Monday 28 September 2015

RESEPI SIPUT SEDUT MASAK KICAP MENUSUK NAFSU SELERA


Bahan-bahannya :
  • 800 gram siput sedut – perlu potong ekornya dan dibersihkan
  • 2 biji telur ayam
  • 6 biji bawang merah
  • 4 biji bawang putih
  • 10 biji cili api
  • Setengah inci halia
  • Kicap pekat
  • Garam, dan gula secukup rasa
  • Minyak untuk menumis

Cara-caranya penyediaannya :
  • Permulaannya bawang merah, putih dan halia ditumbuk kasar. Kemudian telur dipukul sehingga kembang kemudian ketepikan.
  • Selepas itu panaskan minyak, tumis bawang dan halia yang telah ditumbuk kasar tadi. Setelah naik bau, anda bolehlah masukkan siput sedut yang telah dibersihkan tadi. Seterusnya gaul sehingga rata dan anda dapati air dari siput sedut akan keluar perlahan-lahan.
  • Setelah itu, masukkan kicap pekat dalam anggaran 4-5 camca besar dan gaul sebati.
  • Kemudiannya masukkan garam, dan gula secukup rasa serta gaul sehingga kuah kicap bertambah pekat.
  • Apabila kuah kelihatan hampir-hampir pekat, anda bolehlah masukkan telur yang telah dipukul  tadi dan gaul sehingga sebati sehingga adunan telur kelihatan melekat pada kulit siput tadi.
  • Apabila siput dan airnya hampir-hampir kering, bolehlah diangkat dan hidangkan.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari, anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



Friday 25 September 2015

RESEPI SOTONG MASAK KICAP MENERJAH SELERA


Bahan-bahan: 
  • 800 gram sotong – dibersihkan
  • 4 biji cili merah - hiris halus
  • 4 biji cili hijau - hiris halus
  • 2 biji bawang besar - dihiris bulat
  • Sedikit serbuk kunyit
  • Kicap masin secukupnya 
  • Sedikit air asam jawa
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa

Cara-cara penyediaan:

  • Permulaannya anda perlu gaul sotong dengan sedikit garam, serbuk kunyit secara sekata dan sebati
  • Kemudian anda panaskan sedikit minyak dan tumis sotong tadi.
  • kemudiannya tutup kuali dan biarkan air sotong kering. Anda perlu sentiasa berjaga-jaga jangan sampai kering hangus pula.
  • Seterusnya apabila air sotong sudah kering, anda masukkan air asam jawa. Kacau sebati, diikuti gula dan kicap masin secukupnya. Kacau lagi sehingga semuanya sebati.
  • setelah itu masukkan hirisan lada hijau dan lada merah serta bawang besar dan perlu kacau lagi.
  • Akhir sekali, perlahankan api, tutup semula kuali dan bila lada dan bawang mula layu barulah boleh dihidangkan


**Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi cara-cara untuk penyediaan aneka roti canai dan murtabak serta kuahnya untuk bisnes dan makan sendiri. Boleh layari website dan klik link ini >>> www.resepiroticanai.com


Monday 21 September 2015

RESEPI SUP IKAN MERAH YANG PALING MENYEGAT RASANYA


Bahan-bahan: Menu 2-3 orang
  • Seekor Ikan merah sederhana besar dan potong  mengikut kehendak anda (perlu dicuci sehingga bersih dengan limau nipis untuk hilang bau hanyir )
  • 3 biji bawang putih ( dicincang halus )
  • 1 biji bawang besar ( dihiris kasar )
  • 2 biji tomato ( dipotong 4 )
  • 1 biji carrot ( dipotong mengikut kehendak anda)
  • 1 bungkus sup bunjut ikan
  • 3 inci halia ( dihiris halus )
  • 8 biji cili api ( dihiris halus )
  • 1 liter air
  • Garam n lada hitam secukup rasa

Cara-cara penyediaannya:
  • Permulaannya anda perlu panaskan air sehingga menggelegak.
  • Seterusnya  masukkan halia yang telah dihiris halus, bawang putih dan juga bawang besar serta anda masukkan sup bunjut ikan.
  • Kemudian anda perlu kacau sekejap dan kecilkan api.
  • Selepas beberapa minit anda boleh masukkan kepingan ikan merah dan kacau.
  • Perlu diingatkan api hendaklah sederhana besar dan masak sampai ikan bertukar warna.
  • Setelah hampir masak, masukkan carrot, garam dan lada hitam kacau dengan perlahan dan anda bolehlah sesuaikan rasa agar sekata.. Apabila rasa sudah sebati, anda boleh masukkan hirisan cili api, tomato dan kacau dengan perlahan serta sedia untuk dihidangkan.

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...