Friday 28 August 2015

RESEPI MASAK UDANG PETAI TEMPOYAK MEMBARA PEDASNYA


Bahan-bahannya:
  • 30 ekor udang sederhana besar
  • 3 papan petai - di kupas ambil isinya
  • 5 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 6 sudu besar tempoyak
  • 20 biji cili padi (jika tidak suka pedas boleh dikurangkan)
  • Air (untuk pekat kuah )
  • 2 inci kunyit hidup
  • 3 helai daun kunyit
  • Garam dan gula secukup rasa

Cara-caranya membuatnya:
  • Permulaannya kupas kulit udang, kemudian basuh dan ditoskan.
  • Seterusnya kisar/blend bawang merah, bawang putih, cili padi dan juga kunyit hidup.
  • Selepas itu masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam periuk bersama 6 sudu tempoyak dan juga air. 
  • Anda perlu biarkan hingga menggelegak dan kuah menjadi likat mengikut tahap selera yang anda mahukan.
  • Kemudian anda perlu kecilkan api dan masukkan udang, petai dan masukkan juga daun kunyit yang telah dibasuh yang telah dihiris nipis. Biar mereneh seketika.
  • Masukkan garam dan gula secukup rasa.
  • Boleh dihidang

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com

Monday 24 August 2015

RESEPI AIS LIMAU ASAM BOI MENGGODA NAFSU DAHAGA


Bahan-bahan yang perlu:
  • Asam boi (selalunya warna kelabu atau perang)
  • Perahan air limau kasturi (dalam 30-40 biji)
  • Air gula secukupnya
  • Air secukupnya
  • Ais batu secukupnya

Cara-cara untuk membuatnya:
  • Permulaannya anda perlu buat air gula caranya dengan gula dimasak dengan air, masak atas dapur.
  • Kemudian anda perlu rebuskan asam boi hingga agak kembang, dan ambil air asam boi tersebut sedikit sahaja.
  • Perah air limau kasturi dan tapiskan bijinya dan masukkan ke dalam jug
  • Seterusnya masukkan air dan air gula ke dalam jug dan perlu kacau sehingga tahap kemanisan yang sesuai untuk di minum.
  • Akhir sekali, anda masukkan ais serta masukkan asam boi yang telah kembang direbus tadi. Air asam boi tersebut boleh juga dicampurkan sedikit bergantung kepada kemahuan anda. Yang penting semuanya mesti sekata dan jangan terlebih masam pula..Ikut selera anda.
  • Setelah siap semua, boleh la di hidang & di minum untuk menghilangkan dahaga.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


Friday 21 August 2015

RESEPI AIR ASAM IKAN BAKAR MELELEH AIR LIUR


Bahan-bahannya :
  • 3 biji cili merah
  • 10 biji cili padi
  • 1 cawan air asam jawa
  • 2 cawan air masak,
  • 3 sudu gula,
  • 1 sudu garam.
  • 1 biji bawang besar
  • 3 biji bawang kecil
  • 2 biji tomato
  • ½ biji lemon
  • Belacan yang telah dibakar
Caranya penyediaannya :
  • Racik atau potong halus cili padi, cili merah
  • Potong nipis bawang besar, bawang kecil, 
  • Potong dadu tomato atau ikut suka.
  • Masukkan semua bahan tadi kedalam mangkuk
  • Masukkan air asam dan juga air masak
  • Gaulkan sekali dengan belacan bakar
  • Perah ½ biji lemon
  • Letakkan gula dan garam secukup rasa
  • Kacau sehingga sebati dan siap untuk dihidangkan bersama ikan bakar atau daging bakar. Memang terbaik dan selamat mencuba !!!

**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini >>> www.resepiroticanai.com


Monday 17 August 2015

RESEPI CARA BUAT LAKSAM YANG MENGUKIR SELERA


Penyediaan Laksam

Bahan-Bahannya:
  • 1 cawan tepung gandum
  • 3 cawan tepung beras
  • sedikit garam
  • 4 3/4 cawan air suam
  • 2-3 sudu besar minyak masak
Anda perlu campurkan semua bahan-bahan di atas sehingga sebati. Kemudian diketepikan dulu

Cara Penyediaan Laksam:
  • Permulaannya anda perlu panaskan periuk kukusan.
  • Kemudian dapatkan serta sediakan loyang yang disapu dengan minyak masak
  • Anda masukkan bancuhan tepung yang telah sebati tadi tadi ke dalam loyang.Pastikan jangan terlalu tebal dan jangan nipis sangat. kalau boleh guna 2- 3 senduk dalam setiap adunan.
  • Kemudian anda kukus bancuhan tepung dalam 4-5 minit..
  • Akhir sekali angkat loyang dan alirkan bawah loyang dengan air paip supaya sejuk untuk memudahkan laksam tersebut keluar dari loyang dan anda boleh gunakan hujung sudu untuk keluarkan laksam tersebut.

