Showing posts with label WARISAN. Show all posts
Showing posts with label WARISAN. Show all posts

Monday, 4 May 2015

KHASIAT LUAR BIASA AIR KELAPA YANG ANDA TIDAK TAHU


Entry hari ini adalah berkaitan dengan air kelapa dan ramai yang dah tau khasiat air kelapa muda untuk merawat penyakit dan juga boleh diminum untuk kesihatan.

Kelebihan air kelapa muda sudah lama di ketahui oleh masyarakat kita. Kebiasaan digunakan dalam beberapa acara. Contoh kita majlis cukur jambul dan lain-lain lagi.

Air kelapa muda juga boleh digunakan untuk perubatan kerana sifatnya yang semulajadi dan datang terus dari alam. Seelok-elok air kelapa adalah air kelapa muda yang diambil dari pokoknya.

Air kelapa muda yang telah diruqyah apabila dicampurkan dengan sedikit garam bukit sangat bagus untuk rawatan santau dan batuk berdarah. Lebih-lebih lagi kalau sudah diruqyah dengan ayat-ayat al Quran, selawat dan doa-doa kesembuhan.

Air kelapa yang dicampur dengan garam bukit juga sangat bagus untuk rawatan ketagihan dadah, rokok dan seumpama dengannya. Kaedah ruqyah yang sesuai untuk rawatan tersebut adalah membacakan 40 kali surah alFatihah kepada campuran tersebut.

Air kelapa mempunyai banyak khasiat yang dibuktikan secara saintifik. Antaranya:-
  • Khasiat air kelapa membantu untuk menyejukkan tubuh seseorang dan menormalkan suhu didalam badan.
  • Air kelapa mampu untuk menambahkan lagi kandungan air dalam badan dan mengelakkan daripada tubuh anda terhidrasi. Selain itu, khasiat air kelapa juga boleh dijadikan minuman tenaga.
  • Air kelapa juga adalah merupakan ejen pengangkut khasiat seperti nutrien dan oksigen ke sel tubuh seseorang.
  • Apabila seseorang bersenam, tubuh mereka akan mengeluarkan air dari dalam badan (peluh), air kelapa boleh dijadikan minuman berkhasiat untuk menambah semula kandungan air didalam badan anda.
  • Khasiat yang ada didalam air kelapa membantu untuk meningkatkan kadar metabolisme seseorang.
  • Air kelapa boleh dijadikan sebagai minuman diet. Ia kerana khasiatnya juga turut membantu untuk mengurangkan berat badan seseorang.
  • Khasiat air kelapa turut membantu untuk menyahtoksik dan juga melawan kuman didalam tubuh anda.
  • Air kelapa turut boleh digunakan sebagai rawatan sembelit. Ini kerana khasiatnya membantu untuk membersihkan laluan sistem pencernaan seseorang dan mengelakkan daripada tersumbat.
  • Seorang peminum air kelapa juga akan meningkatkan sistem imunisasi didalam badan mereka. Khasiat ini berguna untuk melawan penyakit.
  • Kajian saintifik juga menunjukkan khasiat air kelapa mampu untuk mengawal penyakit diabetis.
  • Khasiat air kelapa terkenal untuk membantu tubuh melawan panyakit selesema, demam.
  • Air kelapa membantu untuk menstabilkan PH tubuh seseorang dan juga berkhasiat untuk mengurangkan risiko kanser.
  • Khasiat air kelapa turut digunakan untuk merawat penyakit buah pinggang dan juga batu karang.
  • Khasiat air kelapa membantu untuk melancarkan lagi peredaran darah didalam tubuh seseorang.


Friday, 1 May 2015

PETUA RAHSIA MELEMBUTKAN AYAM TUA


Anda mesti suka makan ayam kan. Tetapi kadang-kadang ayam yang di beli adalah ayam tua dan sudah tentu dagingnya liat. Bagi anda yang ingin melembutkan daging ayam tua, anda boleh cuba mana-mana cara berikut...

