Monday 27 April 2015

PETUA AJAIB RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA


Semakin berusia, maka mata kita pun makin kabur. Tidak terkecuali juga usia muda pun dah pakai cermin mata kerana rabun mata. Ini amat merisaukan dan kadang-kadang ianya amat merimaskan pemandangan kita sama ada jauh atau dekat.

Mari saya sharekan petua yang sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah dari rabun. Anda boleh amalkan secara konsisten. InsyaAllah petua ini amat membantu untuk anda. Sila cuba salah satu dari cara-cara dibawah.

Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mengamalkan.


Thursday 23 April 2015

KHASIAT MENGEJUTKAN BUAH NAGA UNTUK KESIHATAN


Korang mesti suka makan buah kan. Aku syorkan korang makan buah naga ataupun dragon fruit. Banyak khasiat yang korang dapat jika korang selalu makan buah naga ini. Selain ianya banyak serat untuk melawaskan bagi yang ada penyakit sembelit, ianya juga buah yang dapat memberi tenaga serta meningkatkan sistem imunisasi badan bagi melawat penyakit.

Sesuai dimakan begitu sahaja atau yang paling best adalah korang buat jus buah naga. Pasti banyak manafaat  jika anda amalkan memakan buah naga ini

Mari saya sharekan khasiat dan manafaat buat naga untuk korang boleh amalkan sebagai makanan untuk diet harian.

Sumber Vitamin C
Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

Sumber Vitamin B1 
Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

Sumber Vitamin B3
Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulajadi dari dalam.

Sumber Vitamin B12
Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

Kaya Serat
Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

Kaya Mineral
Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Kandungan Antioksida
Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

Kandungan Protein
Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan makan buah secara teratur.

Rendah lemak
Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

Mengawal gula dalam darah
Bagi pengidap kencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

Menurunkan tekanan darah
Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

Meneutralkan toksin
Racun/toksin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesihatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

Baik untuk kesihatan mata
Mengandung karotin yang membantu menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan.

Menurunkan berat badan
Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

Mengubati asma
Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya dengan amalan memakan buah naga.

Selamat mengamalkan. InsyaAllah jika anda konsisten makan buah naga ini pasti anda dapat manafaatnya pada tubuh badan anda.


Monday 20 April 2015

PETUA AJAIB HILANGKAN BAU DURIAN


Anda mesti suka makan duriankan. Kadang-kadang kalau mengidam durian tu sampai 3 biji pun boleh habis ye tak. Tapi ada perkara yang kita tidak suka iaitu bila sudah makan durian ianya akan meningggalkan bau yang kurang menyenangkan. Pening jugak bila bau durian menyusuk hidung. Hehe..

Jom saya sharekan petua yang menjadi amalan untuk menghilangkan bau durian dan anda boleh cuba mana-mana cara berikut...

Serbuk kopi
Untuk menghilangkan bau durian pada tangan,rendam tangan dalam air yang dicampurkan sedikit serbuk kopi. Bau durian akan hilang.

Garam
Untuk menghilangkan mabuk bau durian, cuba minum air panas dibancuh dengan secamca garam.

Daun ubi kayu / daun betik
Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.

Buah nenas
Letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.

Daun pandan
Hanya letakkan daun pandan, mudah-mudahan bau terus hilang. Terutama letak daun pandan dalam kereta. Pasti bau durian akan hilang

Kayu arang
Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

Roti
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta. Tutup semua pintu dan tingkap. Biarkan beberapa jam,bau akan hilang dengan sendirinya.

Serbuk penaik (baking soda)
Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

Air cuka
Letakkan bekas berisi  air cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

InsyaAllah ianya berhasil dan selamat mencuba.


Thursday 16 April 2015

RESEPI TERBAIK TEPUNG GORENG PISANG RANGUP


Anda sume mesti suka makan pisang gorengkan. Saya suka yang pisang goreng yang rangup-rangup. Memang sedap ooo..makan pisang goreng dengan air kopi secawan..Perhhh memang penuh nikmat..

Macam biasa la selalu yang goreng pisang saya suruh wife saya yang gorengkan..Memang rangup oooo..Kadang-kadang tak tahu berapa banyak pisang yang masuk mulut..hehe

Saya pun tanyalah mana dapat resepi yang rangup ni. Wife saya di cakap dia dapat resepi dari blog En Hairul Hissam dan terus mencubanya..

