REKOD PEMAJU
Perkara yang paling utama dalam pelaburan
hartanah adalah Pemaju..Anda perlu pastikan pemaju yang menjalankan projek
perumahan bagi pelaburan anda mempunyai rekod yang baik dalam menghasilkan
projek berkualiti.. Jika pemaju sedang membangunkan projek yang baru dan anda
berminat dengan projek tersebut,maka saya cadangkan supaya anda lakukan serba
sedikit kajian mengenai projek-projek mereka yang terdahulu. Kajian terhadap
pemaju adalah perlu supaya anda dapat meneliti hasil projek yang telah
dibangunkan..Jangan terpengaruh dengan nama pemaju yang gah dan ternama..Ini
kerana kerap kali terjadi projek besar dengan nama syarikat yang ternama
menghasilkan projek yang boleh dikategorikan sebagai LAYU “macam hidup segan
mati tak mau”. Oleh itu saranan saya
adalah lakukan kajian terperinci
terhadap rekod pemaju untuk pelaburan hartanah anda.. Carilah rekod pemaju
yang mempunyai kriteria bersih dari rungutan pembeli, menepati masa dalam
menyiapkan projek.
KAWASAN YANG STRATEGIK
Jika anda ingin membeli rumah atau hartanah,
adalah penting untuk cari kawasan yang betul-betul strategik dan terbaik..Pemilihan kawasan yang tepat juga akan
menentukan harga hartanah. Ini akan melibatkan juga risiko dan pulangan
kemudian hari..Sekarang ini banyak kawasan
strategik bagi pelaburan hartanah. Antara kawasan yang yang boleh dijadikan
pelaburan atau tempat untuk mendirikan/membeli rumah adalah berdekatan dengan
kawasan industri serta kawasan yang mempunyai sekolah dan institusi pengajian
tinggi seperti universiti atau kolej. Selain itu sebuah rumah kos sederhana atau rumah kos murah
akan lebih menjadi rebutan berbanding rumah kos tinggi, ini adalah kerana setiap
individu yang ingin menyewa rumah terbabit juga mahu menyimpan sedikit wang
untuk masa depan mereka..Jadi lokasi kawasan yang strategik untuk rumah anda boleh dijadikan salah satu tempat pelaburan untuk anda dan yang bercita-cita
jadikan hartanah sebagai pelaburan masa depan
KEUNTUNGAN MASA DEPAN
Setelah anda telah dapat/memilih rumah yang
sesuai dengan pelaburan hartanah anda..Ada perkara penting yang anda perlu
lihat dan teliti..Adakah rumah berkenaan mendapat pulangan dalam pelaburan
hartanah anda? Jika anda mahukan
hartanah yang dibeli adalah sebagai pelaburan untuk masa depan,
sekurang-kurangnya anda perlu tahu berapakah jumlah keuntungan yang boleh
diberikan oleh hartanah ini kepada anda dalam tempoh tertentu. Jadi, anda perlu
selalu membuat sedikit kajian tentang kadar sewaan yang menguntungkan,
setidak-tidaknya penyewa yang ingin duduk di rumah anda nanti mampu untuk
dibuat bayaran balik bagi kos beli rumah dan selenggara hartanah terbabit.
PEMILIHAN BENTUK REKAAN DAN
KEPERLUAN SEMASA
Pelaburan hartanah yang anda pilih perlulah praktikaliti
dan memenuhi bentuk dan rekaan yang terbaik..Hartanah yang anda pilih perlulah
mempunyai ciri-ciri seperti ruang tamu, bilik yang sesuai, dapur, bilik
mandi/tandas..Jadi keperluan semasa adalah sekurang-kurangnya mempunyai 3 atau
4 bilik tidur dan 2 bilik mandi/tandas…Jika pemaju masih lagi membina 2 bilik
tidur dan 1 bilik mandi..maka sambutan untuk dibeli adalah tidak menggalakan
dan tidak sesuai dengan keperluan semasa..Jadi jika anda ingin membuat/membeli
hartanah maka anda perlu lihat ciri-ciri berkenaan supaya anda tidak rugi
kemudian hari.
PERBANDINGAN HARGA
Anda juga disarankan untuk cuba membuat sedikit
kajian perbandingan untuk hartanah di kawasan tersebut pada masa lalu dan
sekarang dari segi harga keluasan meter persegi serta modal. Dan dari kajian
itu, anda akan tahu adakah pelaburan hartanah yang anda lakukan berbaloi atau
tidak..
JARINGAN PERHUBUNGAN AWAM
Lokasi hartanah yang mempunyai nilai yang
tinggi adalah yang berada di kawasan kejiranan mempunyai jaringan perhubungan
terhadap sekolah, kedai-kedai keperluan harian, berdekatan dengan tempat kerja
serta yang paling utama adalah pengangkutan awam seperti LRT, laluan bus dan
teksi. Ini adalah perlu untuk keselesaan bagi yang ingin membuat pelaburan
hartanah Jika, sekiranya kemudahan ini tidak dapat dihubungkan dengan baik
menerusi sistem pengangkutan yang menyeluruh, maka kawasan tersebut boleh
adalah kurang kualiti dari aspek pelaburan hartanah. Jadi jaringan perhubungan dan keselesaan adalah aspek penting untuk
hartanah berkenaan mendapat pulangan pelaburan dan mempunyai pusingan pasaran
serta harga yang tinggi.
KESELESAAN DAN KESELAMATAN
Perkara yang penting dan sering kita terlepas
pandang adalah keselesaan dan keselamatan. Jika anda mahu pelaburan hartanah anda
berbaloi dan mendapat pulangan, maka anda perlu cari kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang
rendah. Ini adalah kerana kawasan yang mempunyai kadar jenayah yang
rendah dapat memberi keselesaan serta ketenangan di kalangan penduduk sekitar
perumahan berkenaan dan ini secara langsung meningkatkan nilai di kawasan
terbabit untuk pelaburan hartanah anda.
RUMUSAN
Dengan
segala tips mudah pelaburan hartanah di atas, di harap ia dapat membantu serba
sedikit untuk anda membuat pelaburan hartanah dan seterusnya mendapat pulangan
yang berlipat kali ganda..Saya sarankan pada anda untuk dapatkan panduan khas
mengenai ebook PELABURAN HARTANAH TANPA MODAL (PTHM) yang tulis khas oleh ENCIK
SAUFI KARIM..Insyallah dengan memiliki ebook “PTHM” ini, anda dah tak
perlu risau dan pening-pening lagi mencari ilmu pelaburan hartanah yang
sebenar. Malah anda tak perlu juga risau lagi tentang masalah tak cukup modal
untuk memulakan pelaburan hartanah atau beli rumah sendiri. Ini kerana dalam
ebook “PHTM” ini, akan mengajar anda cara untuk membeli rumah TANPA modal walau sesen
pun!
Selain itu
segala tips, teknik, strategi dan pengalaman ‘real-life’ PROVEN method
akan dibongkarkan kepada anda satu-persatu bagaimana untuk melakukan pelaburan
hartanah tanpa modal. Jika anda berminat untuk buat tempahan panduan ebook di atas ini..