagi sampai petang tak berhenti-henti. Perut ni asik berbunyi, suruh di
isi. Jadi macam biasa la minta isteri tolong buatkan kuih gulung kegemaran
saya. Ada yang panggil kuih ketayap. Sebab apa kuih gulung atau ketayap menjadi
pilihan untuk minum petang, sebab ianya cukup mudah dan segala bahan-bahannya
telah ada..Hehe. Mari saya sharekan resepi nya. Insyallah jadi.
Penyediaan untuk
makan (3-6 orang)
Bahan-bahan untuk
kulitnya
1 1/2 cawan tepung gandum
1 1/2 cawan santan (boleh diganti dengan susu segar)
1 1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar minyak masak
2 biji telur
2 helai daun pandan
pewarna hijau
Bahan-bahan untuk buat
intinya
1/2 atau 1 biji kelapa parut
3/4 cawan gula merah (ikut citarasa anda atau boleh
dikurangkan )
1 helai daun pandan
Cara-cara penyediaan untuk
inti
Permulaannya masukkan gula merah dan kelapa parut serta
sehelai daun pandan ke dalam kuali. Seterusnya kacau sampai menjadi sebati
sehingga inti kelapa tadi bercampur dengan gula merah selama 10-20 minit. Inti tersebut
akan bertukar menjadi warna keperangan. Setelah betul-betul sebati boleh diangkat
dan di letakkan kedalam bekas dan jangan lupa untuk buang daun pandan tadi.
Cara-cara penyediaan untuk
kulit
Ambil santan dan blend dengan daun pandan dan tapis. Kemudiannya
anda ambil tepung masukkan ke dalam mangkuk dan letakkan secubit garam dan
campurkan santan yang telah di blend dengan daun pandan tadi.
Seterusnya kacau sehingga sebati . Selepas itu masukkan
telur serta minyak dan kacau lagi. Jika anda nak warna original ketayap tak
payah guna pewarna, sebab warna daun pandan tadi akan membuat adunan tadi warna
hijau, jika anda nak juga tambahkan sedikit lagi perwarna, letaklah 3-4 titik
ke dalam adunan anda.
Setelah selesai aduanan d iatas , anda panaskan pan,
letakkan sedikit minyak dan seterusnya ambil 1 senduk adunan tadi dan letakkan pada
pan dan layangkan agar adunan tadi menjadi bulat. Masak sehingga 2-3 minit, dan
angkat. Jangan masak terlalu lama nanti jadi tak sedap.
Setelah masak angkat kulit tadi dan terus masukkan inti dan
gulung mengikut kreativiti anda sama macam buat popia.
Ulangi semua proses
di atas sehingga adunan tadi habis. Dan setelah semuanya siap, boleh la di makan.
Cukup mudah bukan..Rasanya tak sampai pun 1 jam kalau semua
bahan-bahan untuk buat kuih ketayap ini ada.
**Jika anda ingin membuat roti canai atau murtabak yang sedap,
lembut dan rangup dan di gemari oleh suami dan anak-anak anda, boleh tengok
resepi dan penyediaannya di sini >>> www.resepiroticanai.com