Wednesday, 4 May 2016

DENGAN BUAT ASB FINANCING DAPAT DUIT RM27,600 HANYA 3 TAHUN DAN BOLEH TERUS KAHWIN


Nak kahwin ni macam-macam kene fikir..Semestinya perlukan duit betul tak..Tu yang membuatkan kau buntu untuk macamana nak cari duit dengan cepat tanpa membebankan kehidupan anda kemudian hari..

Selalu orang akan ambil pinjaman peribadi RM30K untuk buat majlis kahwin ni. Yerla kan mau kasi gempak sikit sewa dewan, makanan yang best-best..pakaian persandingan yang cantik..betul tak..jangan begitu kawan...

Alangkah ruginya. Nak bina hidup baru tapi dah buat hutang. Kau ingat dah buat hutang tak pening ke.. Pinjam RM30K habis dalam masa dua minggu je tau.

Jadi yang penting di sini kau kene tahan kehendak iaitu dengan menabung dan meh aku share 2 cara yang kau boleh buat.

Pilihan 1:

Mulakan dengan menabung sendiri.


Aah tak de cara lain dah hanya menabung. Ye menabung dan simpan duit kau tu dalam bank.Paling tidak pun kau ni graduan universiti gaji RM2500, dan masih bujang kalau tak mampu menyimpan RM350 sebulan kau memang ada masalah dalam pengurusan kewangan..susah oo kalau begini.. tapi takpa

Katakan simpan RM350. Setahun dah RM4200. Dan jika kau rancang nak kahwin 3 tahun kau ada RM12,600.

RM12,600 ? ok bayangkan kalua hantaran pun dah RM10,000. Nak buat belanja kahwin lagi takkan RM 2 600 je ?? skit sangat ni.. mana cukup ye tak

Kalau gitu, cuba kau bincang dengan bakal isteri / suami kau. Kata nak sehidup semati bersama. Jadi apa salahnya korang kongsi simpan duit iaitu RM350 sorang. Jadi lepas 3 tahun kau dan bakal isteri / suami kau dah ada RM25,200. RM12,600 kau punya simpanan, RM12,600 bakal suami /isteri kau.

Bagitau dia elok-elok nak hidup bersama Jadi kena la susah senang bersama.Cara yang terbaik adalah menyimpan. Hidup biar dibawah kemampuan. Kurangkan belanja yang tidak berfaedah tu


Pilihan 2:

Kau buat ASB Financing RM50K

Bulanan dalam RM300 – RM 350 bagi tempoh pinjaman 30 tahun dan kadar faedah bank 5.2%.

Katakan dividen tahunan 7.25%. Dapat dividen simpan. Jangan guna langsung. Biarkan dividen bertambah banyak dalam simpanan ASB tu.

Bayar ansuran bulanan RM300 – RM 350  guna gaji sendiri selama 3 tahun.

Lepas 3 tahun kau terminate, dan apa kau akan dapat adalah ;

Dividen kompounding: RM11,600
Pulangan prinsipal: RM2200
Jumlah kasar: RM13,800

Dan kalau kau bekerjasama dengan bakal bakal isteri / suami kau, kau akan dapat RM27,600 (RM13,800 X dua orang).

Kalau kau rase tak cukup lagi? Kau boleh tambah financing ASB lagi. Buat ASB Financing RM100K. Bulanan dianggarkan RM600. 

Jumlah total yang bakal kau dapat selepas 3 tahun tu, kau kira la sendiri. Memang masyuk oooo.. Kalau nak buat majlis mewah, kena la simpan banyak sikit. Tak gitu..

Alah mesti korang cakap buat ASB Financing pun pinjaman jugak. Apa bezanyakan

Ermmmm meh aku nak habaq, kau kena faham ASB Financing ni bukan hempok RM50K atas kepala kau. Kau langsung tak terbeban pun macam pinjaman peribadi. Boleh terminate.

Kalau ko nak tahu lebih lanjut untuk dapat lebih simpanan melalui ASB Financing, aku cadangkan kau baca dan download EBOOK YANG TERBAIK kat LINK sini >>>> ASB GENIUS DAN HARTANAH





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...