Showing posts with label TIPS HARTANAH. Show all posts
Showing posts with label TIPS HARTANAH. Show all posts

Thursday, 2 January 2014

5 SASARAN UNTUK TAHUN 2014


5 Sasaran untuk di realisasikan dalam Tahun 2014

Sasaran 1# Tambah pendapatan dalam bisnes affiliate..Tahun 2013 pendapatan dalam bisnes affiliate sekitar RM200 sebulan..Semestinya sasaran untuk tahun 2014 ini adalah memperkukuhkan strategi dan ingin capai target untuk dapat hasil bulanan dalam affiliate sekitar RM 500 sebulan..Itu pun sudah mencukupi..Jika anda berminat untuk tambah pendapatan, saya syorkan anda ceburi dunia affiliate..Dapatkan panduan disini : Bagaimana Menjana Income Lumayan Di Internet

Sasaran 2# Keinginan untuk menambah dan miliki hartanah..Sasaran tahun 2014, adalah mahu mencari hartanah di kawasan yang strategik dan ingin mencari rumah lelong untuk pelaburan hartanah jangka masa panjang..Sekarang ini syukur dengan apa yang ada tetapi pelaburan hartanah mampu memberi pulangan yang lebih besar dan berbaloi..Jika anda berminat untuk tambah pendapatan melalui hartanah, saya syorkan anda dapatkan panduan dibawah ini : 

Sasaran 3# Ingin sentiasa mengamalkan sedekah..Saya percaya dengan sedekah walaupun sedikit mampu memberi pulangan lebih dari apa yang kita sedekahkan..Yang penting keikhlasan..Malah kita akan dapat pulangan pelaburan / nikmat / pahala yang tidak terhingga melalui sedekah berkenaan bukan sahaja di dunia tetapi di akhirat juga..Disini saya ingin kongsikan ebook yang saya selalu baca iaitu : Seru Rezeki Dengan Sedekah 

Sasaran 4# Ingin turunkan berat badan..Maklumlah berat badan dah naik sebab asyik makan je tak tentu masa..Malah kurang jogging dan excersize..hehe..Dan permulaan Tahun 2014 ini adalah ingin kuruskan badan dan ingin makan makanan yang berkhasiat..Panduan yang di syorkan adalah : 

Sasaran 5# Ingin hasilkan ebook sendiri..Dah lama nak buat ebook tapi tak berhasil juga..Maklumlah sibuk dengan urusan kerja dipejabat..hehe..eBook tersebut adalah untuk niche-niche tertentu agar dapat menjadi rujukan kepada anda semua..Malah dengan hasilkan ebook sendiri ini, ia mampu memberi pulangan pendapatan adalah lebih besar..Panduan yang di syorkan adalah : Rahsia Menjana RM50 Ribu Dengan Jual Ebook


Sunday, 17 February 2013

TIPS MUDAH UNTUK PELABURAN HARTANAH




REKOD PEMAJU

Perkara yang paling utama dalam pelaburan hartanah adalah Pemaju..Anda perlu pastikan pemaju yang menjalankan projek perumahan bagi pelaburan anda mempunyai rekod yang baik dalam menghasilkan projek berkualiti.. Jika pemaju sedang membangunkan projek yang baru dan anda berminat dengan projek tersebut,maka saya cadangkan supaya anda lakukan serba sedikit kajian mengenai projek-projek mereka yang terdahulu. Kajian terhadap pemaju adalah perlu supaya anda dapat meneliti hasil projek yang telah dibangunkan..Jangan terpengaruh dengan nama pemaju yang gah dan ternama..Ini kerana kerap kali terjadi projek besar dengan nama syarikat yang ternama menghasilkan projek yang boleh dikategorikan sebagai LAYU “macam hidup segan mati tak mau”. Oleh itu saranan saya adalah lakukan kajian terperinci terhadap rekod pemaju untuk pelaburan hartanah anda.. Carilah rekod pemaju yang mempunyai kriteria bersih dari rungutan pembeli, menepati masa dalam menyiapkan projek.


KAWASAN YANG STRATEGIK

Jika anda ingin membeli rumah atau hartanah, adalah penting untuk cari kawasan yang betul-betul strategik dan terbaik..Pemilihan kawasan yang tepat juga akan menentukan harga hartanah. Ini akan melibatkan juga risiko dan pulangan kemudian hari..Sekarang ini banyak  kawasan strategik bagi pelaburan hartanah. Antara kawasan yang yang boleh dijadikan pelaburan atau tempat untuk mendirikan/membeli rumah adalah berdekatan dengan kawasan industri serta kawasan yang mempunyai sekolah dan institusi pengajian tinggi seperti universiti atau kolej. Selain itu  sebuah rumah kos sederhana atau rumah kos murah akan lebih menjadi rebutan berbanding rumah kos tinggi, ini adalah kerana setiap individu yang ingin menyewa rumah terbabit juga mahu menyimpan sedikit wang untuk masa depan mereka..Jadi lokasi kawasan yang strategik untuk rumah anda boleh dijadikan salah satu tempat pelaburan untuk anda dan yang bercita-cita jadikan hartanah sebagai pelaburan masa depan


