Thursday, 11 February 2016

RESEPI POPIA BERSALUT CILI KRUP KRAP SEMEMANGNYA SYOKKK


Terasa lapar sangat apabila tengok channel Astro 703..Pengacara tu makan popia krup krap..Membuatkan aku jeles teramat sangat..Aku pun minta wife aku buatkan popia..Macam biasa la wife aku dengan tak lengahnya menggoogle resepi di internet..ngeh3..Akhirnya dapat resepi dari Seharum Dapur Bonda..Nah ni resepinya..

Bahan-bahannya:-

Kulit popiah secukupnya
Minyak masak untuk menggoreng
1 sudu besar tepung gandum + 3 sudu besar air dibancuh untuk gam popia

Inti Popia:-

• 300 gm udang - dihiris halus
• 1 batang carrot - disagat/diracik halus
• 1 mangkuk kobis - dihiris halus
• 7 batang kacang panjang - dipotong halus
• 1 labu bawang besar - dicincang halus
• 1 ulas bawang putih - dicincang halus
• 1 sudu besar minyak
• Garam secukup rasa


Cara Untuk Membuatnya:-
  • Permulaannya anda perlu panaskan minyak, kemudian tumis bawang putih dan bawang besar hingga wangi. 
  • Selepas itu masukkan udang dan carrot. Perlu dikacau rata. 
  • Kemudian anda masukkan kubis, kacang panjang dan garam. Di kacau lagi. 
  • Apabila sayur telah lembut, anda bolehla tutup api. 
  • Kemudian tuangkan bahan ke dalam tapisan, biarkan kuah sayur turun. 
  • Selepas itu ambil kulit popiah, dan letak intinya. 
  • Gulung seperti menggulung kuih ketayap. Gam dihujungnya dengan bancuhan tepung tadi. 
  • Goreng dalam minyak yang banyak hingga kekuningan dan angkat.

Bahan Sos Cili:-

• 2 sudu besar cili mesin
• 1 ulas bawang putih - ditumbuk
• 2 sudu besar sos cili
• 2 sudu besar air asam jawa 
• 2 sudu besar gula (manis sikit lebih sedap)
• 3 sudu besar minyak
• garam secukup rasa
• bijan untuk tabur (jika suka)

Cara Untuk Membuatnya:-

  • Permulaannya anda panaskan minyak dan tumis cili dan bahan-bahan lain. Masak hingga pekat dan pecah minyak. 
  • Kemudian masukkan gula dan kecilkan api. Apabila bahan tumis dah bertukar warna merah, anda masukkan air asam jawa. Masak sehingga garam gulanya dapat dirasa. 
  • Apabila anda sudah puas hati, masukkan popiah yang telah digoreng tadi. Taburkan bijan gaul rata dan siap untuk dihidangkan. 

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...