Monday, 2 November 2015

RESEPI SUP EKOR MELAHAR PANASNYA


Bahan-Bahan:

  • 1 kg ekor lembu (dihiris sederhana)
  • 1 biji lobak merah
  • 1 biji bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 100 gm daun saderi
  • Cili, halia, kayu manis, bunga cengkih & biji lada secukup rasa   

Hiasan:
  • 200 gm sayur campur (brokoli, tauge, asparagus, lobak merah & daun bawang kucai) - pilihan jika mahu
  • ½ sudu kecil cili (dihiris halus)

Cara Penyediaanya:
  • Permulaannya anda perlu ambil lobak merah, bawang besar, bawang putih, daun saderi untuk dihiris panjang. 
  • Masukkan ekor, hirisan lobak merah, daun saderi, bawang besar, bawang putih & rempah di dalam periuk. 
  • Kemudian masukkan air secukupnya & masak 5 jam menggunakan api perlahan. Buang buihnya apabila ia timbul. 
  • Setelah itu tapis air berkenaan, asingkan ekor & sayur. Letakkan ekor dalam mangkuk dan tabur brokoli, tauge, asparagus, lobak merah dan daun bawang kucai yang dijerang bersama air masin selama 1/2 minit. 
  • Masukkan bahan perasa (garam, lada dan herba kegemaran anda) ke dalam sup mengikut rasa. Kemudian tuang ke dalam mangkuk berisi ekor.
  • Sedia untuk dihidang

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Muffin yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.buatmuffin.com


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...