Monday 14 December 2015

RESEPI CHURROS YANG SEMEMANGNYA WALLA !!


Hari ni aku tengok kat facebook ramai pulak yang dok makan churros..Katanya sedap..Meleleh jugak air liur aku ni..Yela asik buka je facebook nampak gambar churros..Dengan itu, macam biasa aku pun dengan sengehnya minta wife aku buat churros ni..Beliau pun mencari di google dan akhirnya dapat resepi melalui blog Kak Hana iaitu hanamemories.blogspot...Meh aku kongsikan resepi tu


Bahan-bahannya:
  • 1 cawan air
  • 2 sudu besar gula
  • 2 cawan tepung
  • 2 biji telur
  • 1 sudu teh garam
  • 2 sudu besar butter/minyak masak.

Cara-caranya:
  • Permulaannya anda perlu didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api. 
  • Selepas itu anda masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
  • Kemudian angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati. 
  • Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping. 
  • Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
  • Akhir sekali sebelu dihidang, angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com


Friday 11 December 2015

INCOME PERTAMA MELALUI JOBDIRUMAH MEMANG MASYUKKK


Alhamdulillah berbaloi melalui tugas pertama dengan mendaftar jobdirumah ini akhirnya dapat jugak income walau pun tak banyak..Rase macam berkobar-kobar pulak nak buat lagi task melalui jobdirumah ni.. 1st income ni nak makan mee udang mak jah..ngehngeh..Bergelora perut oooi


Secara amnya melalui jobdirumah ini kadar pembayaran upah untuk setiap tugasan adalah antara $10 - $50. 

Ada upah yang lebih tinggi tetapi memerlukan kemahiran tinggi terutama melibatkan teknikal atau pun analisa

Tugasan di sekitar harga di atas ini adalah tugasan yang mudah dan kebanyakan boleh dilakukan dengan sedikit pengetahuan asas komputer. Ianya memang berbaloi untuk mencari sumber pendapatan sampingan.

Anda perlu tahu walaupun upah hanya $10 - $50 sahaja ia di bayar dalam nilai US Dolar. Nilai terkini semasa kami menulis email ini adalah $1.00 = RM4.27. Paling kurang tukaran adalah RM4.00 untuk setiap 1 US Dolar.

Terpulang berapa banyak tugasan yang anda boleh dan mampu ambil untuk menyiapkan kerja-kerja yang diberikan , itu terpulang kepada anda. Lagi banyak anda mengambil tugasan bermaksud lebih banyak upah yang akan di terima.

Jika anda berminat untuk buat duit melalui jobdirumah anda bolehlah mengikuti panduan asas dan melihat senarai kekosongan tugasan terkini melalui Login URL ini >>> Jobdirumah.com



Wednesday 9 December 2015

RESEPI PAU GEBU DAN LEMBUT YANG TIDAK TERKATA NIKMATNYA


Petang-petang gini tambahan pula time hujan sejuk-sejuk begini sedap jugak kalau dapat makan pau kacang merah..hehe..aku pun cakap kat wife aku nak makan pau la petang ni..Lalu beliau pun google resepi yang dikongsikan dari Puan Mastika Zaharuddin..Nah ni resepi yang ingin dikongsikan kepada anda 

BAHAN-BAHAN:
  • 1 kg tepung high protein
  • 1 paket yis mauripan
  • ½ cawan gula pasir
  • 2½ cawan air suam (Boleh tambah air kalau tidak cukup lembut)
  • 1/2 cawan minyak jagung (Boleh juga guna minyak masak)
  • Inti kacang merah (Boleh beli dikedai bakery)

CARA-CARA MEMBUATNYA:
  • Permulaannya anda perlu bancuh gula dalam air suam hingga larut. Masukkan yis sekali dan biarkan seketika hingga air nampak berbuih.
  • Kemudian anda masukkan tepung dalam mangkuk besar dan tuangkan air bancuhan gula dan yis tadi sedikit demi sedikit.
  • Gaul tepung dengan hujung jari sehingga air habis. Masukkan minyak dan uli selama 15 minit sehingga doh kenyal dan licin, tidak melekat pada tangan dan tepi mangkuk.
  • Selepas itu bulat-bulatkan doh seberat 40gm setiap satu. Biarkan rehat 10 minit – 15 minit.
  • Bubuh inti kacang merah dan tutup inti dengan doh dengan rapat.
  • Lapik dengan daun pisang / plastik / kertas minyak. Perap selama 30 minit sehingga naik elok.
  • Kukus selama 10 -15 minit.
  • Sedia untuk dihidang

Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com




Saturday 5 December 2015

TERGEMPAR PENDAFTARAN BR1M 2016 AKAN BERMULA 5 DISEMBER 2015

Pendaftaran BR1M 2016 akan bermula 5 Disember 2015


Pembukaan kaunter LHDNM dan pendaftaran melalui dalam talian Portal Rasmi BR1M LHDNM >>> https://ebr1m.hasil.gov.my/ akan dibuka secara rasminya pada 5 Disember 2015.

Kepada anda semua yang merasakan diri mereka layak untuk terima BR1M bagi Tahun 2016, di pohon untuk kemaskini butiran peribadi anda di borang BR1M 2016 yang baru. Elakkan berlaku masalah yang akan menyukarkan anda kelak.

Bagi sesiapa yang layak untuk menerima BR1M 2016, anda akan menerima pembayaran terus ke akaun bank.

Jumlah dan Had kelayakan Penerima BR1M 2016
  • RM1050 untuk keluarga yang tersenarai dalam program ekasih
  • RM1000 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3000 dan ke bawah
  • RM800 untuk keluarga yang berpendapatan bulanan RM3001 sehingga RM4000
  • RM400 seorang untuk orang muda yang berumur 21 dan ke atas, yang berpendapatan bulanannya tidak melebihi RM2000 


Friday 4 December 2015

RESEPI PULUT SERI MUKA YANG BERSERI-SERI SUNGGUH



Hari ni aku rase macam teringin je pagi ni nak makan kuih seri muka..Tapi wife aku dia cakap tak berapa pandai nak buat.. Beliau usahakan jugak buat kuih tersebut..Ini resepinya yang dikongsikan oleh Puan AIN YUSUF

Bahagian Pulut:
  • 400 gm beras pulut
  • 500 ml santan pekat
  • 150 ml air
  • 1 sudu kecil garam (secukup rasa)
  • 1 helai daun pandan (untuk bagi wangi pulut)

Penyediaan:
  • Permulaannya anda perlu basuh beras dengan bersih dan rendam pulut 2-3 jam
  • panaskan bekas pengukus terlebih dahulu.
  • Kemudian anda masukkan pulut, santan, air, garam, daun pandan ke dalam periuk lain dan masak dengan api sederhana/ kecil sehingga santan nampak sedikit likat.
  • Seterusnya masukkan pulut tersebut ke dalam loyang kemudian letak dalam pengukus dan masak sehingga lembut
  • Setelah masak, tekan pulut utk jadikan ia padat.

Bahagian Kastad:
  • 250 ml santan pekat
  • 200 gm gula pasir 
  • 30 gm tepung kastad
  • 5 biji telur
  • 180 ml air + 12 helai daun pandan (perlu dikisar dan ditapis untuk dapatkan air pandan)
  • sedikit pewarna hijau
Penyediaan:
  • Anda perlu pukul telur dan gula sehingga hancur
  • Kemudian masukkan santan , air pandan, sedikit pewarna hijau untuk nampak lagi menarik. Sambung blend
  • Seterusnya masukkan tepung sambil menapis dan blend sekali lagi untuk sebatikan adunan
  • Panaskan periuk pengukus
  • Masukkan adunan sambil menapis ke dalam kuali dan kacau sekejap sehingga adunan kelihatan pekat dan buih berkurangan. Jangan kacau lama sgt dan penting untuk sentiasa kacau dengan api kecil/ sederhana. Sebab kalau guna api kuat sangat akan menyebabkan adunan akan berketul-ketul.
  • Akhir sekali tuang adunan ke atas pulut dan kukus sehingga permukaan masak. Ambil masa lebih kurang setengah jam.

Anda boleh menggunakan loyang 10x10 dan alaskan dengan plastik supaya senang potong. Pastikan kuih ini betul-betul sejuk baru boleh potong supaya ia nampak kuih cantik setelah dipotong. Nak cantik potongan kuih anda boleh masukkan ke dalam peti ais semalaman sebelum dipotong.


** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com



Thursday 19 November 2015

SIAPA RASA PERUT DIA BUNCIT, KORANG BOLEH CUBA NI..MEMANG MENJADI BEB



Petua untuk kempiskan perut buncit yang berangin.

Bahan-bahannya
  • 4 sudu halba direndamkan dlm air dalam 3 minit dan toskan seketika.
  • 4 cm halia muda diparut atau dihiris halus
  • 6 ulas bawang putih
  • 20 biji lada hitam.

Cara penyediaannya

  • Permulaan anda perlu tumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudiannya dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam.
  • Yang penting tumbuk sampai hancur. Kemudiannya bahan-bahan tersebut digentel kecil spt maajun/pil.
  • Anda boleh  disimpan maajun ini didalam peti sejuk dan diletakkan ke dalam satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. 
  • Berterusan makan perlu diamalkan..Insyaallah perut anda akan kempis.

*Tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..anda perlu makan apa-apa seperti kuih untuk alas perut dan jangan lupa minum dengan air suam.
*Anda dapat merasakan badan akan ringan dan angin akan keluar bagi mengempiskan perut.
*Perhatian perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan. Anda perlu mencuba, pasti hasil yang mengembirakan.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



Monday 16 November 2015

RESEPI PUDING AISKRIM SEDUT YANG SEMEMANGNYA WOW



Cuaca panas begini memang sedap kalau dapat minum kopi ais atau sirap limau..Ntah macamane wife aku suggest untuk buat puding aiskrim sedut untuk diminum sejuk-sejuk..Aku pun apa lagi angguk je tanda setuju sebab memang suka aiskrim-aiskrim ni..Nah ni resepinya untuk buat puding aiskrim sedut.

Bahan-bahannya
  • 1 1/2 sudu kecil serbuk agar-agar
  • 1 cawan gula halus
  • 1 cawan susu tepung dutch lady @ boleh guna brand yang lain pun tidak mengapa
  • 1 liter air
  • 1 cawan susu cair/ susu kotak apa-apa jenama pun tidak apa (ambil yang size -250ml)
  • pewarna
  • Pewarna/Perisa dan serbuk ice blended

Cara penyediaannya
  • Permulaannya anda perlu bancuh semua bahan di atas dan masak hingga mendidih.
  • Kemudian anda perlu bahagikan kepada beberapa warna yang anda sukai.
  • Letak perasa yang anda sukai. Boleh guna serbuk ice blended yang dibancuh dengan 1 sudu air.
  • Selepas itu tuang ke dalam botol untuk layer pertama dan biarkan beku.
  • Anda boleh masukkan kedalam freeze dengan anggaran 3 minit. Atau boleh letak dalam bekas berisi ais.
  • Akhir sekali habiskan semua layer dan seterusnya Bolehlah disimpan ke dalam peti sejuk untuk sejukkan puding tersebut.
  • Setelah 2 jam boleh di sedut..hehe

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



Friday 13 November 2015

RESEPI BROWNIES WALNUT MEMANG MARVELOUS



Teringin nak makan kek coklat tetapi wife saya cadangkan untuk makan brownies..Perhhhh memang sedap oooo..Boleh cuba resepi di bawah..Makan brownies sambil hirup secangkir kopi memang marvelosss time hujan-hujan gini..

Bahan-bahannya 
  • 250 gram mentega / butter cup
  • 1 1/2 cawan gula kastor
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sudu kecil baking powder double action
  • 4 biji telur gred A
  • 1 sudu kecil esen vanila
  • 370 gram coklat masakan
  • 100 gram walnut

Cara Penyediaannya
  • Permulaannya anda perlu cairkan coklat secara double boiler
  • Kemudian anda perlu masukkan mentega dan kacau hingga mentega cair.
  • Selepas itu anda masukkan gula dan kacau hingga gula tersebut cair dan larut.
  • Kemudian anda masukkan telur dan walnut serta seterusnya masukkan tepung.
  • Semua bahan-bahan tersebut dimasukkan ke dalam loyang. Anda boleh guna loyang 10x10 
  • Sedia untuk di bakar. Suhu 180 darjah celcius selama 30-40 minit. 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com