Memang terbaik resepi yang di berikan oleh En Hairul Hissam dan pisang yang digoreng oleh wife saya cukup rangup.. Memang terbaik..Terima kasih pada En Hairul. 

Jom lah kita lihat rahsia resepinya oleh En Hairul Hissam

RESEPI TERBAIK TEPUNG GORENG PISANG RANGUP

Bahan-Bahan :

2 cawan tepung beras
1 cawan tepung gandum
5 sudu besar santan pekat(santan kotak)
1/2 sudu besar baking powder
1/2 sudu kecil serbuk kunyit
garam secukup rasa (dlm 1/2 sudu kecil)
1 biji telur
Air secukupnya
2 sudu besar marjerin

Cara Penyediaan :
  • Anda perlu mencairkan marjerin dahulu di dalam periuk dengan api yang kecil. Semasa mencairkan marjerin, pastikan anda menjaganya. Ianya akan cair sekejap sahaja. Setelah marjerin tersebut cair, alihkan daripada api dan biarkan sebentar untuk ia sejuk.
  • Masukkan kesemua bahan diatas kecuali marjerin cair dan air. Seterusnya barulah masukkan air sedikit demi sedikit sambil digaul. Mahu lebih mudah dan baik hasilnya anda perlu menggaul menggunakan tangan. Sebab utamanya adalah kerana adanya baking powder di dalamnya. Ramas dengan tangan sehingga semua bahan menjadi sebati dan pekat. Jika kelihatan tercair, tambahkan lagi tepung gandum atau tepung beras. Anda perlu pastikan adunan tepung perlu pekat tau.....lebih kurang sama pekatnya dengan santan kotak yang pekat tu kerana mesti dapatkan bancuhan tepung yang benar-benar pekat.
  • Setelah adunan benar-benar pekat, masukkan marjerin cair. Pastikan marjerin tidak lagi panas. Kacau menggunakan tangan sehingga sebati.
  • Seterusnya celup pisang ke atas adunan tepung yang telah sebati tadi dan goreng dengan minyak yang panas.

Nota: Adunan tepung ini juga sesuai digunakan untuk menggoreng cendawan, cempedak, keledek, tempe dan sebagainya. Resepi ni memang rangup. Caranya sama saja, celup dan goreng dalam minyak panas.

** Jika anda ingin dapatkan Resepi Cara Buat Roti Canai Lembut dan Rangup boleh tengok di Website ini >>> www.resepiroticanailembut.com

Monday 13 April 2015

AYAT MUJARAB TERCEKIK TULANG IKAN


Mesti korang suka makan ikan gorengkan..Yela best ooo dapat makan nasi panas dengan ikan goreng cecah budu..Perhhh..

Ok, hari ni aku nak bagi skit petua atau ayat yang korang boleh gunakan jika tercekik tulang ikan. Tercekik tulang ikan pun ada ayat ek.. Mesti lah bro. Ayat Quran tu..InsyaAllah mujarab dan yang penting jangan putus asa..

Kalau korang tercekik tulang ikan apa korang buat? Selalu mesti korang panik kan..Betul tak? Selalunya mesti korang kepal-kepal nasi jadi cam bentuk bulat, pastu telan nasi tu tanpa mengunyahnye kan.

Kadang-kadang orang buat tak jadi sebabnya dia pergi kunyah nasi tu wat pe. Lepas tu tergesa-gesa minum air. Sampai tersedak pulak..Huhu..Kesian jugak kan

Ok tanpa membuang masa meh aku share kan ilmu untuk mereka yang tercekik tulang ikan.

Ayat tercekik tulang gear box takde ok sebab aku tak pernah dengar ada orang tercekik tulang besar tu..Haha :-

Inilah Doanya Ayat Mujarab Tercekik Tulang Ikan :

Bismillahirrahmanirrahiim..!!
Nur Dali Kemara Allah..!!
Bujur Lalu, Melintang Patah..!!
Berkat Kalimat Laa Ilaha Illallah..!!


Tatacaranya :

Baca 3 kali lalu tiupkan pada segelas air suam..

Setelah itu minumkan air tadi dengan sekali nafas..

Hanya ini saje dapat aku tuliskan, semoga bermanfaat bagi kita semua..



