Friday 14 June 2013

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


Ramai yang risau jika jerawat mula tumbuh pada muka..Jerawat juga sering menimbulkan banyak masalah pada kulit terutama pada kulit muka. Ini menyebabkan kulit muka jadi hitam dan berparut..Disini ada beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah ini dengan mengurangkan, membersihkan atau menghilangkan jerawat.

a) Ambil limau nipis dan campurkan air limau nipis tersebut dengan 1 sudu minyak masak. Kemudian sebelum tidur, lumurkan atau sapukan campuran tersebut ke muka anda.

b) Kesannya selepas disapu campuran tersebut anda akan berasa pedih..tetapi ia hanya sementara sahaja. Beberapa hari kemudian, ambil beberapa keping asam keping dan seterusnya direndam dalam air panas. Setelah air rendaman asam keping menjadi suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

c) Seterusnya ambil asam keping yang direndam tadi dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokan asam keping berkenaan pada tempat-tempat yang berjerawat dan berparut. Setelah selesai, basuh dan bilas muka anda dengan air biasa. Insyallah jika anda amalkan muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Anda cuba campurkan tepung ubi kayu dengan air asam jawa..Gaulkan campuran berkenaan sehingga sebati..Kemudian lumurkan atau sapukan ke muka anda. Amalkan seperti anda menggunakan bedak sejuk. Insyallah muka anda akan cerah serta tidak berjerawat lagi.

Ambil asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Seterusnya tumbuk kunyit hidup hingga hancur lumat dan campurkan dengan asam jawa serta sedikit air..Sebatikan campuran berkenaan dan sapukan ke seluruh muka anda..Biarkan selama 30 minit dan basuhlah dengan bersih muka anda. Petua ini jika anda selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Apabila anda memasak nasi, anda boleh ambil sedikit air didihan nasi yang pekat dan seterusnya sapukan ke seluruh muka. Biarkan seketika sehingga air didihan kering dimuka dan jangan menggerakkan muka anda..Apabila sudah betul-betul kering, bilas dengan air bersih atau air suam. Jika anda amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesan pada kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Gilingkan kesemua bahan bahan berikut iaitu ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam. Setelah digiling halus kesemua bahan berkenaan, kemudian anda bulat-bulatkan sehingga jadi ketulan kecil dan jemur sehingga kering. Jika anda hendak ingin membuat sapuan pada muka, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur. Insyallah jika diamalkan muka anda akan bersih dan parut jerawat akan hilang.

Petua seterusnya adalah daun pegaga ditumbuk sehingga lumat dan kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian disapukan pada seluruh muka. Anda akan merasakan kulit muka anda menjadi tegang dan keras. Biarkan selama 30 minit, kemudian anda boleh mencuci muka anda dengan air suam. Hasilnya muka akan berasa licin dan bersih. Jerawat dan jeragat akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun pegaga itu. Lakukan 4 kali seminggu sehingga nampak kesan yang akan menggembirakan anda..


**Petua dan tips di atas ini anda kenalah rajin untuk amalkannya. Setiap cara mahupun kaedah yang diamalkan selalunya bergantung kepada kesesuaian jenis kulit, konsisten dengan cara mahupun amalan dan yang penting sekali, usaha dan ikhtiar yang tidak putus-putus untuk menghilangkan jerawat anda..

Selain itu terdapat beberapa kaedah yang lain yang ternyata bersesuaian dengan kita. Insyallah, Allah akan membantu anda, jika kita berusaha dengan konsistennya..Sila lihat di sini : PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

2 comments:

  1. salam admin..tq bg link petua hilang jerawat 60 hari..mmg berkesan & jerawat mula hilang skit demi sedikit..tinggal parut je..tq

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...