Hari ni aku tengok kat facebook ramai pulak yang dok makan churros..Katanya sedap..Meleleh jugak air liur aku ni..Yela asik buka je facebook nampak gambar churros..Dengan itu, macam biasa aku pun dengan sengehnya minta wife aku buat churros ni..Beliau pun mencari di google dan akhirnya dapat resepi melalui blog Kak Hana iaitu hanamemories.blogspot...Meh aku kongsikan resepi tu
Bahan-bahannya:
- 1 cawan air
- 2 sudu besar gula
- 2 cawan tepung
- 2 biji telur
- 1 sudu teh garam
- 2 sudu besar butter/minyak masak.
Cara-caranya:
- Permulaannya anda perlu didihkan air. Kemudian masukkan gula, garam dan butter. Bila dah sebati ketiga-tiga bahan, perlahankan api.
- Selepas itu anda masukkan tepung dengan cepat. Untuk elakkan tepung berketul. Masukkan tepung secara menabur. Bukan sekaligus. Kemudian kacau sampai sebati. Masa ni nak tutup api pun boleh dah.
- Kemudian angkat dari dapur. Masukkan telur. Kacau lagi sampai sebati.
- Tunggu sejuk sedikit. Kemudian bolehlah terap guna acuan bentuk bintang yang dimasukkan dalam piping.
- Kemudian goreng sehingga kuning keemasan.
- Akhir sekali sebelu dihidang, angkat dan taburkan dengan gula halus. Boleh juga dimakan dengan nutella.
** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan KEK yang amat mudah dan disukai oleh family dan anak-anak, anda boleh layari website ini dan klik link ini>>> www.PanduanKek&Deco.com