Thursday 9 April 2015

TIPS SEMPOI HILANGKAN BATUK TANPA UBAT


Anda atau anak-anak anda kalau ade perubahan cuaca atau kerap minum air sejuk mesti lepas tu dok terbatuk - batuk sehingga mengganggu pernafasan. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. Insyallah batuk akan berkurangan dan anda kembali lega seperti sediakala. InsyaAllah, berkesan.

REHATKAN DIRI
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang secukupnya, proses penyembuhan dapat berlaku dengan cepat. Insyallah.

MANDI AIR SUAM
Dengan mandi air suam ianya dapat membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak. Dan juga membantu merehatkan minda supaya menjadi tenang.

SALINE DROPS DAN BULB SYRINGE
Penggunaan Saline Drops melegakan hidung tersumbat. Bulb Syringe bagus digunakan untuk bayi. Gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

MINYAK BERANGIN VAPOR RUBS
Kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan ke atas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anda bernafas dengan lebih baik kerana kesan penyejukan bahan vapor rubs

BANYAKKAN MINUM AIR
Air dapat membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

SUP PANAS/SUAM
Sup panas memang menambah selera anda dan dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat

MENINGGIKAN KEPALA SEMASA TIDUR
Ini selalunya berkesan jika anda buat iaitu anda perlu tinggikan kepala semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. Keadaan ini membantu anda bernafas dengan lebih baik

MADU LEBAH
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

BERKUMUR DENGAN AIR GARAM
Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

Semua tips yang dikongsikan ini Insyallah dapat menghilangkan batuk tanpa penggunaan ubat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menjimatkan perbelanjaan pembelian ubat batuk yang boleh dikatakan agak mahal. Insyallah berkesan bagi anda dan juga anak anda. 

***Jika anda pengidap Penyakit Gout, Resdung, Sakit Kepala atau Migrain, Boleh cuba ubat ini >>> PENAWAR PENYAKIT MUJARAB




Monday 6 April 2015

BUTIK ONLINE SWEET MUSLIMAH SOFISIKATED DAN TRENDY

Anda mesti suka beli baju secara onlinekan. Mari saya share satu Butik Online iaitu Sweet Muslimah yang boleh membantu wanita atau muslimah di Malaysia mendapatkan baju-baju yang sopan, sofisikated dan trendy mengikut citarasa masa kini.

Butik Online Sweet Muslimah ini dikendalikan oleh pasangan suami isteri, Mohd Firdaus Mohd Yusoff dan Yusni Idris dan Butik Online Sweet Muslimah ini beroperasi 100 peratus secara online, di mana pejabat urusan dan gudang terletak di Kulaijaya, Johor.

Produk-produk di Butik Online Sweet Muslimah adalah yang berkualiti dan selesa dipakai untuk sebarang aktiviti kerana diperbuat dari material cotton combed.  . Material ini juga mudah menyerap peluh dan amat sesuai dipakai dengan cuaca yang sederhana panas.

Produk-produk di Butik Online Sweet Muslimah yang  sediakan adalah lebih memfokuskan konsep santai, selesa, cantik di pandang serta ayu bila memakainya. Semua produk Sweet Muslimah yang sediakan adalah menepati piawaian kualiti yang terbaik. Hanya produk terbaik akan dipasaran serta dikongsikan kepada muslimah di Malaysia. Pelbagai rekaan baru dan warna yang menarik menanti pelanggan setiap bulan.

Fokus serta produk utama Butik Online Sweet Muslimah ini adalah Baju / Tshirt / Busana / Jubah / Skirt Labuh dan Tudung Labuh kerana terdapat permintaan yang tinggi dari pelanggan muslimah di seluruh Malaysia. Selain itu, Butik Online Sweet Muslimah juga menyediakan Tshirt dan Jubah untuk kanak-kanak perempuan dan aksesori tambahan seperti stokin wudhu dan hanger tudung.

Dengan produk- produk yang hebat ini ianya dapat mengalakkan anda semua untuk berbelanja secara online dan ternyata ianya lebih menjimatkan dari segi masa dan juga wang anda. Harga yang ditawarkan oleh Butik Online Sweet Muslimah juga adalah sangat berpatutan dan juga sekiranya berlaku masalah saiz atau sebagainya, anda berhak memulangkan kembali untuk mendapatkan yang terbaik.

Tak percaya?