Lada hitam dan halia
Tumbuk setengah sudu teh lada hitam bersama dengan sedikit halia, masukkan ke dalam periuk bersama ayam tua dan air untuk direbus. Rebus hingga lembut. Kemudian keluarkan ayam, cuci bersih, lumurkan tepung beras dan goreng.

Tempurung kelapa
Masukkan beberapa keping tempurung kelapa ke dalam periuk ketika merebus ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Tebu
Masukkan seruas tebu ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Biji selasih
Bungkus satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa dan masukkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Daun pisang abu
Masukkan daun pisang abu yang telah dicarik-carikkan ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Pasti ayam akan cepat empuk.

Air kelapa
Potong ayam tua kepada beberapa bahagian. Rebuskan bersama air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan boleh dimasak seperti biasa.

Pangkal daun nenas
Masukkan beberapa potongan pangkal daun nanas (warna kuning) ke dalam periuk ketika memasak ayam tua. Keluarkan apabila ayam telah empuk.

Buah nenas
Kisar sepotong buah nanas. Lumurkan pada ayam tua dan perap selama setengah jam. Bersihkan dan masak ayam seperti biasa.

Buah betik muda
Rebus ayam tua tersebut dgn buah betik muda.

Di harap anda dapat mencuba petua ini dan menu masakan ayam tua anda menjadi menu yang menyelerakan. InsyaAllah


Monday, 27 April 2015

PETUA AJAIB RAWAT RABUN MATA DAN MAKANAN BAIK UNTUK MATA


Semakin berusia, maka mata kita pun makin kabur. Tidak terkecuali juga usia muda pun dah pakai cermin mata kerana rabun mata. Ini amat merisaukan dan kadang-kadang ianya amat merimaskan pemandangan kita sama ada jauh atau dekat.

Mari saya sharekan petua yang sedikit sebanyak dapat membantu kita mencegah dari rabun. Anda boleh amalkan secara konsisten. InsyaAllah petua ini amat membantu untuk anda. Sila cuba salah satu dari cara-cara dibawah.

Wap nasi
Apabila memasak nasi, halakan mata ke arah wap yang keluar dari periuk nasi. Amalkan setiap kali masak nasi.

Sawi
Rebus secekak sawi dengan 2 gelas air sehingga mendidih dan tutup api. Minum setelah sejuk pada suhu bilik. Amalkan 3 kali seminggu.

Lobak merah
Boleh makan mentah-mentah atau minum air lobak merah. Amalkan selalu InsyaAllah semakin baik nanti. Lobak merah kaya dengan Betacaotene (pelopor kepada Vitamin A, nutrien yang diperlukan untuk penglihatan), Lycopene (nutrien perlindungan sinaran UV pada mata) dan Lutein (nutrien yang melindungi kerosakan pada radikal mata). Jika anda mengalami masalah penglihatan, disarankan makan lebih banyak lobak merah.

Teh
Mencegah katarak mata. Teh membantu mengawal pertumbuhan darah baru di belakang mata. Pakar menjelaskan jika terlalu banyak saluran darah di sebalik retina, ia kan menyebabkan kebocoran darah dan cecair yang menjurus kepada bintik buta.

Bawang Putih & Bawang Merah
Bawang putih dan merah sangat penting dalam pengeluaran Glutation, sejenis sulfur yang bertindak sebagai anti oksidan untuk kanta mata.

Kacang Walnut
Kacang Walnut mengandungi sumber Omega- 3, Vitamin E dan antioksidan yang tinggi. Nutrien ini amat penting dalam memerangi radang mata.

Tomato
Tomato juga mengandungi dua nutrien penting untuk mata iaitu lycopene dan lutein. Tomato juga berkesan mencegah kanser mata.

Kacang Soya
Kacang soya mengandungi antioksidan yang kuat yang dipanggil isoflavon. Antioksidan ini melindungi mata daripada sindrom mata kering.

