Thursday 21 February 2013

TIPS LARISKAN JUALAN BARANG DI WEBSITE ONLINE



Adakah anda inginkan jualan barang anda laris atau dapat sambutan?

Tetapi sebelum anda jual barang secara online..Saya nak tanya adakah website / blog / kedai online anda mempunyai aliran trafik pengunjung yang tinggi tanpa henti..Aliran trafik yang tinggi adalah penting untuk memastikan produk yang ingin di jual laris macam pisang goreng..hehehe..Kalau anda nak tahu cara untuk dapatkan aliran trafik yang tinggi, anda boleh layari website dibawah:-

Sila klik disini : SISTEM TRAFIK PERCUMA FACEBOOK


Namun sebelum itu, ada perkara yang perlu anda ketahui sebelum anda jual barang secara online. Yang paling penting website blog kedai online anda itu harus memenuhi standard yang efektif untuk membuat orang lain mahu membeli produk anda. Mari kita lihat standard yang perlu anda lakukan.


PERMUDAHKAN UNTUK MEMBELI
Pastikan pengunjung yang datang ke website blog kedai online mudah untuk membuat pembelian. Maksudnya disini ialah, jika pengunjung datang ke website blog kedai online anda, pastikan mereka ini tidak tercari-cari bagaimana cara untuk membeli produk anda.

Jika anda menggunakan nombor telefon untuk dihubungi bagi pengunjung yang ingin membuat pembelian produk anda, pastikan nombor telefon anda itu mudah dilihat.

Kalau anda menggunakan borang jualan pesanan, pastikan ia mudah digunakan. Jangan buat borang pesanan yang panjang lebar dan menyusahkan pembeli. Anda buatlah sesimple yang mungkin. Yang penting, semua data yang anda inginkan untuk transaksi ada pada borang berkenaan, ianya sudah mencukupi. Konsepnya disini ialah buat suatu proses pembelian barang yang paling mudah untuk pelanggan anda.


PERKHIDMATAN YANG CEPAT DAN MUDAH 
Anda perlu memberi banyak pilihan perkhidmatan kepada pelanggan anda supaya mereka dapat menghubungi anda sekiranya terdapat perkara-perkara yang ingin mereka ketahui dalam kadar segera.. Anda kalau boleh perlu bersedia menyediakan perhubungan internet untuk Email, Chatting dan perhubungan telefon untuk di Call, SMS, BBM, dan sebagainya.


GAMBAR PRODUK YANG BERKUALITI
Jangan hanya letakkan gambar produk secara membuta tuli pada website online anda. Gambar produk adalah melambangkan kualiti dagangan anda. Dari gambar tersebut, pembeli akan menilai bagaimana produk yang anda tawarkan.

Jadi anda perlu ambil gambar yang berkualiti. Ambil gambar produk secara keseluruhan dan juga beberapa gambar sisi agar pembeli tahu gambaran produk yang anda jual. Gambar produk adalah sangat penting. Ini kerana ia memiliki pengaruh yang tinggi dan secara tidak langsung menaikkan trafik pengunjung terhadap penjualan produk di website online anda


PENGHANTARAN BARANG YANG CEPAT
Penghantaran barang merupakan proses yang anda perlu segerakan..Penghantaran segera dapat meningkatkan kredibiliti pelanggan terhadap website online anda dan juga barangan yang mereka pesan..Sebab orang yang membeli secara online ini selalunya tak sabar-sabar untuk menerima barang yang ditempahnya. Jadi dengan penghantaran barang yang cepat akan menambah value dari segi pengalaman si pembeli terhadap perkhidmatan yang kita tawarkan..Dan yang pasti website online kita akan mendapat tempat dihati pengunjung yang sedia ada dan juga pengunjung yang baru.



14 comments:

  1. ok..harap info ni dapat membantu puan.

    ReplyDelete
  2. terima kasih banyak, info ni sedikit sebanyak membantu saya .. Rumpai laut MURAH

    ReplyDelete
  3. sama-sama..semoga sukses selalu

    ReplyDelete
  4. Salam..menariknya perisian ni..teringin nak blog bnyk followers

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wslm..mmg menarik..moga ianya memberi manafaat kpd anda

      Delete
  5. hope saya dpt buat blog mcm nih jgak..terima ksh input yg bgs

    ReplyDelete
  6. Assalam..Tq for sharing..

    ReplyDelete
    Replies
    1. time kasih..hrp dpt info dr maklumat tersebut

      Delete
  7. perkongsian yang menarik . thanks

    ReplyDelete
    Replies
    1. Time kasih..hrp dpt info dr maklumat tersebut

      Delete
  8. Thanks for the tips. Harap ada lebih banyak tips bole dikongsikan untuk masa akan datang. :-)

    ReplyDelete
  9. thank for the tips.its help a lot.

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...