Showing posts with label INFO KECANTIKAN. Show all posts
Showing posts with label INFO KECANTIKAN. Show all posts

Thursday, 19 November 2015

SIAPA RASA PERUT DIA BUNCIT, KORANG BOLEH CUBA NI..MEMANG MENJADI BEB



Petua untuk kempiskan perut buncit yang berangin.

Bahan-bahannya
  • 4 sudu halba direndamkan dlm air dalam 3 minit dan toskan seketika.
  • 4 cm halia muda diparut atau dihiris halus
  • 6 ulas bawang putih
  • 20 biji lada hitam.

Cara penyediaannya

  • Permulaan anda perlu tumbuk halba sehingga halus hancur dan kemudiannya dicampur halia,bawang putih dan akhir sekali masukkan lada hitam.
  • Yang penting tumbuk sampai hancur. Kemudiannya bahan-bahan tersebut digentel kecil spt maajun/pil.
  • Anda boleh  disimpan maajun ini didalam peti sejuk dan diletakkan ke dalam satu bekas. Jamu ini boleh di ambil 2 biji pagi dan 2 biji malam. 
  • Berterusan makan perlu diamalkan..Insyaallah perut anda akan kempis.

*Tips cara makan ini : selepas menelan jamu ini..anda perlu makan apa-apa seperti kuih untuk alas perut dan jangan lupa minum dengan air suam.
*Anda dapat merasakan badan akan ringan dan angin akan keluar bagi mengempiskan perut.
*Perhatian perempuan mengandung tidak sesuai diamalkan. Anda perlu mencuba, pasti hasil yang mengembirakan.

** Sekiranya anda berminat untuk buat bisnes air dan pelajari teknik untuk buat 14 jenis air balang dengan mendapat keuntungan dalam RM 500 sehari anda boleh baca artikel ini dan klik website ini >>> www.bisnesair.com



Monday, 27 April 2015

PETUA AJAIB RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA


Semakin berusia, maka mata kita pun makin kabur. Tidak terkecuali juga usia muda pun dah pakai cermin mata kerana rabun mata. Ini amat merisaukan dan kadang-kadang ianya amat merimaskan pemandangan kita sama ada jauh atau dekat.

Mari saya sharekan petua yang sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah dari rabun. Anda boleh amalkan secara konsisten. InsyaAllah petua ini amat membantu untuk anda. Sila cuba salah satu dari cara-cara dibawah.

Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mengamalkan.


Thursday, 23 April 2015

KHASIAT MENGEJUTKAN BUAH NAGA UNTUK KESIHATAN


Korang mesti suka makan buah kan. Aku syorkan korang makan buah naga ataupun dragon fruit. Banyak khasiat yang korang dapat jika korang selalu makan buah naga ini. Selain ianya banyak serat untuk melawaskan bagi yang ada penyakit sembelit, ianya juga buah yang dapat memberi tenaga serta meningkatkan sistem imunisasi badan bagi melawat penyakit.

Sesuai dimakan begitu sahaja atau yang paling best adalah korang buat jus buah naga. Pasti banyak manafaat  jika anda amalkan memakan buah naga ini

Mari saya sharekan khasiat dan manafaat buat naga untuk korang boleh amalkan sebagai makanan untuk diet harian.

Sumber Vitamin C
Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

Sumber Vitamin B1 
Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

Sumber Vitamin B3
Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulajadi dari dalam.

Sumber Vitamin B12
Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

Kaya Serat
Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

Kaya Mineral
Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Kandungan Antioksida
Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

Kandungan Protein
Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan makan buah secara teratur.

Rendah lemak
Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

Mengawal gula dalam darah
Bagi pengidap kencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

Menurunkan tekanan darah
Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

Meneutralkan toksin
Racun/toksin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesihatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

Baik untuk kesihatan mata
Mengandung karotin yang membantu menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan.

Menurunkan berat badan
Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

Mengubati asma
Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya dengan amalan memakan buah naga.

Selamat mengamalkan. InsyaAllah jika anda konsisten makan buah naga ini pasti anda dapat manafaatnya pada tubuh badan anda.