Telur
Sebatian sulfur, protein dan cysteine dalam telur membantu melindungi mata daripada pertumbuhan katarak. Makan telur sehari sekali sudah memadai bagi penjagaan mata.

Brokoli
Brokoli mengaktifkan enzim anti – radang dalam badan untuk menggalakkan detoksifikasi termasuk mencegah keradangan di bahagian belakang mata.

Selamat mengamalkan.


Thursday, 23 April 2015

KHASIAT MENGEJUTKAN BUAH NAGA UNTUK KESIHATAN


Korang mesti suka makan buah kan. Aku syorkan korang makan buah naga ataupun dragon fruit. Banyak khasiat yang korang dapat jika korang selalu makan buah naga ini. Selain ianya banyak serat untuk melawaskan bagi yang ada penyakit sembelit, ianya juga buah yang dapat memberi tenaga serta meningkatkan sistem imunisasi badan bagi melawat penyakit.

Sesuai dimakan begitu sahaja atau yang paling best adalah korang buat jus buah naga. Pasti banyak manafaat  jika anda amalkan memakan buah naga ini

Mari saya sharekan khasiat dan manafaat buat naga untuk korang boleh amalkan sebagai makanan untuk diet harian.

Sumber Vitamin C
Buah naga kaya dengan vitamin C yang dapat meningkatkan sistem imunisasi badan. Buah naga yang dikeringkan terbukti mengandung 10 kali lebih banyak vitamin C yang diperlukan badan.

Sumber Vitamin B1 
Vitamin lain dalam buah naga adalah Vitamin B1 atau tiamin. Fungsinya untuk memproses karbohidrat dengan pantas dan menghasilkan tenaga untuk badan.

Sumber Vitamin B3
Buah naga mampu menurunkan kolesterol kerana kandungan vitamin B3 atau niasin di dalamnya. Vitamin ini juga mampu membuat kulit halus dan bercahaya secara semulajadi dari dalam.

Sumber Vitamin B12
Kandungan vitamin B12 membuat buah ini menjadi perangsang nafsu makan yang baik. Terutama bagi orang-orang yang sedang dalam masa penyembuhan, buah naga sangat dianjurkan untuk dikonsumsi.

Kaya Serat
Buah naga mengandung serat yang cukup tinggi, sehingga berkhasiat untuk mengatasi beberapa masalah pencernaan seperti sembelit atau susah buang air besar.

Kaya Mineral
Mineral yang terkandung dalam buah naga adalah fosfor dan kalsium. Keduanya memiliki peranan dalam pembentukan tulang, gigi, dan perkembangan sel.

Kandungan Antioksida
Buah naga merupakan sumber antioksidan yang baik untuk mencegah dari serangan radikal bebas yang menyebabkan kanser dan masalah kesihatan yang lain.

Kandungan Protein
Protein merupakan nutrisi penting yang diperlukan oleh badan untuk membentuk hormon, enzim, dan sebatian lain. Jagalah kadar protein dalam tubuh dengan amalan makan buah secara teratur.

Rendah lemak
Biji-biji kecil dalam buah naga merupakan lemak tak tepu yang baik untuk kesihatan sebab menambah kolesterol baik dan menghilangkan kolesterol jahat.

Mengawal gula dalam darah
Bagi pengidap kencing manis, amalkan buah naga untuk mengawal gula dalam darah agar tetap seimbang.

Menurunkan tekanan darah
Amalan makan buah naga mampu mengembalikan tingkat hipertensi seseorang menjadi normal. Baik bagi yang berisiko terkena serangan jantung dan stroke.

Meneutralkan toksin
Racun/toksin dalam tubuh seperti merkuri, arsen, dan lain-lain, membahayakan kesihatan. Namun, semua racun dalam tersebut dapat dineutralkan dengan amalan makan buah naga.

