Thursday, 24 January 2013

TIPS eBAY


PILIH BARANG MENDAPAT PERMINTAAN DI eBAY
Anda boleh menjual pelbagai jenis barang di eBay..tetapi cara yang sesuai adalah menjual barang yang mendapat permintaan tinggi dari pelanggan-pelanggan di seluruh dunia. Anda boleh menjual “bantal peluk” di eBay. Namun itu adalah tindakan yang kurang bijak bagi usahawan internet seperti anda..malah di eBay jika anda menjual barang yang kurang mendapat permintaan maka keuntungan anda pun sedikit..
Jadi jika anda ada barangan yang terbaik untuk dijual, maka anda perlu fikirkan dahulu sebelum buat keputusan. Anda perlu kaji potensi dan permintaan barangan berkenaan. Anda juga perlu teliti dari segi adakah barangan itu mendapat keuntungan bila dijual di portal eBay.
MEMILIH TAJUK LISTING YANG TEPAT DAN NICHE PASTI BOOM
Anda perlu tulis setiap tajuk listing yang ingin dijual dengan perkataan yang ada niche, tepat dan yang menarik perhatian, jangan terlalu ikut sedap ayat saja. Tulis tajuk listing yang padat dan ringkas yang mengambarkan produk yang ingin dijual.
Ini bagi memastikan tajuk listing yang ringkas dan tepat akan muncul bila pembeli membuat carian di portal eBay. Penggunaan tajuk listing yang tepat dan yang ada niche akan mengurangkan pertanyaan dari bakal pembeli produk.
Sebagai contoh kepada anda yang ingin menjual produk di eBay..Jangan tulis ‘PlayStation 3’. Tetapi tulislah dengan cara begini, “PlayStation 3 Wireless Keypad Attached to a DualShock 3 Controller”…barulah tajuk listing yang tepat dan spesifik.

Dapatkan segera Panduan Pakej Jana Trafik eBay untuk tingkatkan trafik eBay anda.

Sila klik Link dibawah : 

Sila klik Banner dibawah :





AMALKAN KONSEP TELUS
Anda sebagai usahawan internet eBay perlulah bersikap telus dan jujur. Sekiranya anda jujur dalam perniagaan, anda tidak rugi apa-apa. Dengan cara anda menerangkan fungsi produk seperti contoh kelebihan produk, warranty dan kekurangan tentang produk yang anda jual, maka anda akan dapat reputasi dan penghargaan yang baik dari pembeli.
“Reputasi dan penghargaan dari para pembeli boleh 
meningkatkan jumlah jualan”
Maksud saya anda perlu bersikap telus dan jujur ialah sekiranya ada calar, kerosakan sedikit pada produk yang kita ingin jual, maka anda perlu besikap jujur dengan menyatakan dalam ruangan “description”. Anda tidak perlu risau kerana mungkin kita mendapat harga yang rendah disebabkan kejujuran kita. Sekurang-kurangnya ada jualan dan keuntungan walaupun rendah. Tetapi jika kita menipu, ianya akan menjatuhkan reputasi kita.
LETAK KUALITI GAMBAR YANG BERMUTU
Kualiti gambar yang bermutu perlu diutamakan. Tiada guna sama sekali sekiranya anda meletakkan gambar yang banyak tetapi semua gambar tersebut adalah berkualiti rendah. Jadi keluarkan sedikit wang untuk dapatkan gambar yang bermutu dengan menggunakan khidmat jurugambar professional. Jualan produk yang terbaik perlulah sekurang-kurangnya ada 3 kualiti gambar yang bermutu.
JUAL DENGAN HARGA YANG BERPATUTAN

Anda perlu meletakkan harga yang berpatutan sesuai dengan produk yang ingin anda jual..Jika anda menjual produk yang popular dan mendapat permintaan yang tinggi, maka disarankan supaya anda menetapkan harga permulaan yang rendah/munasabah dan selepas itu, anda biarkan pasaran yang menaikkan harga.
Jika anda tidak berani meletak harga yang rendah, maka anda boleh meletakkan harga serendah yang mampu anda terima. Walaupun produk berkenaan tidak mendadak untuk mendapat harga yang tinggi tetapi, sekurang-kurangya harga yang anda tetapkan itu tidak merugikan anda.
PILIHAN WAKTU LISTING YANG SESUAI
Berikut adalah tip waktu untuk memulakan listing dan disarankan masa yang sesuai untuk listing di eBay adalah sepeti berikut :

US: 8.30am – 11.30am
UK: 11.30am – 4.00am
AU: 4.00pm – 7.00pm


Waktu diatas ialah waktu Malaysia. Sebenarnya, tiada waktu yang paling tepat untuk buat listing di eBay. Jadi terpulang pada anda memilih waktu yang sesuai untuk listing anda.Ada yang mengatakan bahawa bidaan yang terakhir pada malam minggu (Ahad) akan mendapat ramai pelawat. Tambahan lagi kalau kena waktu puncak bilamana orang ramai mengadap eBay, lagi la ramai bidder.

Dapatkan segera Panduan Pakej Jana Trafik eBay untuk jana trafik wang tanpa henti dan strategi "mencuri" trafik di eBay dengan mudah dan pantas.

Sila klik Link di bawah :

Panduan Pakej Jana Trafik eBay

Sila klik Banner dibawah :



6 comments:

  1. memilih masa yang tepat dalam listing barang di ebay memang perlu agar listing mendapat banyak trafik

    ReplyDelete
  2. Tepat tuan..pemilihan masa yang betul blh bg pulangan keuntungan yang byk

    ReplyDelete
  3. salam..tq atas info ebay nie..

    ReplyDelete
  4. sy bru nk brjinak2 dlm bisnes ebay nii..blh saudara atau saudari tnjukkn caranya kpd sy...hehe..malu brtanya sesat jalan....:)

    ReplyDelete
  5. sang bitara blh rujuk panduan bisnes ebay kat sini : http://goo.gl/iRF7cP..pasti berbaloi

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...