Tuesday, 31 March 2015

AYAT MUJARAB ILMU PENYERI MUKA


Entry kali ni pendek je aku nak menyentuh mengenai ayat atau ilmu seri muka..Bukan seri muka yang kuih tu..Tu lain la. Korang ni asyik ingat bab makan je kan.. Ni ayat atau ilmu baik punya untuk menyerikan muka korang agar bersinar-sinar bak cahaya yang memancar di pagi hari..Ngehngeh.

Aku nak share ni bukan per..Sebab ramai sangat yang bertanya, mengenai muka aku yang memancar-mancar. Dari jauh dah nampak sinarannya..hahaha..Jadi aku layankan jela.


Ilmu ni kalau korang amalkan sebaik mungkin akan buat orang sekeliling akan sayang sangat kat korang. Termasuklah pakcik yang menjual roti, makcik jual kuih muih, Ah Song yang jual surat khabar lama, dan juga gadis-gadis yang dok lepak dan jogging petang-petang kat taman pun rasa best jer tengok muka korang. Senang citer, ibarat korang ni berbau wangi la dan muka berseri-seri, semua orang suka kan.

Owh, tak lupa juga bos korang yang buncit lagi pendek dan yang garang pun gerenti dia pun suka kat korang !!!

Jadi, jom amalkan Ayat Mujarab Ilmu Penyeri Muka ini !!


Korang amalkan ayat di atas dan baca lepas solat Subuh dan Maghrib, 100 kali selama 14 hari. Lepastu muka korang InsyaAllah secara automatiknya akan bercahaya.

InsyaAllah. Mereka tengok muka korang pasti akan sayang dan muka korang akan bersinar memancar.



Monday, 23 March 2015

3 TIPS MUDAH PETUA MENGATASI PERUT BUNCIT


Minum Banyak Yang Air 
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan Secara Perlahan-lahan 
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.


Mengurang Pengambilan Garam Dalam Makanan 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Anda runsing berat badan anda tidak turun, saya sarankan untuk anda layari website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS 



Thursday, 5 March 2015

PRODUK AJAIB UBATI SIMTOM PENYAKIT GOUT


Simtom penyakit gout merupakan penyakit yang selalunya dihidapi oleh kebanyakan oleh lelaki yang berusia 30 tahun ke atas.. Akan tetapi perempuan yang sudah melalui putus haid ataupun menopause juga mempunyai risiko untuk mendapat penyakit gout ini .

Di antara simtom atau tanda-tanda yang menunjukkan penyakit gout berkemungkinan menyerang adalah seseorang itu mungkin terasa sakit di sendi terutamanya pada sendi ibu jari kaki, lutut dan pergelangan tangan dan kaki. Sendi itu akan sakit apabila disentuh dan mungkin diikuti demam akibat daripada menanggung kesakitan yang teruk.

Penyakit Gout ini selalunya berlaku akibat daripada 2 faktor iaitu yang pertama asid urik berlebihan dalam badan dan yang kedua adalah asid urik yang tidak dibuang secara berkesan dalam badan.Asid urik yang berlebihan akan menyebabkan ia membentuk jarum-jarum kristal pada sendi sendi dan sakit serta ia mungkin juga akan terbentuk pada tempat lain. Akhirnya juga mungkin boleh menyebabkan batu karang dalam buah pinggang.

Ketidakseimbangan pada asid urik juga boleh disebabkan oleh faktor keturunan, makan makanan kaya dengan purin,obesiti,pengambilan alkohol berlebihan, masalah pada buah pinggang serta penggunaan ubat ubatan seperti diuretik dan aspirin.


TANDA-TANDA PENYAKIT GOUT MENYERANG

1. Sakit sendi yang datang secara tiba-tiba terutamanya pada bahagian ibu jari kaki, lutut dan pergelangan kaki

2. Sendi membengkak,kaku serta menjadi panas dan merah secara serta merta bila disentuh dan menyebabkan pesakit menjadi demam

3. Benjolan akan timbul dekat sendi serta cuping telinga yang disebabkan oleh timbunan asid urid yang mungkin kelihatan seperti kapur.

Serangan penyakit gout ini juga boleh berlaku dalam keadaan tiba- tiba dan tanpa mempunyai sebab yang ketara. Tetapi dalam keadaan tertentu juga, serangan penyakit gout juga boleh berlaku iaitu kekurangan air dalam tubuh bila makan secara berlebihan, minum air beralkohol,kecederaan pada sendi dan juga selepas pembedahan.

