Wednesday, 3 January 2018

RESEPI IKAN KEMBUNG REBUS AIR ASAM MERECIK PELUH JANTAN



Bahan-bahan ( 2 orang makan )
  • 2 ekor ikan kembung segar
  • 2 cawan air
  • 3 ulas bawang merah
  • 2 biji cili merah-1/2 dihiris halus
  • 5 biji cili api merah dan hijau (kalau panjang 2 pun cukup)- dihiris
  • 1/2 sudu teh belacan dibakar
  • 1/2 biji tomato potong dadu
  • 1/2 labu bawang besar dihiris halus
  • 1/2 sudu teh asam jawa(kalau tiada boleh ganti dengan cuka)
  • jus limau nipis secukup rasa
  • garam dan gula secukup rasa


Cara-cara membuatnya
  • Rebus ikan dalam kuali hingga air mendidih(seeloknya kuali non stick)
  • Kemudian tuang air rebusan dalam mangkuk lain dan biar ikan masak dalam kuali
  • Selepas itu tumbuk 1/2 cili merah,bawang merah,belacan dan asam jawa
  • kemudian bancuhkan bahan tumbuk dengan air rebusan ikan
  • Masukkan bahan yg dihiris,tomato,garam,gula dan perahkan limau nipis secukup rasa
  • Letakkan ikan dalam pinggan dan tuangkan kuah tadi  dan siap untuk dimakan dengan nasi panas
  • Kalau anda malas nak tumbuk boleh dihiris halus semua bahan dan gaulkan saja dengan air rebusan


p/s : Memang terangkat bila makan waktu tengah lapar. Dan jika anda berminat untuk buat mengetahui rahsia resepi dalam membuat roti bun, pau dan pizza yang lembut lagi gebu gebas, anda boleh kunjungi website ini >>> www.rahsiabun.com


** Anda berminat buat bisnes air !!! Jom pelajari teknik-teknik bisnes air balang. Memang meletopss. Modal sikit tapi untung 1 hari boleh dapat RM 500. Semua panduan penting ini akan diajar secara step by step dari perkara yang paling asas sehinggalah anda mahir..Jadi apa tunggu lagi..Semua penerangan mengenainya ada di website ini >>> www.bisnesair.com



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...