Baik untuk kesihatan mata
Mengandung karotin yang membantu menjaga kesihatan mata dan memperbaiki penglihatan.

Menurunkan berat badan
Makan buah naga sebagai makanan ringan hari-hari. Dengan amalan beberapa bulan, anda akan melihat badan anda terlihat ramping dan ideal.

Mengubati asma
Batuk dan asma, beberapa gangguan pernafasan yang sering menyerang anak-anak dan orang dewasa. Kurangkan risikonya dengan amalan memakan buah naga.

Selamat mengamalkan. InsyaAllah jika anda konsisten makan buah naga ini pasti anda dapat manafaatnya pada tubuh badan anda.


Monday, 20 April 2015

PETUA AJAIB HILANGKAN BAU DURIAN


Anda mesti suka makan duriankan. Kadang-kadang kalau mengidam durian tu sampai 3 biji pun boleh habis ye tak. Tapi ada perkara yang kita tidak suka iaitu bila sudah makan durian ianya akan meningggalkan bau yang kurang menyenangkan. Pening jugak bila bau durian menyusuk hidung. Hehe..

Jom saya sharekan petua yang menjadi amalan untuk menghilangkan bau durian dan anda boleh cuba mana-mana cara berikut...

Serbuk kopi
Untuk menghilangkan bau durian pada tangan,rendam tangan dalam air yang dicampurkan sedikit serbuk kopi. Bau durian akan hilang.

Garam
Untuk menghilangkan mabuk bau durian, cuba minum air panas dibancuh dengan secamca garam.

Daun ubi kayu / daun betik
Balut buah durian itu dengan daun ubi kayu atau betik atau apa-apa daun yang kelebarannya boleh menutupi kelebaran buah durian.

Buah nenas
Letak separuh buah nenas yang telah dipotong. Bau durian itu akan diserap oleh nenas.

Daun pandan
Hanya letakkan daun pandan, mudah-mudahan bau terus hilang. Terutama letak daun pandan dalam kereta. Pasti bau durian akan hilang

Kayu arang
Letakkan beberapa ketulan kayu arang di kawasan yang berbau durian. Arang akan menyerap kesemua bauan tersebut.

Roti
Letakkan beberapa keping roti dalam kereta. Tutup semua pintu dan tingkap. Biarkan beberapa jam,bau akan hilang dengan sendirinya.

Serbuk penaik (baking soda)
Letakkan semangkuk serbuk penaik (baking soda) di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Bau durian itu juga akan hilang diserap.

Air cuka
Letakkan bekas berisi  air cuka di dalam kawasan yang berbau kurang enak. Cuka akan mengurangkan bau tersebut.

InsyaAllah ianya berhasil dan selamat mencuba.


Thursday, 9 April 2015

TIPS SEMPOI HILANGKAN BATUK TANPA UBAT


Anda atau anak-anak anda kalau ade perubahan cuaca atau kerap minum air sejuk mesti lepas tu dok terbatuk - batuk sehingga mengganggu pernafasan. Ada beberapa tips yang boleh diamalkan untuk semua peringkat umur. Insyallah batuk akan berkurangan dan anda kembali lega seperti sediakala. InsyaAllah, berkesan.

REHATKAN DIRI
Tenaga diperlukan untuk melawan jangkitan. Dengan rehat yang secukupnya, proses penyembuhan dapat berlaku dengan cepat. Insyallah.

MANDI AIR SUAM
Dengan mandi air suam ianya dapat membantu mencairkan kahak dalam rongga hidung dan tekak. Dan juga membantu merehatkan minda supaya menjadi tenang.

SALINE DROPS DAN BULB SYRINGE
Penggunaan Saline Drops melegakan hidung tersumbat. Bulb Syringe bagus digunakan untuk bayi. Gunakan 15 minit sebelum menyusu baby, supaya penyusuan lebih lancar.

