Hah apa
!!! Harga rokok akan naik lagi? Biar betul..itu la ucapan yang anda sering
dengar jika harga rokok diumumkan naik..Tapi ada diantara kita bukan kisah
pun..naik la macamana sekali pun harga rokok, kalau dah ketagih tetap juga
dihisapnya..
Kadang-kadang
ada juga yang pasang niat lepas ni hendak berhenti la sebab rokok dah mahal
tetapi hanya pasang niat untuk berhenti 2 dan 3 hari sahaja lepas tu gian
semula untuk hisap rokok..
Seperti
yang kita sedia maklum merokok bukan sahaja membazirkan duit tetapi ianya juga
dapat membahayakan kesihatan tubuh badan malah asap rokok yang dihisap jika
dilepaskan dan dihidu oleh orang lain disekitarnya juga turut membahayakan
kesihatan..
Tidakkah
anda merasa kasihan melihat insan-insan tersayang yang berada di sekeliling
anda mendapat kesan daripada rokok yang anda hisap..Betapa ruginya &
kesalnya kita jika insan tersebut sudah di timpa kesakitan akibat kesan rokok
barulah kita hendak berhenti merokok..
JADI KENAPA TIDAK SEKARANG !!!
TERDAPAT TIPS BERKESAN CARA BERHENTI MEROKOK
1# Sibukkan Diri Anda & Aktif Bersukan
Melakukan
aktiviti luar yang mencabar seperti jogging, wall climbing dan macam-macam
lagi. Dengan kita menyibukkan diri maka tiada peluang untuk kita berfikir atau
terasa untuk menghisap merokok. Jadi dengan kesibukan yang kita alami maka
lama-kelamaan ketagihan untuk merokok akan hilang.
2# Berpuasa Sunat
Ini
adalah satu kaedah yang berkesan untuk berhenti merokok iaitu berpuasa. Dalam
konteks islam berpuasa membolehkan kita mengawal hawa nafsu dari makan dan
minum selain melakukan maksiat.. Jadi apabila kita berpuasa sunat, secara
automatiknya kita tidak dapat menghisap rokok.. Tetapi selalunya kita masih
berpelung untuk merokok pada waktu malamnya..Akan tetapi jika anda berazam bersungguh-sungguh
ianya akan mengurangkan tabiat merokok anda dan lama-kelamaan anda tidak akan
berminat untuk merokok lagi.
3# Berazam Dengan Sepenuhnya & Penghargaan
Kepada Diri Sendiri
Jika
anda berhempas pulas untuk berhenti merokok tetapi tidak menjadi, mungkin azam
anda tidak sekuat yang anda janjikan pada diri anda sendiri.
Caranya
begini, anda pasang azam pada setiap tahun & buat bersungguh-sungguh
sehingga tidak/berhenti merokok dan duit beli rokok berkenaan yang telah anda
simpan, anda boleh rewardS atau hadiahkan kepada diri sendiri..Seperti beli
motorsikal ke, beli TV LED ke , dan macam-macam lagi..
4# Gantikan Rokok Dengan Makanan
Bila
anda sibuk mengunyah makanan sedikit sebanyak anda akan lupakan rokok..Jadi
mana lebih bagus rokok atau makanan..Sudah tentula makanan kan sebab ada
khasiat karbohidrat, protien dan macam-macam lagi.
Jom Kira Pembaziran Duit Yang Anda
Keluarkan Untuk Beli Rokok
1 kotak
rokok = RM 12.00
2 kotak
rokok sehari x 1 bulan = RM 720.00
RM 720
x 12 bulan = RM 8640.00
Wowww..banyak
tu jumlah pembaziran beli rokok je..Khasiat pun tiada..Jadi bermula hari ini
disarankan anda kumpul duit dengan tidak membeli rokok berkenaan dan selepas duit tinggi
menggunung boleh la anda beli motosikal ke @ bayar downpayment rumah
ke..Berbaloi jugak kan..
Dengan 4 cara di atas kemungkinan perokok tegar akan menyatakan mustahil…Tetapi ada pepatah mengatakan “Kalau hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih”..Jadi jangan buat macam-macam alasan lagi..Cubalah berazam untuk berhenti rokok pada tahun ini.Insyallah pasti boleh..
Dari
panduan berkenaan, anda akan diberikan langkah-langkah mudah untuk berhenti
merokok dan segalanya yang berkaitan cara-cara untuk berhenti merokok. Memang
mudah dan amat senang sekali malah jika kita berhenti merokok, duit simpanan
anda pasti akan bertambah dan kesihatan tubuh badan akan menyinari kehidupan
anda..
Jika
anda berazam untuk berhenti dalam masa yang singkat dan ingin tahu rahsianya
jom tengok dan baca di website ini è CARA BERHENTI ROKOK DALAM MASA 3 MINGGU