Monday, 19 October 2015

MESTI BACA INI TENTANG TAYAR KERETA ANDA


Wahai kawan-kawan yang saya kasihi semua, yeaa kita selalu tukar tayar kereta kan, tetapi selalunya kita main tukar je tanpa kita tahu tayar itu adalah tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan ataupun sebaliknya.Dalam maksud lain tayar itu dah Expired..

Jom kita kenali mengenai Info Pasal tayar kenderaan. Cukup mudah panduan ini untuk anda kenali tayar anda.

1. Kod Tayar Kenderaan.. Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar 65 = Tinggi R = Radial 15 = Saiz / Rim 94 = Had Maksimum Bebanan H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / J

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah; S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan.. Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini.. Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikeluarkan Dari Tahun Semasa (2014); 2012 = 40% 2011 = 60% 2010 = 80% 2009 = Percuma 

Diharap dengan perkongsian ini membantu kita agar tidak ditipu oleh kedai jual tayar. Semoga Info dan panduan ini dapat memberi manfaat kepada kita semua.

**Jika anda tak tahu ilmu-ilmu berharga ini, mereka (pomen) akan kaut untung ratusan ringgit malah sehingga ribuan ringgit dari poket anda, dek kerana kecuaian anda… Sedangkan anda boleh elakkan kerosakan dan pembaziran wang pada pembaikpulihan kereta dengan mempelajari ilmu penjagaan kereta yang sebenar... Dapatkan ilmu kenderaan ini di website ini >>> www.tipskereta.com



Friday, 16 October 2015

BISKUT TIRAMISU SEKALI MAKAN HENDAK LAGI


Bahan-bahannya:
  • 1 paket biskut – anda boleh guna biskut cream creakers jagung (atau pun biskut lain pun boleh)
  • 1 tin susu cair
  • 1/2 tin susu pekat - boleh kurangkan manis jika tidak suka manis
  • 1 cawan air
  • Secubit garam
  • Serbuk milo
  • 4 sudu makan tepung kastard

Cara Penyediaannya:
  • Permulaannya satukan susu cair,susu pekat,tepung kastard,air dan garam ke dalam periuk. Api hendaklah perlahan dan kacau sehingga adunan tersebut menjadi likat.
  • Kemudian tutup api.
  • Seterusnya anda susun biskut kedalam bekas atau Loyang yang bersesuaian.
  • Kemudian sapukan adunan kastard sehingga menutupi lapisan biskut ratakan. Selepas itu anda taburkan serbuk milo (lapisan yang disarankan 5 keping).Akhir sekali lapisan atas, anda sapukan adunan kastard dan lebihkan serbuk milo.
  • Simpan biskut tiramisu di dalam peti ais selama 2-3jam
  • Boleh dihidangkan 

** Jika anda ingin pelajari resepi yang menjadi & cara-cara untuk penyediaan Putu Piring atau Putu Bambu boleh layari website ini dan klik link ini >>> www.rahsiaputu.com


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...