Thursday, 23 June 2016

RESEPI PASTA KRIM BERKEJU YANG BEGITU LAZAT SEKALI


Hari ni rasa nek berbuka puasa menu wertern sikit..Bukan selalu buat menu western ni kan.. Fikir punya fikir dapat ilham menu yang amat menyelerakan dan jika korang buat pasti mengacam selera korang..ngeh2..Macam biasa minta wife buat dan berikut disharekan resepinya untuk rujukan korang.

Bahan-Bahannya:
  • Fettuccini pasta
  • 1 mangkuk udang basah
  • 2 mangkuk brokoli - di potong kecil
  • 1 kotak krim masakkan
  • 1 mangkuk kecil keju mozarella
  • 3 biji bawang besar - cincang dadu*
  • 4 ulas bawang putih - cincang halus*
  • 13 biji cili padi (kalau mau pedas sendiri tambah) - hiris halus-halus*
  • 1 s/t herba oregano *
  • 3 biji tomato - cincang dadu
  • 2 ketul kiub pati ayam maggi - di hancurkan
  • Serbuk maggi cukup rasa
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Sedikit mentega
  • Keju mozarella (untuk tabur atas pasta)

Cara Penyediaan:
  • Permulaannya di dalam periuk, masukkan pasta, sedikit minyak dan garam, rebus pasta hingga lembut kemudian tuang atas tapis, toskan airnya.
  • Selepas itu anda panaskan mentega di dalam kuali, tumiskan bahan yang bertanda (*) hingga layu kemudian masukkan tomato, kacau sebati dan masukkan krim masakkan dan kiub pati ayam maggi, kacau hingga mendidih dan masukkan udang, brokoli, serbuk maggi cukup rasa, sedikit gula dan garam secukup rasa, kacau lagi hingga sebati.
  • Kemudiannya anda bolehlah masukkan pasta, gaulkan hingga kesemua bahan sebati, dan masukkan keju mozarella, gaulkan hingga pekat, dan bolehlah di tutup apinya.
  • Akhir sekali anda tuangkan pasta dalam bekas yang besar kemudian taburkan lagi sedikit keju mozarella, bolehlah di hidangkan panas-panas.


***Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat donut dan cakoi yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.resepidonutcakoi.com




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...