Ini adalah
petua untuk lelaki yang ingin menambah air mani dengan tips yang perlu anda
amalkan secara konsisten..Insyallah ianya berguna kepada mereka yang telah
berumah tangga yang ingin untuk mendapat zuriat.
1. Jangan
kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isipadu air mani
makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang 3 hari, air mani akan lebih
mantap.
2. Elak
tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap
hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan
air mani.
3. Lakukan
senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot
lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.
4. Makan
makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat
protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan
kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.
5. Elakkan
buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai
seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam
badan dalam air panas terlalu lama.
6.
Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut
mengganggu kestabilan hormone testosterone.
7. Belajar
mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana
tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.
8. Dapatkan
urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah
berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.
9. Makan
makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani
dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang
juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba
tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA
yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang
sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu, pasaraya dan farmasi.
Bagi anda yang ingin dapat zuriat dan sedang ikhtiar untuk hamil, saya cadangkan anda layari website ini, Insyallah >>> PANDUAN SENANG HAMIL
No comments:
Post a Comment