Thursday, 9 June 2016

RESEPI SPAGHETTI KEPAH YANG MEMANG WALLA


Nak buka puasa semalam aku teringin nak makan spaghetti. Yela asyik makan mee kuning je kan. kena la tukar selera orang putih..Apa lagi minta pada wife la untuk buat spaghetti.. Dan tengok dalam peti ais ada kepah..terus wife aku buat spaghetti kepah..Memang Walla habak ang..Meh aku sharekan resepinya

Bahan-bahan:-
  • 1 kg kepah ( ikut selera anda)
  • 400 gram spaghetti
  • 1 tin kecil tomato puree
  • 3 biji tomato - dikisar
  • 5 batang cili kering-digunting pendek lebih kurang 3cm
  • 4 ulas bawang putih- dimayang
  • 1 sudu besar serbuk pati ayam
  • Sedikit garam dan gula secukup rasa
  • sedikit minyak masak untuk menumis

Cara-cara penyediaannya :-
  • Permulaan nya anda perlu rebus spaghetti mengikut arahan di peketnya.
  • Penyediaan sosnya: Panaskan minyak di dalam kuali, tumis bawang putih dan cili kering sehingga bawang putih mula kekuningan.
  • Selepas itu anda bolehlah masukkan puri tomato dan juga buah tomato yang telah dikisar. Masak sehingga kuahnya agak pekat.
  • Kemudiaannya anda masukkan pula kepah yang telah dibersih dan ditoskan airnya. Kacau sekejap kemudian tutup kuali selama 2-3 minit atau sehingga kepah nampak terbuka kulitnya.
  • Lepas itu masukkan spaghetti yg telah direbus tadi.
  • Masukkan serbuk pati ayam, garam dan gula secukup rase biar balance. Kacau  sekejap sehingga semuanya sekata tapi jangan terlalu lama. Kalau terlalu lama spaghetti akan menggembang. Ini akan menjejaskan rasanya.

** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di link website ini >>> www.bisnesair.com




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...