MINYAK BERANGIN VAPOR RUBS
Kajian menunjukkan kandungan vapor rubs tiada kesan ke atas hidung yang tersumbat, tetapi ia membantu anda bernafas dengan lebih baik kerana kesan penyejukan bahan vapor rubs

BANYAKKAN MINUM AIR
Air dapat membantu mencegah kekeringan dan mengurangkan hingus dan kahak

SUP PANAS/SUAM
Sup panas memang menambah selera anda dan dapat membantu melegakan hidung yang tersumbat

MENINGGIKAN KEPALA SEMASA TIDUR
Ini selalunya berkesan jika anda buat iaitu anda perlu tinggikan kepala semasa tidur dengan meletakkan kain atau bantal yang lebih. Keadaan ini membantu anda bernafas dengan lebih baik

MADU LEBAH
Menurut kajian, madu dapat melegakan sakit kerongkong dan juga membantu menghilangkan kahak. Malah Nabi Muhammad SAW bersabda: "Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit".

BERKUMUR DENGAN AIR GARAM
Ini boleh mengurangkan sakit tekak dan batuk, juga membantu mengeluarkan kahak dari kerongkong.

Semua tips yang dikongsikan ini Insyallah dapat menghilangkan batuk tanpa penggunaan ubat. Ini secara tidak langsung dapat mengurangkan atau menjimatkan perbelanjaan pembelian ubat batuk yang boleh dikatakan agak mahal. Insyallah berkesan bagi anda dan juga anak anda. 

***Jika anda pengidap Penyakit Gout, Resdung, Sakit Kepala atau Migrain, Boleh cuba ubat ini >>> PENAWAR PENYAKIT MUJARAB




Monday, 23 March 2015

3 TIPS MUDAH PETUA MENGATASI PERUT BUNCIT


Minum Banyak Yang Air 
Jika perut penuh disebabkan oleh penyimpanan air, anda sebenarnya dapat mengurangi masalah tersebut dengan minum air lebih banyak. Hal ini akan mencairkan konsentrasi sodium dalam tubuh sehingga meningkatkan jumlah air yang keluar dari sistem tubuh. Minum lebih banyak air juga menjamin fungsi hempedu efektif untuk mengeluarkan bahan toksin. Jangan mengubah pengambilan air saat diet kerana banyak bahan yang sulit dicerna dan dapat menyebabkan perut menggelembung.

Makan Secara Perlahan-lahan 
Jangan makan gelojoh kerana ketika anda menelan terlalu cepat, udara tertahan dalam usus dan membentuk gas yang dapat mengakibatkan penggelembungan perut. Duduk ketika makan dan kunyah makan secara perlahan-lahan. Makanan yang tidak terkunyah menjadi bahagian-bahagian kecil tidak dapat dicerna dengan sempurna yang kemudian menghasilkan banyak gas yang menimbulkan penggelembungan.


Mengurang Pengambilan Garam Dalam Makanan 
Terlalu banyak garam dalam diet menambah ektra sodium terhadap cairan tubuh yang memperlambat mekanisme sehingga mendorong air keluar dari sel. Akibatnya perut terasa penuh dan menggelembung.

Anda runsing berat badan anda tidak turun, saya sarankan untuk anda layari website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK PANTAS 



Monday, 9 March 2015

PETUA WARISAN CARA MUDAH UNTUK CUCI BUAH PINGGANG


Petua ini sesuai untuk pesakit yang masih ditahap awal dan Insyallah ianya berkesan kalau rajin diamalkan untuk merawat & mencuci buah pinggang kerana terdapat kandungan garam akan terkumpul di dalam badan kita dan ini perlu dikeluarkan. Ianya adalah satu kaedah yang boleh diamalkan untuk mengeluarkan bahan-bahan garam, kotoran serta racun lain dari dalam badan kita.

Caranya adalah dengan amalan meminum air dari rebusan daun parsli/daun ketumbar/daun sup.