Monday 9 November 2015

RESEPI MEE UDANG YANG SEMESTINYA MELETOP



Bahan-Bahannya :
  • 1 paket mee kuning
  • 500 gram udang basah - bersaiz sederhana
  • 10 tangkai cili kering - dikisar
  • 3 biji bawang besar} kisar
  • 2 ulas bawang putih} kisar
  • Sedikit belacan } kisar
  • 4 camca teh sos cili
  • 3 camca teh sos tomato
  • ½ sudu teh gula pasir            
  • 5 batang sawi
  • ½ kati taugeh
  • 2 tangkai daun bawang
  • 2 tangkai daun sup
  • 5 biji tauhu - goreng dan hiris sederhana nipis.
  • 5 biji cili masak
  • Limau kasturi
  • Sedikit bawang goreng

Cara-Cara Penyediaannya:
  • Permulaannya anda perlu rebus udang basah terlebih dahulu. Kemudian toskan airnya dan asingkan ke tepi. Selepas itu ambil kepala udang dan kisar. Kemudiannya ambil bahan kepala udang yang dikisar tadi dan satukan dengan air rebusan yg sedia ada.
  • Seterusnya panaskan minyak masak dan tumis bahan kisar seperti bawang merah/putih/belacan.
  • Setelah naik wanginya masukan air rebusan udang yang telah disimpan tadi.
  • Masukkan sos cili/tomato, garam, gula dan serbuk perasa.
  • Untuk sayuran tadi sawi dan taugeh hendak lah dicelur terlebih dahulu. Begitu juga dengan mee kuning.
  • Setelah selesai semuanya hidangkan bersama bawang goreng, daun bawang, hirisan tahu goreng dan daun sup. Perahkan limau kasturi.
  • Semua bahan-bahan tertakluk kepada berapa orang yang hendak makan. 

**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini  >>> www.resepiroticanai.com



Friday 6 November 2015

RESEPI CHAR KUETIAW MEMANG BERSELERA DI MALAM HARI


BAHAN-BAHANNYA - UNTUK 2 ORANG
  • 800gm kuetiaw 
  • 500gm udang 
  • 300gm kerang 
  • 100gm taugeh 
  • 200gm isi ayam 
  • 100gm kucai 
  • 4 ulas bawang putih | dicincang halus 
  • 4 sudu makan cili kisar 
  • 1 keping kek ikan | dihiris halus 
  • 3 biji telur 
  • Garam secukup rasa 
  • Daun bawang secukupnya | dihiris 
  • Bawang goreng secukupnya 

BAHAN UNTUK KUAH/SOS
  • 2 sudu makan sos tiram 
  • 2 sudu makan sos tomato 
  • 2 sudu makan sos cili 
  • 2 sudu makan kicap manis 
  • 4 sudu makan kicap cair 

CARA PENYEDIAANNYA 
  • Permulaannya anda panaskan sedikit minyak di dalam kuali. Kemudian tumiskan bawang putih sehingga wangi. 
  • Selepas itu masukkan cili kisar. Tumis sehingga pecah minyak. 
  • Kemudian anda masukkan kesemua bahan sos. Kacau rata. 
  • Selepas itu anda masukkan udang, kerang dan isi ayam. Kacau sehingga rata dan daging ayam masak. 
  • Kemudian pecahkan telur ayam dan perasakan dengan garam. Biarkan telur masak. 
  • Seterusnya masukkan kuetiaw, kucai dan taugeh. Gaul dan angkat. 
  • Hiaskan dengan daun bawang dan bawang goreng. 
  • Sedia untuk dihidang dan dinikmati dengan cili kicap atau cili jeruk

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


Monday 2 November 2015

RESEPI SUP EKOR MELAHAR PANASNYA


Bahan-Bahan:

  • 1 kg ekor lembu (dihiris sederhana)
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 gm daun saderi
  • Cili, halia, kayu manis, bunga cengkih & biji lada secukup rasa   

Hiasan:
  • 200 gm sayur campur (brokoli, tauge, asparagus, lobak merah & daun bawang kucai) - pilihan jika mahu
  • ½ sudu kecil cili (dihiris halus)