Serangan tiba-tiba menjadi lebih ketara bila tengah malam iaitu pesakit merasa sejuk seperti disiram air sejuk di tempat sakit dan ini akan menyebabkan mereka mengigil dan demam dan ini mungkin akan berlaku seminggu dua minggu dan kemudiannya akan berhenti secara sendirinya rasa sakit. Tetapi ini bukan bermakna sembuh tetapi jika penyakit gout tidak diubati sakit ini mungkin akan kembali menyerang dan perlu untuk diketahui juga, serangan kerapa kali pada bahagian sendi akan merosakkan sendi serta fungsinya.

Insyallah anda ambil produk ini, diharapkan ada perubahan untuk kesihatan anda

Dapatkan Produk Disini >>> PRODUK AJAIB UBATI PENYAKIT GOUT




Thursday, 26 February 2015

11 PETUA WARISAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN TERBUKTI BERKESAN


Petua yang dinyatakan ini adalah fokus utama ialah kawalan nafsu makan dengan mengikut tertib dan disiplin yang teratur selain melakukan senaman fizikal yang konsisten..Insyallah jika diamalkan secara berterusan pasti berat badan anda akan menurun..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.


5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang cantik berketul-ketul.

Jika anda ingin menurunkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal, saya sarankan anda lawati website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK-DIET ATKINS



Saturday, 10 January 2015

TEKNIK KURUS DENGAN DIET ATKINS



Anda gemuk dan mengalami situasi ini
  • Pernahkan anda dipersendakan dengan gelaran atau panggilan gemuk yang  memalukan anda?
  • Pernahkah anda mengalami situasi dimana tiada orang pun yang memberi tumpuan pada anda, sebaliknya hanya pada rakan anda yang lebih kurus dan bergaya? Sudah tentu anda berkecil hati
  • Tak nak datang majlis reunion sekolah sebab bimbang akan diperkatakan dan bentuk badan yang gemuk dipersoalkan?



Siapalah yang tak nak kurus kan. Kalau boleh nak maintain kurus dan miliki bentuk badan yang ideal. Betul tak.. Kata orang kalau diet ni kenalah berdisiplin. 




ANDA MAHU KURUSKAN, JADI PERNAH DENGAR TAK 


Apa itu Diet Atkins
Diet Atkins adalah cara & corak pemakanan yang diperkenalkan oleh Dr. Robert C. Atkins bagi membantu seseorang individu yang gemuk itu untuk mengurangkan berat badan melalui konsep pembakaran karbohidrat (carbohydrate) dan lemak di dalam badan. Cukup mudah untuk mengamalkannya & yang penting konsisten.

Cara - Cara Diet Atkins
Caranya memang mudah dengan mengurangkan dan menghadkan makanan berkarbohidrat seperti nasi, mee, kentang dan gula, badan akan mula membakar lemak sebagai bahan api. Ini bererti berat badan korang akan mula menyusut dan beransur kurus sedikit demi sedikit.

Kebaikan Diet Atkins
Melalui diet program diet Atkins ini, fokus utama adalah dengan tidak mengambil karbohidrat dan kurangkan gula. Secara dasarnya program ni tidak ketat sangat. sebab bergantung kepada keadaan seseorang tu, program ini boleh disesuaikan. Bahan utama untuk program ini adalah Air. Sebab dalam badan kita ni banyak kandungan airnya.

Kalau anda berminat untuk menguruskan badan saya syorkan anda ikut teknik kurus dengan Diet Atkins  . Melalui Diet Atkins ini anda boleh ikut panduan yang betul dan lengkap untuk capai target kurus anda tu..Semua ada dalam panduan melalui link dibawah ini. Tak rugi amalkan teknik ini sebab ianya ternyata berkesan 

Download link di sini >> TEKNIK KURUS DENGAN DIET ATKINS  


Monday, 13 January 2014

INGIN KURUSKAN BADAN - CUBA DIET MAKANAN INI !!