Penyediaan Kuah Laksam

Bahan-Bahannya:
  • 4 ekor ikan kembung direbus hingga masak. Air rebusan hanya pada paras ikan saje. Air rebusan ikan tadi jangan pula dibuang dan boleh digunakan untuk membuat kuah.
  • 4 ulas bawang putih
  • 4 biji bawang sederhana besar
  • 1 inci halia
  • 1/2 sudu besar lada hitam perlu ditumbuk dengan halus
  • 1/2 periuk santan pekat
  • 3 keping asam gelugur
  • Sedikit garam dan gula
  • Sedikit belacan – jika mahu

Cara Penyediaan Kuah Laksam:
  • Permulaannya ikan kembung yang telah direbus diambil isinya sahaja dan air rebusan ikan  
  • Kemudian bawang putih dan bawang besar serta juga halia diracik-racik kecil, belacan perlu di kisar bersama-sama dengan isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan ke dalam blender supaya senang bagi proses pengisaran.
  • Setelah itu anda masukkan bahan-bahan yang  dikisar tadi kedalam periuk bersama dengan santan dan jangan lupa masukkan juga baki air rebusan ikan kembung tadi. 
  • Kemudian anda masukkan lada hitam yang ditumbuk halus, juga asam keeping dan sedikit garam dan gula secukupnya
  • Setelah itu anda masak sehingga mendidih dengan api sederhana

Dihiris Halus Untuk Ulaman
  • Kacang panjang
  • Timun
  • Taugeh
  • Kubis

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com


Friday 14 August 2015

RESEPI KEK PISANG KUKUS GEBU GERAM DIBUATNYA


Bahan-bahannya
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu kecil soda bikarbonat
  • 1 sudu kecil baking powder
*bahan di atas perlu di ayak bersama.
  • 4 @ 5 biji pisang dileyek – tidak kisah pisang apa pun
  • 3/4 cawan minyak mazola
  • 4 biji telur size A
  • 1 cawan gula (ikut tahap kemanisan yang anda suka)
  • 1 sudu kecil esen pisang

Cara - cara membuatnya :
  • Permulaannya telur dipukul sehingga kembang
  • Kemudian anda campurkan gula dengan minyak
  • Selepas itu gaul sebati telur dgn minyak dan gula..
  • Kemudian anda bolehlah masukan tepung yang telah ayak tadi sedikit demi sedikit bersama dengan esen pisang
  • Masukkan adunan tadi ke dalam Loyang dan kukus selama 45 minit @ sehingga masak.

**Jika anda ingin mempelajari panduan pembuatan kek kukus yang sedap untuk perniagaan atau makan sendiri anda boleh kunjungi website ini di sini >>> www. PanduanKek&Deco.com



Monday 10 August 2015

RESEPI NIKMATI KEPUASAN SOTONG GORENG KUNYIT


Bahan-Bahan:

1 kilo sotong - dipotong bulat
4 bawang besar - perlu dihiris halus
3 ulas bawang putih - perlu dihiris halus
4 tangkai cili merah - perlu dihiris halus
2 sudu kecil kunyit serbuk
3 biji limau nipis
Garam dan gula secukup rasa
Sedikit minyak

Cara-Cara Membuatnya:
  • Permulaan sekali sotong perlu dibersihkan, dicuci dengan limau nipis dan dipotong bulat. Kemudian di gaul dengan kunyit.
  • Selepas itu anda panaskan minyak dan perlu tumis bawang putih, bawang besar dan cili merah.
  • Setelah naik bau wangi anda bolehlah masukkan sotong yang telah digaulkan dengan kunyit tadi, Masukkan sedikit garam dan gula secukup rasa.
  • Jika anda dapati masakan anda terlalu kering,anda bolehlah ditambah sedikit air.
  • Apabila telah mendidih, bolehlah diangkat dan sedia untuk dihidang

**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini  >>> www.resepiroticanai.com


Friday 7 August 2015

RESEPI CITARASA UDANG BAKAR BERKEJU


Bahan-Bahannya :

800 gram udang harimau
300 gram keju
150 gram mentega
50 gram bawang putih(dicincang halus-halus)
15 gram garam
15 gram serbuk perasa
25 gram gula
60 gram susu cair


Cara-Caranya Membuatnya:
  • Permulaannya adalah dengan membelah dua dibelakang udang harimau.
  • Kemudian anda perapkan udang harimau dengan bawang putih, garam, serbuk perasa dan gula. Setelah itu biarkan kira-kira 15 minit.
  • Kemudiannya susun kepingan keju pada bahagian tengah udang. Diikuti dengan susu cair.
  • Setelah siap semuanya anda bolehlah susun udang atas dulang yang disapu mentega. Bakar dalam ketuhar pada suhu sederhana kira-kira 10 minit.
  • Boleh dihidang panas-panas.


** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


Monday 3 August 2015

RESEPI GULAI LEMAK KETAM MEMBANGKITKAN SELERA


Bahan-Bahan A 
1.5 kg ketam
7 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
22 biji cili api
4 inci kunyit
5 batang serai
( Semua bahan-bahan ini perlu dikisar kecuali ketam )

Bahan-Bahan B
1 cawan air
1 mangkuk santan pekat
Sedikit gula dan garam secukup rasa
3 keping asam gelugur
3 helai daun kunyit di hiris

Cara-Caranya Membuatnya
  • Permulaanya anda masukan ketam yang telah dibersihkan di dalam kuali bersama dengan bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
  • Anda perlu memasang api yang sederhana perlahan dan seterusnya masukan 1 cawan air. Anda tunggu sehingga naik bau dan seterusnya bolehlah dimasukan bahan-bahan perasa iaitu sedikit garam, sedikit gula dan asam gelugur.
  • Selepas itu anda bolehlah masukkan santan pekat dan kacau perlahan-lahan supaya santan tersebut tidak pecah minyak.
  • Sebelum kuah mendidih, anda masukkan daun kunyit sehingga gulai ketam betul-betul masak.
  • Akhir sekali setelah masak, anda boleh angkat dan sedia untuk dihidang.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...