Tuesday, 22 August 2017

KESEDAPAN RESEPI SIMPLE BUBUR LAMBUK ALA-ALA KG BARU



Bahan-bahannya

  • Dua cawan beras yang telah dibersihkan
  • 300-600 gram daging dipotong secara dadu
  • 5 ulas bawang putih*
  • 2 biji bawang besar merah*
  • 1 inci halia* 
  • 2 genggam udang kering*
  • 1 kiub pati lembu
  • 2 sup bunjut
  • 1 sudu halba
  • 2 helai daun pandan
  • 1 cawan santan
  • Air secukupnya
  • bawang goreng
  • Daun sup
  • Garam/ gula secukup rasa

Rempah ratus : Bunga lawang,kulit kayu manis, lada hitam, jintan,bunga cengkih


Cara-cara membuatnya
  1. Bahan yang bertanda * ditumbuk dengan halus atau dikisar terlebih dahulu.
  2. Kemudian panaskan minyak, masukkan bahan * yang telah ditumbuk halus dan juga rempah ratus secukupnya. Goreng sehingga agak layu.
  3. Selepas itu masukkan daging dan goreng seketika, kemudian masukkan air.
  4. Setelah itu masukkan beras yang dibasuh. Kemudian letakkan sup bunjut ,kiub pati lembu, daun pandan dan halba. Biarkan sehingga beras menjadi bubur. Tambah air jika perlu.
  5. Masukkan air jika perlu, dan tambahkan santan. Gaul dan biarkan seketika sehingga mendidih. Letakkan garam/gula secukup rasa
  6. Sebelum dihidangkan, tambahkan bawang goreng dan juga daun sup mengikut citarasa anda.

p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com






No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...