Friday, 9 September 2011

CARA YANG MENAKJUBKAN MENCARI JUZUK DALAM Al-QURAN

Salam sume..disini saya nak sharekan sesuatu yang boleh kita cuba apabila kita mau cari juzuk al-quran dengan mudah..Rupanya ada formula untuk mencari mukasurat juzuk tanpa melihat kepada Kandungan Al-Quran.
Hehehehe...Memang menakjubkan kerana hanya dengan menggunakan formula matematik ringkas, kita dapat tau muka surat setiap juzuk Al-Quran.

Pernahkah anda mengalami kesukaran mencari muka surat sesuatu juzuk dalam al-Quran? Tahukah anda ada formula mudah yang boleh anda gunakan untuk mencari juzuk-juzuk di dalam al-Quran.
Nak tahu formula mudah tersebut? Teruskan bacaan anda…..

Jom sama-sama kita belajar…

Contoh 1
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 5 berada di muka surat berapa? Begini caranya ;
  1. Juzuk 5 ditolak dengan 1 (5 – 1 = 4)
  2. 4 perlu didarab dengan 2 (4 x 2 = 8)
  3. Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan tadi (iaitu menjadi 82)
Jadi, juzuk 5 adalah berada pada muka surat 82. Sekarang cuba lihat dalam Quran dan anda akan lihat Juzuk 5 bermula pada muka surat yang ke-82. Mudah dan menarik kan?
Contoh 2
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 10 berada dalam muka surat yang ke berapa? Begini caranya (seperti diatas) ;
  1. Juzuk 10 ditolak dengan 1 (10 – 1 = 9)
  2. 9 perlu didarab dengan 2 (jadi 9 x 2 = 18)
  3. Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (menjadi 182)
Jadi, permulaan juzuk 10 adalah terletak pada muka surat 182.
Contoh 3
Jika anda ingin mengetahui Juzuk 23 di halaman ke berapa? Kiraan sama seperti di atas ;
  1. Juzuk 23 – 1  =  22
  2. 22 perlu didarab dengan 2 (jadi 22 x 2 = 44)
  3. Kemudian letakkan no 2 selepas jawapan (442)
Jadi, permulaan juzuk 23 adalah berada pada halaman 442.
Subhanallah, memang menakjubkan. Cubalah kalau tak percaya….! 

Wednesday, 7 September 2011

9 RAHSIA DOA MUSTAJAB

Salam..artikel hari ni saya nak sharekan kepada anda semua..sebab kite selalu berdoa tapi xmakbul2 pun..betul x..letih & putus asa bila xdimakbulkan apa yang dihajatkan.

Alhamdulillah saya ada amalkan petua ini..subhanallah berkat kesabaran doa saya dimakbulkan sedikit demi sedikit tapi kene la banyak bersabar.syukur pada mu Ya ALLAH



Berikut adalah sembilan petua daripada Rasulluah s.a.w untuk mencapai doa mustajab.
  1. Anas bin Malik meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda: ”Doa antara azan dan iqamat tidak akan ditolak.”
  2. Sesungguhnya Rasulluah bersabda : ”Allah akan turun ke langit dunia setiap malam iaitu sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman: ”Sesiapa yang berdoa kepada-Ku, maka aku akan menerima permintaannya dan sesiapa yang meminta keampunan daripada-Ku maka aku akan mengampuninya.
  3. Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda "Tiga orang yang tidak ditolak doanya iaitu pemimpin yang adil, orang berpuasa ketika dia berbuka dan orang yang dianaya. Allah mengankat doa-doa itu ke awan dan pintu-pintu langit dibuka.”
  4. Ibnu Abbas meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: ”Aku dilarang membaca Al-Quran ketika sujud dan rukuk. Waktu yang paling dekat antara hamba dan Tuhan-Nya adalah ketika sujud maka perbanyakkanlah doa ketika itu.”
  5. Hadis Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda: ” Jika kamu mendengar ayam jantan berkokok, pohonlah kurnia daripada Allah kerana sesungguhnya binatang itu melihat malaikat. ”Jika kamu mendengar keldai memekik, pohonlah perlindungan daripada Allah daripada godaan syaitan kerana binatang trsebut melihat syaitan. ”
  6. Ubadah bin As-Shamit berkata bahawa Rasulullah bersabda: ”sesiapa yang bangun pada malam hari dan mengatakan atau berdoa, doanya akan dimakbulkan.”Apabila beliau berwuduk (dan mengerjakan solat malam), solatnya akan diterima Allah.”
  7. Ata bin Abi Rabah berkata "Telah sampai padaku bahawa Rasulluah bersabda "Sesiapa yang membaca surah Yasin pada permulaan hari maka segala hajatnya akan dipenuhkan.”
  8. Hadis daripada Abu Hurairah, Rasulullah bersabda: ”Doa seseorang itu akan dimakbulkan selagi dia tidak terburu-buru menyebabkan dia berkata: ’Aku berdoa tapi tidak dimakbulkan.’
  9. Hadis daripada Abu Hurairah: Rasulullah memperkatakan mengenai hari Jumaat. Lalu baginda bersabda "Pada hari Jumaat itu ada suatu saat. Bila mana seorang Muslim dapat menepatinya dalam keadaan sedang berdoa memohon sesuatu daripada Allah, pasti dia akan dianugerahkan apa yang dipohonnya itu.”


Saya yakin apabila anda buat ke semua 9 tip @ petua ini, maka Insyallah segala hajat kita dimakbulkan oleh ALLAH..yang penting kita kene yakin..aminnn

Tuesday, 6 September 2011

RAHSIA LAILATULQADAR



Semua umat islam ingin mendapat malam al-Qadar atau Lailatul Qadar. Sebab ganjaran untuk malam Lailatul Qadar sangat lumayan dan istimewa. Nilai pahalanya seperti beribadah 1,000 bulan. Siapa yang tak mahu, kan?