Anda mempunyai masalah berat badan? Makam sedikit tapi berat badan tetap naik juga.. Sudah tentu anda berusaha untuk mengurangkan lemak di badan anda. Mari kita berkongsi cara yang membolehkan anda untuk membakar lemak dengan pantasnya antaranya melalui senaman dan diet makanan. Semestinya melalui diet makanan anda juga boleh turut membakarnya walaupun ketika anda makan..Cukup mudah..Diantara makanan yang membantu untuk pembakaran lemak dengan pantas ialah :


Tomato - Tomato mengandungi khasiat vitamin A, B6, C dan K yang sangat baik untuk membakar lemak. Warna merah pada kulit tomato itu ialah disebabkan likopena, iaitu karotenoid atau sebatian semula jadi yang memberikan warna merah kepada tomato dan pelbagai khasiat kebaikan antioksidan semula jadi yang baik untuk kesihatan dan diet badan. Selain daripada itu, kandungan kalori yang rendah juga menyebabkan tomata sering menjadi makanan pilihan untuk pengamal diet. Manakala Kandungan airnya yang tinggi pada tomato iaitu lebih dari 90 %, menjadikannya sebagai ‘diuretic’ yang baik untuk mengalirkan toksin keluar daripada badan ketika berdiet.


Cili atau Lada - Dengar saja cili mesti ia dikaitkan dengan kepedasan dan kehangatan..Tetapi kandungan vitamin B, C, serat, kalsium dan fosforus dapat membantu melancarkan sistem peredaran darah di bahagian tangan, kaki dan jantung manusia. Di samping itu, buah cili yang pedas juga meningkatkan suhu badan sehingga merangsang metabolisme bagi melancarkan peredaran darah dan turut membakar lemak


Buah Anggur - Salah satu makanan yang membantu untuk membakar lemak anda adalah buah anggur. Anggur bukan sahaja sumber vitamin C, tetapi ia turut membawa khasiat yang dipanggil pektin. Pektin dapat membantu untuk menurunkan tahap kolesterol seseorang..Cuba anda buat jus anggur kerana dengan minum jus anggur ianya banyak serat dan dapat mengurangi berat badan kerana dapat membuat anda merasa kenyang lebih lama.



Timun - Timun bukan sahaja boleh dijadikan sebagai makanan untuk membakar lemak, tetapi khasiat buah timun ini mengandungi air, iaitu  95% air dan 5% serat yang dapat membantu membersihkan racun dan juga membantu melancarkan pencernaan sehingga memaksimakan metabolisme tubuh seterusnya dapat menurunkan berat badan jika diamalkan selalu.

Nasihat saya, lakukan dulu senaman yang berterusan dan barulah dikuti dengan diet pemakanan yang seimbang seperti yang disyorkan di atas..
Anda juga boleh dapatkan tips di sini : Kurangkan Berat Badan Anda Sekarang !!

Thursday, 24 October 2013

PENYAKIT GOUT DAN UBATNYA


ADAKAH ANDA & KELUARGA ANDA PENGIDAP PENYAKIT BERIKUT :-

  • Penyakit gout atau arthritis dan mengalami kesenggaraan untuk hidup sebagai manusia yang sihat atau anda suka menikmati makanan kegemaran anda seperti udang, sotong atau aneka jenis seafood tetapi menjadi halangan apabila anda pengidap penyakit gout.
  • Selalu pening kepala secara tiba-tiba atau lebih jelas lagi mengalami migraine dan sering menghadapi masalah kesakitan yang teramat sanagat apabila penyakit migraine berkenaan menyerang .
  • Anda selalu mengalami masalah sering bersin dan selsema atau lebih tepat lagi penyakit resdung yang telah lama anda hidapi dan terpaksa berpantang untuk tidak makan itu dan ini
  • Dan juga beberapa penyakit lain yang sering mengganggu kehidupan anda.
ADA PENAWAR DARI PRODUK HERBA

Kini anda tidak perlu risau akan semua penyakit diatas..Ada penawar mujarab dari herba-herba terpilih yang mampu mengurangkan serta menyembuhkan penyakit yang anda hadapi..Yang penting kita kenalah berusaha dan berdoa pada yang Maha Esa

MENAKJUBKAN !!! Rahsia Cepat Hilangkan Sakit Gout/Migraine/Resdung Dengan Herba Ajaib Tanpa Dadah ,Tanpa Pembedahan dan Tanpa Berbelanja Lebih.

