Monday, 27 January 2014

CARA BERKESAN BERHENTI ROKOK DALAM MASA 3 MINGGU


Hah apa !!! Harga rokok akan naik lagi? Biar betul..itu la ucapan yang anda sering dengar jika harga rokok diumumkan naik..Tapi ada diantara kita bukan kisah pun..naik la macamana sekali pun harga rokok, kalau dah ketagih tetap juga dihisapnya..

Kadang-kadang ada juga yang pasang niat lepas ni hendak berhenti la sebab rokok dah mahal tetapi hanya pasang niat untuk berhenti  2 dan 3 hari sahaja lepas tu gian semula untuk hisap rokok..

Seperti yang kita sedia maklum merokok bukan sahaja membazirkan duit tetapi ianya juga dapat membahayakan kesihatan tubuh badan malah asap rokok yang dihisap jika dilepaskan dan dihidu oleh orang lain disekitarnya juga turut membahayakan kesihatan..

Tidakkah anda merasa kasihan melihat insan-insan tersayang yang berada di sekeliling anda mendapat kesan daripada rokok yang anda hisap..Betapa ruginya & kesalnya kita jika insan tersebut sudah di timpa kesakitan akibat kesan rokok barulah kita hendak berhenti merokok..

JADI KENAPA TIDAK SEKARANG !!!


TERDAPAT TIPS BERKESAN CARA BERHENTI MEROKOK
                                        
1# Sibukkan Diri Anda & Aktif Bersukan
Melakukan aktiviti luar yang mencabar seperti jogging, wall climbing dan macam-macam lagi. Dengan kita menyibukkan diri maka tiada peluang untuk kita berfikir atau terasa untuk menghisap merokok. Jadi dengan kesibukan yang kita alami maka lama-kelamaan ketagihan untuk merokok akan hilang.

2# Berpuasa Sunat
Ini adalah satu kaedah yang berkesan untuk berhenti merokok iaitu berpuasa. Dalam konteks islam berpuasa membolehkan kita mengawal hawa nafsu dari makan dan minum selain melakukan maksiat.. Jadi apabila kita berpuasa sunat, secara automatiknya kita tidak dapat menghisap rokok.. Tetapi selalunya kita masih berpelung untuk merokok pada waktu malamnya..Akan tetapi jika anda berazam bersungguh-sungguh ianya akan mengurangkan tabiat merokok anda dan lama-kelamaan anda tidak akan berminat untuk merokok lagi.

3# Berazam Dengan Sepenuhnya & Penghargaan Kepada Diri Sendiri
Jika anda berhempas pulas untuk berhenti merokok tetapi tidak menjadi, mungkin azam anda tidak sekuat yang anda janjikan pada diri anda sendiri.

Caranya begini, anda pasang azam pada setiap tahun & buat bersungguh-sungguh sehingga tidak/berhenti merokok dan duit beli rokok berkenaan yang telah anda simpan, anda boleh rewardS atau hadiahkan kepada diri sendiri..Seperti beli motorsikal ke, beli TV LED ke , dan macam-macam lagi..

4# Gantikan Rokok Dengan Makanan
Bila anda sibuk mengunyah makanan sedikit sebanyak anda akan lupakan rokok..Jadi mana lebih bagus rokok atau makanan..Sudah tentula makanan kan sebab ada khasiat karbohidrat, protien dan macam-macam lagi.

Jom Kira Pembaziran Duit Yang Anda Keluarkan Untuk Beli Rokok
1 kotak rokok = RM 12.00
2 kotak rokok sehari x 1 bulan = RM 720.00
RM 720 x 12 bulan = RM 8640.00

Wowww..banyak tu jumlah pembaziran beli rokok je..Khasiat pun tiada..Jadi bermula hari ini disarankan anda kumpul duit dengan tidak membeli rokok berkenaan dan selepas duit tinggi menggunung boleh la anda beli motosikal ke @ bayar downpayment rumah ke..Berbaloi jugak kan..


Dengan 4 cara di atas kemungkinan perokok tegar akan menyatakan mustahil…Tetapi ada pepatah mengatakan Kalau hendak seribu daya, tak mahu seribu dalih”..Jadi jangan buat macam-macam alasan lagi..Cubalah berazam untuk berhenti rokok pada tahun ini.Insyallah pasti boleh..

MARI SAYA KONGSIKAN PANDUAN UNTUK CARA BERHENTI MEROKOK

Jom tengok website ini è PENAWAR KETAGIHAN ROKOK

Dari panduan berkenaan, anda akan diberikan langkah-langkah mudah untuk berhenti merokok dan segalanya yang berkaitan cara-cara untuk berhenti merokok. Memang mudah dan amat senang sekali malah jika kita berhenti merokok, duit simpanan anda pasti akan bertambah dan kesihatan tubuh badan akan menyinari kehidupan anda..

Jika anda berazam untuk berhenti dalam masa yang singkat dan ingin tahu rahsianya jom tengok dan baca di website ini è CARA BERHENTI ROKOK DALAM MASA 3 MINGGU




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...