Cara Penyediaanya:
  • Permulaannya anda perlu ambil lobak merah, bawang besar, bawang putih, daun saderi untuk dihiris panjang. 
  • Masukkan ekor, hirisan lobak merah, daun saderi, bawang besar, bawang putih & rempah di dalam periuk. 
  • Kemudian masukkan air secukupnya & masak 5 jam menggunakan api perlahan. Buang buihnya apabila ia timbul. 
  • Setelah itu tapis air berkenaan, asingkan ekor & sayur. Letakkan ekor dalam mangkuk dan tabur brokoli, tauge, asparagus, lobak merah dan daun bawang kucai yang dijerang bersama air masin selama 1/2 minit. 
  • Masukkan bahan perasa (garam, lada dan herba kegemaran anda) ke dalam sup mengikut rasa. Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi ekor.
  • Sedia untuk dihidang

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com


Thursday 29 October 2015

TERGEMPAR TARIKH BAYARAN BONUS UNTUK PENJAWAT AWAM 2016


Seperti mana yang di tunggu-tunggu oleh Kakitangan atau Penjawat Awam seperti yang dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato Seri Najib Razak pada Bajet 2016 , tarikh rasmi pembayaran bonus atau pemberian khas Kakitangan atau Penjawat Awam pada Januari 2016

Dalam Bajet tersebut kerajaan bersetuju untuk memberi bonus atau bayaran khas imbuhan sebanyak RM500 kepada seluruh penjawat awam manakala RM250 kepada seluruh pesara kerajaan. Menerusi makluman rasmi Perdana Menteri Malaysia Najib Razak, pembayaran imbuhan tersebut akan dibuat pada Januari 2016. Ianya bagi menghargai 1.6 juta kakitangan awam dan 700 ribu pesara kerajaan yang banyak berjasa di atas segala sumbangan dan khidmat bakti serta bertungkus lumus dalam menjayakan agenda dan Transformasi Kerajaan dalam membangunkan Negara Malaysia tercinta.  


** Terbongkar Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan..Berminat boleh akses ke website ini >>> www.insta-dominasi.com


Tuesday 27 October 2015

INTIPATI DAN RUMUSAN BAJET 2016 YANG DI TUNGGU-TUNGGU




Berikut adalah intipati dan rumusan yang penting di dalam input ucapan pembentangan BAJET 2016 pada 23 Oktober 2015 Malaysia. 

Pembentangan Belanjawan BAJET 2016 ini adalah yang di tunggu-tunggu oleh semua lapisan rakyat Malaysia dan ianya dibentangkan oleh Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Najib Razak pada hari Jumaat 23 Oktober 2015 pukul 4.00 petang yang bertempat di Dewan Parlimen Malaysia. 

BAJET 2016 ini memperuntukkan RM 167.2 Billion dan ianya bertemakan “Mensejahtera Kehidupan Rakyat” bertunjangkan 5 keutamaan utama

