Friday, 2 March 2018

RESEPI MUDAH HOMEMADE MAYONIS YANG MENJIMATKAN WANG


Semua orang suka mayonis..memang sedap di makan bersama ayam goreng, kentang goreng dan macam-macam lagi terutama bila buat coleslaw..Walaupun sedap bila kita makan mayonis sebagai penambah perisa tetapi harga yang terlalu mahal membuatkan kita jarang beli mayonis..Anak-anak memang favorite mayonis..Tak sampai 1 minggu dah habis dimakannya..Semua benda nak letak mayonis..Meh saya sharekan cara nak buat mayonis homemade..Lepas ni tak payah beli dah..Jimat sangat..ngehngehngeh

Bahan-bahannya :
  • 2 biji telur gred A atau telur guna saiz sederhana
  • 1 sudu kecil garam
  • 1 1/2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar cuka makan (atau boleh guna air lemon)
  • 1 cawan minyak masak atau minyak zaitun (olive oil) 

Cara-cara membuatnya:
  • Permulaannya kisar semua bahan diatas hingga bertukar menjadi putih
  • Kemudian panaskan kuali menggunakan api yang paling perlahan dan masukkan bahan kisar tadi
  • Anda masak seketika dan gaulkan selalu hingga adunan tersebut menjadi pekat dan kelihatan berketul-ketul. Pastikan api perlahan supaya tidak hangit
  • Setelah pekat dan kelihatan berketul-ketul anda tutuplah api. 
  • Setelah itu, masukkan adunan tersebut semula  ke dalam blender dan kisar semula hingga adunan menjadi benar-benar halus.
  • Siap dan boleh dimasukkan ke dalam bekas botol bersesuaian..
  • Simpan dalam peti ais.


p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com




Monday, 26 February 2018

RESEPI DAUN MULBERRY CELUP TEPUNG RANGUP DAN SEDAP SEKALI


Kalau anda inginkan kelainan dalam kudap-kudapan anda patut cuba Daun Mulberry Celup Tepung ini...memang terbaik bak ang..Patut la ramai yang duk cakap Daun Mulberry Celup Tepung ini sedap rupanya...dah macam tempeyek atau keropok plak dah bila memakannya..Kalau anda buat, pasti tak menyesal punya lah..mesti dok ralit bila makan..Lagipun khasiat pun banyak daun mulberry ni.

Resepi dan bahan-bahan nya amatlah mudah sesangat

 Sukatan tepung perlulah sama banyak.
  • 2 sudu besar tepung jagung
  • 2 sudu besar tepung beras
  • 1 sudu kecil serbuk kari atau terpulang nak kari ayam, daging ke sebab nak bagi rasa spicy skit. ataupun serbuk BBQ pun boleh 
  • secubit serbuk lada putih & garam
  • air suam
  • minyak masak secukupnya

Cara-cara penyediaannya
  • Bancuh  kesemua tepung dan bahan-bahan di atas dan pastikan agak-agak tak pekat, tak cair. 
  • Panaskan minyak di kuali 
  • Kemudian celup daun mulberry dan goreng sehingga garing(guna api sederhana).
  • Bila dah garing angkat dan sedia untuk dimakan.


Antara khasiat Daun Mulberry ini adalah elok untuk membantu mengatasi atau mengurangkan penyakit berikut 
  • Penawar dan mencegah penyakit kencing manis (diabetes)
  • Mengawal serta mengurangkan kolesterol dalam pembuluh darah
  • Mengawal serta mengurangkan tekanan darah tinggi
  • Membantu mengelakkan serangan sakit jantung
  • Membantu dalam kehilangan berat badan
  • Mengurangkan keadaan asma yang teruk
  • Melambatkan proses penuaan dan meremajakan kekuatan anda
  • Mengurangkan risiko kerapuhan tulang kerana kandungan kalsium yang tinggi
  • Meredakan batuk, perasaan cemas dan kegelisahan
  • Mengurangkan kesakitan ketika datang haid
  • Membantu perjalanan haid yang tidak teratur
  • Menambahkan tenaga
  • Meningkatkan produksi susu badan
  • Membantu mengurangkan migraine, sukar tidur malam (insomnia) dan hipertensi
  • Memiliki semua 18 asid amino dan mengandungi vitamin B, B1, B2, C, asid folik, potassium yang amat diperlukan
  • Membantu, mencegah dan mengurangkan risiko penyakit kanser (antioksidan)

p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...