Caranya:
    
1. Beli daun parsli/daun ketumbar/daun sup 
    
2. Basuhkan (dicadangkan dengan air mineral) hingga bersih dan potong daun ini kecil-kecil.
    
3. Masukkan daun-daun kecil ini ke dalam periuk dan masukkan air bersih.
    
4. Rebuskan daun-daun ini selama 10 ke 20 minit.
    
5. Setelah mendidih, biarkan air rebusan itu sejuk.
    
6. Bila sudah sejuk, tapiskan untuk asingkan daun-daun dari airnya.
    
7. Tuang dan simpan air rebusan ini di dalam bekas atau botol yang bersih dan simpan di dalam peti ais untuk sejukkannya.

Doa Penawar 
   
8. Kemudian amalkan meminum segelas sehari dari air rebusan ini bersama di amalkan doa penawar di atas ini dan ditiup ke dalam air.
    
9. Jika di amalkan selalu, anda dapati garam, kotoran dan racun-racun lain yang terkumpul di dalam badan, akan keluar melalui pembuangan air kecil.

Anda pasti akan merasai perbezaan diri anda yang anda tidak pernah rasai sebelum ini.

Daun parsli/daun ketumbar/daun sup sememangnya dikenali sebagai rawatan pembersihan terbaik untuk buah pinggang dan ia adalah semula jadi !! 

InsyaAllah anda akan merasai perubahannya dan badan anda menjadi ringan. Kita hanya ikhtiar dan selebihnya kita bertawakal kepada Allah


***Jika anda pengidap Penyakit Gout, Resdung, Sakit Kepala atau Migrain, Boleh cuba ubat ini >>> PENAWAR PENYAKIT MUJARAB




Monday, 2 March 2015

PETUA MENAKJUBKAN UNTUK LELAKI MENAMBAH SPERMA


Ini adalah petua untuk lelaki yang ingin menambah air mani dengan tips yang perlu anda amalkan secara konsisten..Insyallah ianya berguna kepada mereka yang telah berumah tangga yang ingin untuk mendapat zuriat.

1. Jangan kerap bersetubuh kerana lebih kerap anda mencapai ejakulasi, isipadu air mani makin berkurangan dan cair. Jika ejakulasi selang 3 hari, air mani akan lebih mantap.

2. Elak tabiat merokok dan minum minuman keras.Kedua-dua perkara itu merendahkan tahap hormon testosterone yang mustahak untuk fungsi optima pundi yang menghasilkan air mani.

3. Lakukan senaman secara berkala,lakukan senaman kegel atau kemut,iaitu mencengkam otot lantai pelvis dan otot pembukaan lubang najis dan lubang kencing.

4. Makan makanan berkhasiat yang mengandungi kurang lemak,tinggi khasiat protein,sayur-sayuran dan kekacang.Semua itu sesuai untuk kesihatan sperma dan kandungan air mani.Kurangkan makanan pedas dan berempah.

5. Elakkan buah zakar terdedah kepada kepanasan.Kepanasan menjejaskan kilang sperma.Pakai seluar dalam longgar seperti seluar pendek “boxer” dan elak sauna atau merendam badan dalam air panas terlalu lama.

6. Kurangkan berat badan jika didapati meningkat.Peningkatan lemak perut mengganggu kestabilan hormone testosterone.

7. Belajar mengurus tahap tekanan secara positif melalui yoga dan bertafakur kerana tekanan memberi kesan negative kepada kesihatan badan.

8. Dapatkan urutan badan yang menyegarkan supaya otot selesa dan badan tenang serta mudah berinteraksi secara seksual dan memberi isipadu air mani yang lebih.

9. Makan makanan tambahan dan herba yang dapat membantu meningkatkan isipadu air mani dan bilangan sperma seperti madu,telur ayam kampung dan buah badam.Kekacang juga membantu meningkatkan sperma,zink dapat memantapkan kilang sperma.Herba tongkat ali terbukti berkesan dalam meningkatkan hormon testosterone dan DHEA yangs secara langsung dapat membantu memantapkan pundi serta kilang sperma.Semua ini boleh didapati di kedai jamu, pasaraya dan farmasi.