Berikut adalah rumusan penting mengenai pembentangan BAJET 2016 
  • Projek Bus Rapid Transit KL-Klang pada kos melebihi RM1.5billion dan Bus Rapid Transit Kota Kinabalu pada kos hampir RM1billion akan dilaksanakan.
  • Kerajaan akan bina tambahan lagi 30 Sekolah Rendah, 27 Sekolah Menengah, 4 MRSM dan 5 Sekolah Berasrama Penuh
  • Pengguna pra-bayar telco warga Malaysia akan dapat kembali rebat bersamaan dengan amaun GST yang dibayar, dikredit terus mulai 1 Januari 2016 hingga 31 Disember 2016.
  • GST dikecualikan bagi barangan makanan seperti susu bayi dan kanak-kanak berasas kacang soya dan susu organik, dhal, gula merah, mee kolok kering dan lain-lain. GST turut dikecualikan ke atas semua jenis ubat terkawal di bawah senarai Racun.
  • Kelajuan intenet luar bandar akan ditambah kelajuan 5 kali ganda daripada 5 Mbps kepada 20 Mbps
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan diberikan kepada Pelajar Sekolah Rendah dan Menengah.
  • Bantuan Persekolahan RM100 akan dibayar pada Januari 2016 namun dikhususkan kepada isi rumah berpendapatan RM3,000 dan ke bawah.
  • Program Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) kepada pelajar IPT sebanyak RM250 diteruskan pada BAJET 2016.
  • Bantuan Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) hanya boleh ditebus di Kedai Buku yang diiktiraf Sahaja dan tidak boleh ditebus dikedai yang tidak berdaftar.
  • Lebuhraya pertama iaitu Lebuhraya Pan Borneo di Sabah dan Sarawak akan bebas daripada bayaran tol.
  • Program e-Rezeki dan e-Usahawan akan diperluaskan ke seluruh negara untuk meningkatkan peluang pekerjaan dan meningkatkan pendapatan.
  • Program Rumah Mampu Milik diperluaskan seperti PR1MA, Rumah Mesra Rakyat, Prorgam Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M), Program Rumah Pertama dan Program Perumahan Rakyat.
  • Skim Pembiayaan Deposit Rumah Pertama bagi individu yang belum memiliki rumah. Melalui skim ini, kerajaan akan membantu individu yang belum pernah memiliki rumah untuk mendapatkan bantuan deposit perumahan.
  • Gaji kakitangan awam naik kepada 1 Gred mulai tahun 2016
  • Gaji permulaan terendah dalam Perkhidmatan Awam dinaikkan kepada RM1200 sebulan
  • Kadar pencen minimum bagi golongan pesara kerajaan dinaikkan kepada RM950 sebulan
  • Melantik tetap pegawai lantikan Contract of Service yang berkhidmat sekurang-kurangnya 15 tahun
  • Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2016 diteruskan dan kadar bayaran dinaikkan
  • BR1M 2016 Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3000 ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000.
  • BR1M 2016 Kategori baru diperkenalkan bagi penerima dalam senarai e-Kasih yg berpendapatan bulanan bawah RM1k akan terima BR1M sbyk RM1050.
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan bulanan RM3k ke bawah, BR1M ditingkatkan daripada RM950 kepada RM1000
  • BR1M Bagi isi rumah berpendapatan antara RM3,001 hingga RM4000, pemberian BR1M ditingkatkan daripada RM750 kepada RM800
  • BR1M Bagi individu bujang 21 tahun ke atas, pendapatan tidak melebihi RM2k sebulan, bantuan ditingkatkan daripada RM350 kepada RM400
  • BR1M Bagi Skim Khairat Kematian pula, pemberian sebanyak RM1000 akan diteruskan.
  • Had Pelepasan Cukai: Had pelepasan cukai bagi setiap anak berumur bawah 18 tahun mulai taksiran 2016, digandakan daripada RM1000 kepada RM2000. Anak-anak yang menyara ibubapa, walaupun tidak tinggal bersama, diberi pelepasan cukai terkumpul sebanyak RM1,500 masing-masing untuk ibu & bapa. Dengan syarat, ibu dan bapa masing-masing berumur 60 tahun ke atas tidak berpendapatan melebihi RM2000 sebulan.
  • Had pelepasan cukai Individu: Pelepasan cukai bagi pembayar individu yang pasangannya tidak mempunyai pendapatan, dinaikkan daripada RM3000 kepada RM4000.
  • Had pelepasan cukai dinaikkan daripada RM6000 kepada RM8000 bagi setiap anak 18 tahun ke atas yang sedang lanjutkan pengajian bagi tahun taksiran 2016.
  • Had pelepasan cukai sedia ada ibubapa dengan anak OKU RM6000. Jika anak lanjutkan pelajaran, jumlah boleh dituntut RM14000. Bagi ibubapa kepada anak-anak OKU yangg lanjutkan pengajian, had pelepasan cukai dinaikkn daripada RM6000 kepada RM8000 mulai tahun taksiran 2016.
  • Berkuatkuasa 1 Julai 2016, penyelerasan gaji minimum negara dinaikkan daripada RM900 kepada RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia.
  • Gaji minimum Sabah, Sarawak dan WP Labuan dinaikkan RM920 sebulan daripada RM800 bagi semua sektor kecuali perkhdmatn domestik/pembantu rumah.
  • Majikan yang gagal mematuhi peraturan gaji minimum di Sabah, Sarawak dan Semenanjung Malaysia boleh dikenakan tindakan undang-undang. Gaji minimum RM920 (Sabah, Sarawak dan Labuan) manakala RM1,000 sebulan bagi Semenanjung Malaysia berkuatkuasa mulai 1 Julai 2016.
  • Bayaran khas bonus RM500 bagi kakitangan atau penjawat awam akan dibayar pada Januari 2016.
  • Pesara Kerajaan akan menerima bayaran bantuan khas atau bonus sebanyak RM250 dan dibayar pada Januari 2016.

