Doa Pengasih adalah doa yang dibaca dengan tujuan untuk memastikan orang lain suka dan sayang kepada individu yang membacanya..Ianya juga bertujuan untuk memberikan orang lain menjadi senang dan dipermudahkan apabila berhadapan dengan orang yang mengamalkan Doa Pengasih ini..
Apa Hukum Mengamalkannya?
Mari kita lihat hukum jika mengamalkan Doa Pengasih ini :-
“Auf bin Malik berkata: Kami pernah menggunakan jampi
mentera ketika jahiliah dahulu. Lalu kami bertanya: Ya Rasulullah saw, apa
pendapat tuan tentang perkara ini? Baginda menjawab: Kemukakan pada ku mentera
kamu itu. (Kemudian dibacakan mentera itu oleh sahabat). Baginda menjawab:
Tidak mengapa jampi mentera itu selagi tidak mengandungi syirik. Rasulullah saw
juga membenarkan seorang sahabat yang berdoa bukan dari sumber al Quran,
asalkan kalimatnya tidak bercanggah dengan syara'.”
Berdasarkan kaedah fiqh “al aslu fi al ashya' ibahah”, maka
hukum asal sesuatu perkara adalah harus, selagi tiada perkara yang melanggar
syariat dilakukan. Sebagai contoh, seseorang menggunakan Doa Pengasih untuk
tujuan disayangi oleh majikan & mendapat kedudukan yang baik dalam
syarikat, maka ia adalah dibolehkan, namun jika diamalkan hanya untuk nafsu,
membalas dendam, dengki, amalan tersebut adalah menyalahi syariat Islam, maka
hukumnya adalah dilarang..
Jika Ingin
Beramal Doa Pengasih, Anda Perlu Fahami Maksud Doa Tersebut ?
Jika anda ingin mengamalkan Doa Pengasih ini, anda perlu ketahui maksud & tafsirannya dalam bahasa
sendiri sebagai contoh fahami maksud ayat yang ingin dibaca dengan membuka bersama tafsiran ayat berkenaan dalam bahasa
melayu..Ini dapat mengelakkan salah faham dan niat yang tidak tentu kerana
pembacanya tidak memahami ayat tersebut..Jadi fahami betul-betul ayat berkenaan
kemudian beramallah dengan doa tersebut.
Niat Dan Iktikad
Yang Murni
Anda perlu YAKIN bahawa setiap yang berlaku adalah dengan ketentuan
Allah SWT. Ini adalah perkara terpenting sebelum anda mengamalkan Doa Pengasih
ini. Anda perlulah meyakini bahawa setiap perkara yang berlaku dan terjadi
selepas mengamalkan Doa Pengasih tersebut adalah kerana kekuasaan Allah Yang
Maha Esa.. Seandainya anda gagal memahami konsep ini dengan jelas, besar kemungkinan
akidah anda boleh tergugat..Jadi perlu berwaspada selalu..
Amalan Doa Pengasih perlu disertakan dengan keyakinan dan
niat yang suci murni..Ianya adalah kehendak Allah SWT yang menentukan segala-galanya..
Jadi anda perlu berdoa dengan bersungguh-sungguh dengan mengamalkan bacaan Doa Pengasih tersebut dengan harapan Allah akan memakbulkan doa anda dan akan
memberikan hasil yang baik dan diredhai Allah.
DOA PENGASIH - BISMILLAH 6
DOA PENGASIH - MUKMIN
*Penting !! Anda dilarang sama sekali untuk tidak menggunakan
ayat ini dengan tujuan yang tidak baik
Kalau ANDA inginkan Koleksi Doa-Doa Pengasih
Sila dapatkan segera ebook Doa Pengasih dan klik Link dibawah :