Herba Ajaib “RHIZOPLUS AZZAHRA" telah terjual hampir 300 ribu botol secara Offline dengan hanya rekemen mulut ke mulut sahaja..Kini syarikat tersebut telah membuat promosi secara Online untuk membantu pesakit Gout/Migraine/Resdung yang sedang menderita..Insyallah produk ini bersesuaian untuk anda yang mengidap penyakit-penyakit diatas tanpa rasa ragu-ragu..


ADAKAH HERBA AJAIB “RHIZOPLUS AZZAHRA" AMAT BERKESAN DAN MENYEMBUHKAN?

Herba Ajaib “Rhizoplus Azzahra” telah lama digunakan oleh pesakit-pesakit gout, sakit sendi (athritis) serta migrain dan telah terjual hampir 300 ribu unit..Ini kerana keberkesanan produk Herba Ajaib “Rhizoplus Azzahra”  dapat dilihat seawal 1-3 hari sahaja. Selain itu pelbagai testimoni hebat telah diberikan oleh pelanggan-pelanggan Rhizoplus Azzahra.

Kadang-kadang pesakit Gout/Migraine/Resdung terpaksa ikat perut & tak nak menikmati makanan seafood yang sedap seperti sotong, udang, ketam dan banyak lagi..Takkan nak tengok je kot orang lain makan seafood, kita telan air liur je kan..

Boleh tengok testimoni pesakit yang telah bejaya sembuh setelah makan Herba Ajaib "RHIZOPLUS AZZAHRA"..Memang menakjubkan..

Klik Link disini untuk lihat Testimoni ==> Produk Herba Ajaib


ADAKAH KANDUNGAN PRODUK AJAIB INI 100% HERBA?

Ya..Produk Ajaib "RHIZOPLUS AZZAHRA" adalah 100% daripada herba terpilih..Pelbagai ramuan herba hebat yang ada dalam produk Rhizoplus Azzahra dari pelbagai jenis negara. Ini kerana herba-herba yang berkualiti sahaja dipilih dan bukan hanya di ambil di Malaysia sahaja tetapi di pelbagai negara lain yang terkenal dan dijadikan ramuan herba yang berkualiti..Syarikat pembekal untuk produk ini adalah Atieyshah Empire Sdn. Bhd. (978827-W) dan produk ini telah mempunyai Kelulusan dari Kementerian Kesihatan (KKM).


KAEDAH PENGAMBILAN DAN DOA SEBELUM MAKAN UBAT.

  • Baca Doa Surah Al-Isra’ Ayat 82
  • Seterusnya barulah makan ubat Herba RHIZOPLUS AZZAHRA

***Untuk Pesakit yang tidak kritikal - makan sehari 1 biji
***Untuk Pesakit kritikal – di mana keadaan pesakit yg terlalu sakit sehinggakan tidak dapat bangun ataupun duduk, maka disarankan supaya mengambil 2 biji sehari (1 biji diwaktu pagi dan 1 biji diwaktu petang)

***Untuk mempercepatkan proses penyingkiran asid urik, bagi pesakit yang sebelum ini mengambil ubat tahan sakit atau suntikan boleh ikut cara ini pula.Buka kapsul 1 biji kapsul dan campurkan serbuk Herba Rhizoplus ke dalam 300ml air..Kacau sehingga larut dan seterusnya minum..

BERTINDAK SEGERA !!!

InsyaAllah dengan produk herba RHIZOPLUS AZZAHRA akan membantu anda mengatasi masalah ini selama-lamanya.. Bukan sahaja mengubati Gout tetapi masalah migraine dan resdung turut hilang..CUBA DULU BARU TAHU.. Cepat sebelum terlambat..

Boleh tengok testimoni pesakit yang telah berjaya sembuh setelah makan Herba Ajaib "RHIZOPLUS AZZAHRA"..Memang menakjubkan..