** Terbongkar Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan..Berminat boleh akses ke website ini >>> www.insta-dominasi.com


Monday 26 October 2015

RESEPI MEE LADA HITAM YANG RASANYA MEMANG TERBAIK


BAHAN-BAHAN: 
  • 500gm mi kuning 
  • 4 biji bawang merah | dicincang 
  • 2 ulas bawang putih 
  • 5 biji cili api 
  • 200gm ayam | dihiris nipis 
  • 8 ekor udang 
  • 20gram lobak merah 
  • 20gram kubis 
  • 20gram sawi 
  • 1 ½ sudu makan sos lada hitam 
  • 1 ½ sudu makan lada hitam 
  • 2 sudu makan ikan bilis | ditumbuk 
  • 100ml air 
  • 60ml cawan kicap manis 
  • Minyak masak untuk menumis secukupnya

CARA PENYEDIAAN : 
  • Permulaannya anda perlu panaskan sedikit minyak masak di dalam kuali. Tumis bawang putih dan bawang merah sehingga wangi. 
  • Kemudian masukkan cili api, ikan bilis, ayam dan udang. Kacau rata. 
  • Masukkan lada hitam, sos lada hitam dan kicap manis. Kacau sebati. 
  • Selepas itu masukkan air dan masak sehingga mendidih. 
  • Masukkan mi kuning dan sayur-sayuran. 
  • Letakkan garam secukup rasa. Gaul rata dan angkat. 
  • Sedia untuk dihidang dan dinikmat

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com



Friday 23 October 2015

TAWARAN KERJA TRANSLATOR DI RUMAH MEMANG LUMAYAN



Anda boleh lihat pada contoh di bawah, ada banyak tawaran kerja untuk translator. Tidak perlu bersusah payah untuk mencari syarikat, anda akan diperkenalkan kepada syarikat dan agensi translator dan tunjukkan anda tempat di mana anda boleh mendapatkan senarai tawaran kerja translator.



KENAPA KERJA INI SANGAT LUMAYAN ?

Anda juga boleh jadi seperti mereka di bawah ini. Mereka ini bekerja sebagai translator dan yang paling penting mereka ini dari Malaysia dan tinggal juga di Malaysia. Jika anda tengok dan amati jumlah jam bekerja setiap seorang dari mereka, anda pasti faham kenapa kami katakan bekerja sebagai freelance translator adalah sangat lumayan sekali.

Sebagai contoh translator dengan nama “Syaidatul O.” mengenakan upah secara purata sebanyak USD$11.11 sejam dan beliau telah bekerja selama 256 jam. Jadi kalau kita kira USD$11.11 x 256 x RM3.80 = RM10,800.80.

Sangat lumayan bukan? Kalau anda perhatikan lagi ada yang sudah bekerja selama 3589 jam dengan purata upah sejam sebanyak USD$8.89. Tentu sahaja beliau sudah mendapat lebih dari RM100 ribu dengan hanya bekerja sebagai translator.



Jadi apa tunggu lagi.. Tiada alasan untuk tidak bekerja dan mari saya perkenalkan website untuk anda akses bagi mencari pekerjaan sebagai translator dengan gaji yang lumayan >>> www.kerjatranslator.com

** Terbongkar Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan..Berminat boleh akses ke website ini >>> www.insta-dominasi.com



Tuesday 20 October 2015

WOW GEMPAK BAYARAN DALAM US DOLLAR HANYA KERJA DI RUMAH SEBAGAI TRANSLATOR


Sekarang ini banyak peluang untuk anda bekerja di rumah.. Tiada alasan tiada pekerjaan. Dimana ada kemahuan di situ ada jalan. Yang penting kenalah berusaha untuk mencari kerja sementara sebelum mendapat kerja tetap.

Salah satu pekerjaan yang lumayan hanya duduk dirumah adalah kerja sebagai penterjemah bebas atau translator dari rumah untuk syarikat-syarikat tempatan dan antarabangsa. Bekerja hanya mengikut jadual anda sendiri, dari rumah anda sendiri dan yang paling best adalah dapat bayaran dalam Ringgit dan US Dollar!

Sebagai seorang translator, anda perlu bertanggungjawab dalam memastikan kandungan dokumen di sampaikan dalam maksud yang betul dan dapat di fahami oleh pembaca. Ia bukan sekadar menterjemah perkataan, tetapi keseluruhan ayat dengan betul..

Betul ke bayaran upah translator ini mahal ?