Boleh cuba tengok dulu dan pilih mana yang berkenan di hati,

Ada yang anda minat boleh la beli !! Jom tengok koleksi Butik Online Sweet Muslimah

KOLEKSI MUTIF
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah

Berminat ? >>> Klik Banner 

Klik Di sini >>> Produk Koleksi Mutif


KOLEKSI JUBAH
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Koleksi Jubah Cotton
Koleksi Jubah Cotton

Berminat ? >>> Klik Banner 

Klik Di sini >>> Produk Koleksi Jubah


KOLEKSI QIRANI
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah
Baju Muslimah

Berminat ? >>> Klik Banner 

Klik Di sini >>> Produk Koleksi Qirani


INI YANG PALING BEST !!!
Anda tidak perlu risau kerana setiap pembelian pelanggan ada jaminan selama tujuh hari di mana pelanggan boleh membuat penukaran saiz pakaian jika saiz yang diterima tidak sesuai dalam tempoh tersebut. Jika pakaian yang diterima tidak menepati citarasa pelanggan atau pelanggan tidak berpuas hati dengan kualiti pakaian tersebut, Butik Online Sweet Muslimah menyediakan jaminan 100 peratus kepuasan atau wang dikembalikan.

Jika anda peminat jubah muslimah dan mahukan busana yang sopan, sofisikated dan trendy mengikut citarasa masa kini boleh lawati website ini >>> BUTIK ONLINE SWEET MUSLIMAH SOFISIKATED DAN TRENDY


Friday 3 April 2015

TERBONGKAR KOLEKSI RAHSIA SENARAI PEMBEKAL DI MALAYSIA


Anda ingin menjadi seorang usahawan dan membuka perniagaan online atau ingin membuka kedai jualan sendiri dan sudah tentu tercari-cari pembekal yang sesuai untuk bisnes anda.

Tetapi sudah tentu anda pening kepala dan sudah tentu tidak tahu dimana hendak mendapatkan pembekal-pembekal yang boleh dipercayai serta yang boleh bekerjasama untuk mengembangkan bisnes anda kan.

Oleh kerana faktor itu, ramai peniaga dan usahawan agak sukar untuk mendapatkan lebih daripada satu pembekal untuk membekalkan produk kepada customer anda.

Tidak kurang juga ada usahawan yang pernah ditipu oleh pembekal yang tidak bertanggungjawab dan ada juga yang sudah mati akal untuk mencari pembekal-pembekal ini.

Antara sebab ramai usahawan menjadi  down atau malas serta tidak mahu menjalankan perniagaan atau menjadi usahawan sepenuh masa adalah disebabkan perkara berikut:
  • Sukar mendapatkan bekalan produk daripada pembekal
  • Sukar mencari pembekal yang betul-betul pembekal
  • Sukar mendapatkan lebih daripada satu pembekal
  • Sukar mendapatkan maklumat yang lengkap tentang pembekal seperti No. Telefon, Email dan lain-lain…
  • Pernah ditipu oleh pembekal yang tidak bertanggungjawab

Di atas adalah sebahagian sahaja penyebab utama mengapa rakyat di Malaysia ini malas atau tidak mahu menjalankan perniagaan atau menjadi usahawan sepenuh masa.


PENYELESAIAN BAGI USAHAWAN UNTUK MUDAH MENCARI PEMBEKAL

Oleh yang demikian, usah gusar dan anda mampu tersenyum kerana ada sumber yang boleh dipercayai dengan lebih daripada 150 senarai pembekal beserta maklumat lengkap pembekal dalam pelbagai bidang dan industri khas untuk anda yang membuat bisnes seperti berikut:
  • Cenderahati Korporat
  • Alat Tulis
  • Pakaian
  • Sukan & Permainan
  • Percetakan
  • Dan banyak lagi.....

Ke semua senarai pembekal yang dedahkan ini adalah pembekal yang boleh dipercayai setakat ini. Ada diantara pembekal-pembekal yang tersenarai adalah merupakan pembekal utama sejak dari tahun 2008 lagi.

Jadi jika anda seorang usahawan yang mempunyai masalah untuk mencari pembekal untuk kesinambungan bisnes anda, disarankan untuk anda mendapatkan pembekal di Website ini >>> KOLEKSI RAHSIA 150 SENARAI PEMBEKAL DI MALAYSIA


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...