Jika Anda nak sihat & sembuh dari penyakit Gout, Migrain Resdung, boleh tengok website ini ==> Produk Herba Ajaib



Friday, 14 June 2013

PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT


Ramai yang risau jika jerawat mula tumbuh pada muka..Jerawat juga sering menimbulkan banyak masalah pada kulit terutama pada kulit muka. Ini menyebabkan kulit muka jadi hitam dan berparut..Disini ada beberapa petua yang boleh anda gunakan untuk mengatasi masalah ini dengan mengurangkan, membersihkan atau menghilangkan jerawat.

a) Ambil limau nipis dan campurkan air limau nipis tersebut dengan 1 sudu minyak masak. Kemudian sebelum tidur, lumurkan atau sapukan campuran tersebut ke muka anda.

b) Kesannya selepas disapu campuran tersebut anda akan berasa pedih..tetapi ia hanya sementara sahaja. Beberapa hari kemudian, ambil beberapa keping asam keping dan seterusnya direndam dalam air panas. Setelah air rendaman asam keping menjadi suam, basuhlah muka anda dengan air tersebut.

c) Seterusnya ambil asam keping yang direndam tadi dan gosokkan ke seluruh muka anda. Gosokan asam keping berkenaan pada tempat-tempat yang berjerawat dan berparut. Setelah selesai, basuh dan bilas muka anda dengan air biasa. Insyallah jika anda amalkan muka anda akan menjadi licin dan bersih.

Anda cuba campurkan tepung ubi kayu dengan air asam jawa..Gaulkan campuran berkenaan sehingga sebati..Kemudian lumurkan atau sapukan ke muka anda. Amalkan seperti anda menggunakan bedak sejuk. Insyallah muka anda akan cerah serta tidak berjerawat lagi.

Ambil asam jawa dan beberapa inci kunyit hidup. Seterusnya tumbuk kunyit hidup hingga hancur lumat dan campurkan dengan asam jawa serta sedikit air..Sebatikan campuran berkenaan dan sapukan ke seluruh muka anda..Biarkan selama 30 minit dan basuhlah dengan bersih muka anda. Petua ini jika anda selalu diamalkan, muka anda akan sukar ditumbuhi jerawat dan kulit menjadi lebih halus.

Apabila anda memasak nasi, anda boleh ambil sedikit air didihan nasi yang pekat dan seterusnya sapukan ke seluruh muka. Biarkan seketika sehingga air didihan kering dimuka dan jangan menggerakkan muka anda..Apabila sudah betul-betul kering, bilas dengan air bersih atau air suam. Jika anda amalkan setiap hari selama 2 minggu berturut-turut, anda akan lihat kesan pada kulit muka anda akan bertambah bersih dan lembut .

Gilingkan kesemua bahan bahan berikut iaitu ibu kunyit, daun pegaga, pucuk daun asam jawa, beberapa kelopak bunga mawar dan sedikit beras yang sudah direndam selama dua malam. Setelah digiling halus kesemua bahan berkenaan, kemudian anda bulat-bulatkan sehingga jadi ketulan kecil dan jemur sehingga kering. Jika anda hendak ingin membuat sapuan pada muka, hancurkan dengan air dan sapu ke muka sebelum tidur. Insyallah jika diamalkan muka anda akan bersih dan parut jerawat akan hilang.

Petua seterusnya adalah daun pegaga ditumbuk sehingga lumat dan kemudiannya dicampurkan dengan bedak sejuk. Kemudian disapukan pada seluruh muka. Anda akan merasakan kulit muka anda menjadi tegang dan keras. Biarkan selama 30 minit, kemudian anda boleh mencuci muka anda dengan air suam. Hasilnya muka akan berasa licin dan bersih. Jerawat dan jeragat akan hilang sedikit demi sedikit akibat kesan dari penggunaan daun pegaga itu. Lakukan 4 kali seminggu sehingga nampak kesan yang akan menggembirakan anda..


**Petua dan tips di atas ini anda kenalah rajin untuk amalkannya. Setiap cara mahupun kaedah yang diamalkan selalunya bergantung kepada kesesuaian jenis kulit, konsisten dengan cara mahupun amalan dan yang penting sekali, usaha dan ikhtiar yang tidak putus-putus untuk menghilangkan jerawat anda..

Selain itu terdapat beberapa kaedah yang lain yang ternyata bersesuaian dengan kita. Insyallah, Allah akan membantu anda, jika kita berusaha dengan konsistennya..Sila lihat di sini : PETUA MENGHILANGKAN JERAWAT

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...