Untuk makluman, jika anda sebagai seorang translator biasanya syarikat akan bayar berdasarkan kadar jumlah perkataan, dari USD$0.03 – USD$0.15 sen tiap perkataan. Dokumen biasa mungkin mempunyai sekurang-kurangnya 500 patah perkataan. Oleh itu syarikat tersebut dengan mudah boleh memberi anda bayaran antara USD$15.00 hingga USD$75.00 tiap projek.

Yang penting lumayan hanya duduk dirumah untuk menyiapkan kerja. Kalau berdasarkan pada tukaran matawang sekarang, anda mampu mendapat antara RM57 – RM285 bagi setiap tugasan yang anda lakukan. Harga untuk menterjemah sebuah laman web adalah lebih kurang USD$500 atau RM1900 bergantung kepada berapa banyak perkataan. Wow cukup lumayan.

Memang berbaloi jika anda seorang translator atau penterjemah dan anda yang tentukan sendiri berapa banyak yang anda ingin dapat setiap bulan, lebih banyak projek yang anda boleh buat lebih banyak duit yang anda dapat. Freelancer yang berjaya boleh mendapat pendapatan sehingga USD$100,000 setahun.

Jika anda berminat untuk menjadi translator atau penterjemah anda boleh akses sekarang di laman web berikut >>> www.kerjatranslator.com


** Terbongkar Rahsia Dominasi Instagram - 'Main' Instagram 1 jam sehari, dan jana pendapatan 4 angka sebulan..Berminat boleh akses ke website ini >>> www.insta-dominasi.com



Monday 19 October 2015

MESTI BACA INI TENTANG TAYAR KERETA ANDA


Wahai kawan-kawan yang saya kasihi semua, yeaa kita selalu tukar tayar kereta kan, tetapi selalunya kita main tukar je tanpa kita tahu tayar itu adalah tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan ataupun sebaliknya.Dalam maksud lain tayar itu dah Expired..

Jom kita kenali mengenai Info Pasal tayar kenderaan. Cukup mudah panduan ini untuk anda kenali tayar anda.

1. Kod Tayar Kenderaan.. Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / J

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah; S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.. Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.. Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikeluarkan Dari Tahun Semasa (2014); 2012 = 40% 2011 = 60% 2010 = 80% 2009 = Percuma 

Diharap dengan perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar. Semoga Info dan panduan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

**Jika anda tak tahu ilmu-ilmu berharga ini, mereka (pomen) akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda, dek kerana kecuaian anda… Sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar... Dapatkan ilmu kenderaan ini di website ini >>> www.tipskereta.com



Friday 16 October 2015

BISKUT TIRAMISU SEKALI MAKAN HENDAK LAGI


Bahan-bahannya:
  • 1 paket biskut – anda boleh guna biskut cream creakers jagung (atau pun biskut lain pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat - boleh kurangkan manis jika tidak suka manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Serbuk milo
  • 4 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaannya:
  • Permulaannya satukan susu cair,susu pekat,tepung kastard,air dan garam ke dalam periuk. Api hendaklah perlahan dan kacau sehingga adunan tersebut menjadi likat.
  • Kemudian tutup api.
  • Seterusnya anda susun biskut kedalam bekas atau Loyang yang bersesuaian.
  • Kemudian sapukan adunan kastard sehingga menutupi lapisan biskut ratakan. Selepas itu anda taburkan serbuk milo (lapisan yang disarankan 5 keping).Akhir sekali lapisan atas, anda sapukan adunan kastard dan lebihkan serbuk milo.
  • Simpan biskut tiramisu di dalam peti ais selama 2-3jam
  • Boleh dihidangkan 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com


Monday 12 October 2015

DOA UNTUK MERAWAT SAKIT TUBUH, SENDI DAN PINGGANG

Doa untuk merawat sakit tubuh, sendi dan pinggang



Anda perlu amalkan doa-doa di bawah ini :

Surah Al Fatihah : 1x


Ayat Qursi  : 3x


Selawat Syifa : 3x 


Surah Hud : Ayat 52 - 3x



** Jika anda ingin mendapat rezeki yang tidak disangka-sangka dan ingin mendapat kekayaan dunia dan akhirat, disarankan untuk anda membaca ayat dan ilmu seru rezeki di website ini >>> Formula Seru Rezeki


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...