KEUNTUNGAN MASA DEPAN

Setelah anda telah dapat/memilih rumah yang sesuai dengan pelaburan hartanah anda..Ada perkara penting yang anda perlu lihat dan teliti..Adakah rumah berkenaan mendapat pulangan dalam pelaburan hartanah anda?  Jika anda mahukan hartanah yang dibeli adalah sebagai pelaburan untuk masa depan, sekurang-kurangnya anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan yang boleh diberikan oleh hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu. Jadi, anda perlu selalu membuat sedikit kajian tentang kadar sewaan yang menguntungkan, setidak-tidaknya penyewa yang ingin duduk di rumah anda nanti mampu untuk dibuat bayaran balik bagi kos beli rumah dan selenggara hartanah terbabit.


PEMILIHAN BENTUK REKAAN DAN KEPERLUAN SEMASA

Pelaburan hartanah yang anda pilih perlulah praktikaliti dan memenuhi bentuk dan rekaan yang terbaik..Hartanah yang anda pilih perlulah mempunyai ciri-ciri seperti ruang tamu, bilik yang sesuai, dapur, bilik mandi/tandas..Jadi keperluan semasa adalah sekurang-kurangnya mempunyai 3 atau 4 bilik tidur dan 2 bilik mandi/tandas…Jika pemaju masih lagi membina 2 bilik tidur dan 1 bilik mandi..maka sambutan untuk dibeli adalah tidak menggalakan dan tidak sesuai dengan keperluan semasa..Jadi jika anda ingin membuat/membeli hartanah maka anda perlu lihat ciri-ciri berkenaan supaya anda tidak rugi kemudian hari.


PERBANDINGAN HARGA

Anda juga disarankan untuk cuba membuat sedikit kajian perbandingan untuk hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dan sekarang dari segi harga keluasan meter persegi serta modal. Dan dari kajian itu, anda akan tahu adakah pelaburan hartanah yang anda lakukan berbaloi atau tidak..


JARINGAN PERHUBUNGAN AWAM

Lokasi hartanah yang mempunyai nilai yang tinggi adalah yang berada di kawasan kejiranan mempunyai jaringan perhubungan terhadap sekolah, kedai-kedai keperluan harian, berdekatan dengan tempat kerja serta yang paling utama adalah pengangkutan awam seperti LRT, laluan bus dan teksi. Ini adalah perlu untuk keselesaan bagi yang ingin membuat pelaburan hartanah Jika, sekiranya kemudahan ini tidak dapat dihubungkan dengan baik menerusi sistem pengangkutan yang menyeluruh, maka kawasan tersebut boleh adalah kurang kualiti dari aspek pelaburan hartanah. Jadi jaringan perhubungan dan keselesaan adalah aspek penting untuk hartanah berkenaan mendapat pulangan pelaburan dan mempunyai pusingan pasaran serta harga yang tinggi.


KESELESAAN DAN KESELAMATAN

Perkara yang penting dan sering kita terlepas pandang adalah keselesaan dan keselamatan. Jika anda mahu pelaburan hartanah anda berbaloi dan mendapat pulangan, maka anda perlu cari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah. Ini adalah kerana kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang rendah dapat memberi keselesaan serta ketenangan di kalangan penduduk sekitar perumahan berkenaan dan ini secara langsung meningkatkan nilai di kawasan terbabit untuk pelaburan hartanah anda.

RUMUSAN

Dengan segala tips mudah pelaburan hartanah di atas, di harap ia dapat membantu serba sedikit untuk anda membuat pelaburan hartanah dan seterusnya mendapat pulangan yang berlipat kali ganda..Saya sarankan pada anda untuk dapatkan panduan khas mengenai ebook PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL (PTHM) yang tulis khas oleh ENCIK SAUFI KARIM..Insyallah dengan memiliki ebook “PTHM” ini, anda dah tak perlu risau dan pening-pening lagi mencari ilmu pelaburan hartanah yang sebenar. Malah anda tak perlu juga risau lagi tentang masalah tak cukup modal untuk memulakan pelaburan hartanah atau beli rumah sendiri. Ini kerana dalam ebook “PHTM” ini, akan mengajar anda cara untuk membeli rumah TANPA modal walau sesen pun!



Selain itu segala tips, teknik, strategi dan pengalaman ‘real-life’ PROVEN method akan dibongkarkan kepada anda satu-persatu bagaimana untuk melakukan pelaburan hartanah tanpa modal. Jika anda berminat untuk buat tempahan panduan ebook di atas ini..





Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...