SENTIASA BERFIKIR DAN MENGIKUT
KEHENDAK PEMBACA/PELAWAT ANDA
Untuk menjadi penulis elit pada blog anda, anda perlu sentiasa berfikir, bagaimana untuk menarik
perhatian pembaca anda supaya mereka akan
datang pada setiap masa. Anda perlu menulis berdasarkan
pilihan tajuk yang menarik perhatian pembaca. Lebih dekat anda sampaikan perkara yang sesuai kepada penyelesaian
tuntutan mereka, maka peluang yang lebih cerah kepada anda untuk mereka melawat/datang
ke blog anda lagi dan lagi dan lagi..hehehe.
PASTIKAN ANDA MENINGKATKAN ILMU
PENGETAHUAN WALAUPUN ANDA ADALAH SEORANG PAKAR
Jangan sekali-kali berpuas hati
dengan apa yang anda tahu. Update harian mesti dilakukan,
kerana walaupun ada seorang yang pakar, tetapi masih ada maklumat atau perkara
yang anda tidak tahu..Bukan semua orang perfect. Betul tak….Jadi luaskan ilmu
pengetahuan, sentiasa belajar benda yang baru dan benda berbeza dari rutin
sebenar kita..Ini membolehkan kita mendapat idea-idea yang baru dan terkini..Insyallah anda akan dapat maklumat yang berharga dan boleh
dikongsikan kepada pembaca-pembaca blog anda..
BERUSAHA UNTUK KECEMERLANGAN
Ingatlah bahawa pembaca anda layak menerima
maklumat dan info yang lebih baik dari blog anda. Oleh itu, sentiasa meletakkan tips/maklumat yang terbaik
apabila anda menulis di blog anda. Pastikan anda menjadi yang
sempurna dan anda adalah seorang yang pakar dalam bidang anda. Ini
kerana dengan ilmu yang anda curahkan pada blog anda dan para pembaca
berpuashati dengan maklumat dan ilmu yang anda sampaikan, maka dengan
sendirinya pembaca berkenaan akan datang semula pada blog anda untuk update
info terkini..
SENTIASA MEMBERI DAN MEMINTA KOMEN
Salah satu cara terbaik untuk
mengenal pasti pembaca anda follow artikel menarik anda atau tidak, adalah
dengan meminta komen dari pembaca atau dengan anda meninggalkan komen yang bernas
di akhir artikel anda. Ini sekurang-kurangnya menjadikan artikel anda mendapat
respons dari pembaca anda..Cukup mudah bukan menulis artikel di blog..Dalam masa yang sama trafik blog anda akan meningkat..
No comments:
Post a Comment