Jadi, semua umat islam sedaya upaya tercari-cari malam 1,000 bulan itu. Persoalannya?

·   Siapa yang tahu bilakah malam itu akan muncul?
·   Bagaimanakah caranya untuk dapatkan Lailatulqadar?
·   Sekiranya berjumpa dengan malam Lailatul Qadar, apakah yang  hendak kita pohonkan?    
    Amalan apakah yang patut kita lakukan?
·   Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?


Soalan : Siapakah yang tahu bila Lailatul Qadar berlaku?
Jawapannya : TIADA SIAPA yang tahu. Lailatul Qadar adalah rahsia Allah ta’ala. Hatta Rasulullah SAW pun hanya suruh kita cari Lailatul Qadar pada 10 malam terakhir Ramadhan. Baginda sendiri melipat gandakan usaha dan berusaha sehabis baik untuk mendapatkan Lailatul Qadar. Kita bagaimana?

Soalan : Bagaimanakah caranya untuk mendapatkan Lailatulqadar?
Daripada Aishah r.a.”Bahawasanya Nabi s.a.w beriktikaf pada sepuluh hari terakhir di bulan Ramadhan, sehinggalah baginda wafat, kemudian para isteri baginda meneruskan amalan beriktikaf selepas kewafatannya”.
Iktikaf bererti berhenti dan berada di dalam masjid, berhenti dari segala urusan dunia, disertai niat untuk berhenti di dalam masjid sambil melakukan amalan seperti membaca al-quran, bertasbih dan sembahyang. Kebiasaannya Nabi Muhammad s.a.w. beriktikaf dengan memasuki masjid mulai petang 19 Ramdahan selepas waktu Asar dan tidak keluar sehinggalah selepas Maghrib hari terakhir Ramadhan. Isteri-isteri Baginda Mulia pula beriktikaf di rumah masing-masing iaitu di tempat yang biasanya mereka bersembahyang.
Jika kita tidak dapat beriktikaf di masjid sepanjang 10 akhir Ramadhan, maka berdoalah agar dipertemukan dengan Lailatul Qadar dan bangunlah beribadat di sepertiga akhir malam.
Soalan : Sekiranya berjumpa dengan Lailatul Qadar, apakah yang hendak kita pohonkan? Amalan apakah yang patut kita lakukan?
Bangunlah beribadah pada sepertiga akhir malam. Bangunlah kira-kira dalam pukul 2-3 pagi. Lakukan apa jua amalan misalnya membaca quran, sembahyang sunat, berzikir atau memikirkan kebesaran Allah kerana sesiapa yang bertemu dengannya dalam keadaan melakukan apa jua ibadat akan mendapat pahala seperti beribadat atau berfikir kebesaran Allah selama 1,000 bulan atau 84 tahun.
Boleh juga mengamalkanlah zikir berpahala 2 juta ini semasa berjaga malam mencari Malam Qadar (Lailatul Qadar).
Dari Abdullah bin Abi Aufa r.a., Rasulullah saw. bersabda, Sesiapa membaca Laa ilaaha illallah wahdahu laa syariikalah ahadan somadan lam yalid walam yuulad walam yakun lahu kufuwan ahad, maka Allah akan menulis baginya dua juta kebaikan (Riwayat Thabrani).
Soalan: Apakah yang patut kita doa pada malam al-Qadar?
Telah diriwayatkan dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha bahawa dia bertanya, “Ya Rasulullah, apa pendapatmu jika aku mendapat Lailatul Qadar (mengetahui terjadinya), apa yang mesti aku ucapkan?”
Baginda SAW menjawab,“Ucapkanlah, Allahumma innaka ‘afuwwun karim, tuhibbull ‘afwa , fa’fu ‘anni (Ya Allah Engkau Maha Pengampun dan Mencintai orang yang meminta ampunan, maka ampunilah aku.)
(Hadis Riwayat at-Tirmidzi (3760), Ibnu Majah (3850) dari ‘Aisyah radhiyallahu ‘anha. Sanadnya sahih)

Soalan : Bagaimanakah kita boleh mengetahui yang kita mungkin telah mendapat Lailatul Qadar?
Sebagai perumpamaan : Orang yang menembak akan mengetahui samada tembakannya itu telah mengenai sasaran (misalnya burung yang ditembak). Walaupun dia tidak melihat burung itu mati, tetapi dia boleh/dapat merasainya.
Selain itu boleh juga dengan melihat pada amalan kita di tahun berikutnya, adakah amalan kita semakin bertambah atau semaking berkurangan, misalnya kita semakin kerap berjemaah di masjid bagi kaum lelaki. Begitu juga dengan kejahatan, apakah kita mampu meninggalkan kejahatan atau dosa yang biasa dilakukan pada tahun sebelumnya. Perubahan baik kepada amalan kita adalah tanda seseorang untuk Mengetahui Yang Dia Telah Mendapat Lailatul Qadar.
Sekian. Semoga apa yang dikongsikan ini dapat kita sama-sama ambil peringatan dan amalkan mana yang boleh.

Sebelum saya tutup N3 kali ini, saya nak kongsi 1 gambar carta menunjukkan jangkaan bilakah Lailatul Qadar akan berlaku berdasarkan pendapat para sahabat rodhiallahu’anhum dan ulama’ silam.


Marilah kita sama-sama berusaha mendapatkan Lailatul Qadar kerana ianya cukup istimewa hanya untuk kita, ummat Nabi Muhammad SAW.


Saya berdoa semoga Allah mengurniakan kekuatan kepada kita semua untuk beribadah sebanyak mungkin pada saki-baki Ramadhan yang masih ada ini. Aaminn.







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...