Bagi anda yang ingin dapat zuriat dan sedang ikhtiar untuk hamil, saya cadangkan anda layari website ini, Insyallah >>> PANDUAN SENANG HAMIL



Thursday, 26 February 2015

11 PETUA WARISAN UNTUK TURUNKAN BERAT BADAN TERBUKTI BERKESAN


Petua yang dinyatakan ini adalah fokus utama ialah kawalan nafsu makan dengan mengikut tertib dan disiplin yang teratur selain melakukan senaman fizikal yang konsisten..Insyallah jika diamalkan secara berterusan pasti berat badan anda akan menurun..

1. Kunyah makanan lebih lama dari biasa. Ini akan membuatkan anda berasa cepat kenyang lantas akan mengurangkan pengambilan makanan.

2. Kurangkan pengambilan makanan yang tidak sihat sedikit demi sedikit. Makan makanan yang kurang lemak. Kurangkan makanan yang mengandungi jumlah gula yang tinggi seperti air bergas, kuih muih, dan makanan ringan.

3. Jika anda terasa lapar, makan hanya sedikit sahaja nasi dan banyakkan makan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk menghilangkan rasa lapar.

4. Jangan makan lewat malam. Jika anda tergolong dalam golongan ini, kurangkan pengambilan sedikit demi sedikit dan makan selewat-lewatnya 3 jam sebelum masuk tidur.


5. Jika anda terbangun dari tidur pada waktu malam dan terasa lapar, minum air kosong atau makan sebiji buah seperti epal atau pisang.

6. Jangan terlepas atau sengaja melepaskan waktu makan anda dengan tujuan untuk menurunkan berat badan. Anda hanya akan berjaya menurunkan metabolisme badan sahaja dengan cara ini. Langkah terbaik adalah makan 5-7 hidangan sederhana sehari.

7. Kawal nafsu makan anda kerana ia akan membuatkan anda makan lebih daripada yang sepatutnya. Anda perlu makan 5-7 kali hidangan sehari demi untuk mengawal nafsu makan anda.

8. Jika anda masih gagal mengawal nafsu makan, anda boleh membeli 'protein shakes' dan memakannya di antara hidangan 2 kali sehari iaitu antara sarapan dan makan tengahari serta antara makan tengahari dan makan malam.

9. Anda boleh menggunakan pil diet untuk mempercepatkan lagi proses menurunkan berat badan. Tetapi ia akan menjadi sia-sia jika anda tidak mengamalkan cara pemakanan yang betul dan sihat.


10. Tingkatkan aktiviti fizikal anda. Latih diri berjalan sekurang-kurangnya 400 meter sehari. Anda tidak semestinya perlu pergi ke gym atau berjogging di padang permainan. Objektif utama adalah untuk membakar lebih banyak kalori. Lakukan aktiviti seperti park kereta anda lebih jauh dari destinasi yang hendak dituju dan pilih untuk menggunakan tangga daripada menggunakan lif.

11. Buat senaman 'sit up' dan 'push up' setiap kali bangun tidur pada waktu pagi dan pada waktu petang selepas balik kerja. Lakukan sebanyak 20 kali setiap set. Tambah jumlah 'sit up' dan 'push up' dari hari ke hari sehingga mampu untuk membuat 100 kali setiap set. Dengan cara ini, anda bukan sahaja boleh menurunkan berat badan dengan cepat, malah berpotensi untuk mendapat perut yang cantik berketul-ketul.

Jika anda ingin menurunkan berat badan dan dapatkan berat badan yang ideal, saya sarankan anda lawati website ini >>> TEKNIK BAKAR LEMAK-DIET ATKINS



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...